Saturday, December 21, 2013

Takwim Persekolahan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 21122013... lagi 11 hari sahaja mula sekolah bagi sesi 2014. apa pun kehidupan sebagai seorang pendidik mesti diteruskan... saja2 nak kongsi apa yg nak dibuat sebelum masuk tahun baru 2014 ni..

Sebelum tu cgu nak ucapkan TAHNIAH kepada semua anak2 didik cgu esp SASSIANs batch Warriors 1115 ... mencapaikan impian diri sendiri secara langsung impian keluarga dan sekolah... keseluruhan keputusan SAS PMR 2013 
Naik dan mencapai ETR GP/% cemerlang... 
Tahniah!!! Teruskan kecemerlangan SPM2015 pula ya... 

  sekadar perkongsian GPS 2003 - 2013 ... kedua tertinggi terbaik selepas 2010... 

bagi yang nak buat semakan semula boleh dapatkan borang di sini... 

dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan iaitu SEBELUM 19 Januari 2014

Berbalik persediaan 2014..

nak bersedia apa pun masih lagi dalam kepala ni ... macam2 nak buat... nak share dulu Takwim Persekolahan 2014... boleh la buat perancangan ... esp nak bercuti 2014... sekolah pun tak mula lagi dah fikir nak cuti... biasa la kan...


Takwim Persekolahan 2014 bagi kumpulan B... cgu di Putrajaya... so cgu share yang Putrajaya la... kl nak tgk negeri yang lain tgk web kpm, www.moe.gov.my 

Azam tahun 2014 salah satunya nak update blog ni kalau boleh hari2... inshaallah jika ada izinNya pasti jadi kan... :)

jumpa lagi ya.. 



Saturday, November 16, 2013

Selamat Bercuti ...


Assalamualaikum dan Salam kasih sayang ...

Bersama anak2 didik akaun yang cemerlang... 

Tak sempat cgu nak share citer dalam blog ni... bila dah habis exam paper akaun baru la rasa lega. hilang satu tanggungjawab di kepala satu perkara.. alhamdulillah... apa yang penting anak2 didik semua buat hanyalah bertawakal... doa banyak2.. sentiasa fikirkan yg kita terima keputusan yang cemerlang A+ ye.. selalu cgu dah beritahu dalam kelas.

"Pilih apakah sangkaan yang bermain di minda kita serta kenal pasti bisikan hati kita agar ianya menjadi doa-doa yang bagus sahaja untuk diri kita. Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.." ~ Dr Azizan Osman



Hari ni dah mula cuti sekolah. yang cuti sekolah tu terutama form 4 ingat2 lah SPM 2014... bersedia daripada awal sangat membantu. Buat la jadual persendirian semasa cuti ni dengan mengulangkaji semula semua mata pelajaran yang diambil. tak rugi belajar daripada awal. kalau perlu pergi tuisyen, pergi lah... cuma nasihat cgu.. kalau tuisyen sekali pun carilah guru yang memang dah tau guru tu memang pakar/pengalaman dalam mata pelajaran tersebut. Kenali guru, hormati guru, pasti berjaya.  
"orang yang berjaya selalunya akan lebih bersedia awal untuk mencapai kejayaan yang dihajati" .

Rasa tak lewat lagi cgu nak share ... tak sempat nak post ari tu. Habis exam akaun je cgu demam.. bl ingat semula setiap tahun mmg cam ni. habis exam demam. selepas pulun bersama anak2 didik. tapi tahun ni agk sedih juga sebab tak dapat nak pulun bersama2 dengan anak2 didik yang di luar.. tak pe la.. Allah tak izinkan kali ni ... inshaallah mungkin ada hikmahnya semua ni...

14 November 2013 ... masa ni paper 1 akaun.. memang agak huru hara sat.. tapi alhamdulillah Allah mudahkan satu per satu urusan cgu hari ni. 
Dalam masa yang sama, cgu baru tau ada jemputan ke Majlis Hari Inovasi JPWPP. Sedangkan perancangan awal memang petang ni nak ke Majlis Anugerah Cemerlang sekolah anak cg.. sedih dan menangis cgu bila bincang dengan anak cgu dan dia kata "tak pe kalau mama tak de tapi daddy mesti kena ada. kalau mama ada lagi best nant mama boleh tengok adik ambil hadiah". Hati memang lebih kepada anak. Husna dapat hadiah, Hakim pulak masuk persembahan... 

Bila bincang dengan suami tercinta, dia nak cgu pergi ke majlis inovasi... dalam masa sama cgu tak pasti cgu menang atau tak? Dua kategori yang cgu sertai iaitu Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) dan Guru Inovatif dalam PdP. Dengan nak pergi sekolah dulu tengok anak2 didik masuk ke dewan paper 1 akaun. sempat ke semua ni? 
Alhamdulillah, Allah izinkan semua ni berlaku... cgu sempat hadir ke dewan sekolah iringi anak2 didik masuk ke dewan peperiksaan. cgu yakin soalan senang dan u all pasti senyum bl keluar tak seperti paper 2 kan. 
Cgu sempat uruskan anak2 sebelum cgu ke majlis inovasi... tukarkan baju dan teman dia makan tengahari... cgu bgtau adik elok2 dia faham. 

Di majlis hari inovasi memang tak sangka, ada 3 anugerah yang cgu terima.. 
alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah... 
1. Anugerah Khas Pengarah Pendidikan Kokurilum dan Kesenian - Kelab Pengguna Sekolah
2. Pembentang terbaik KIK
3. Anugerah Guru Inovatif : Tempat Kedua pertandingan guru inovatif

Tahniah Husna ... mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya dunia akhirat.. amin
Alhamdulillah untuk apa yang diterima... penghujung hari persekolahan yang memberi kegembiraan buat cgu dan keluarga... 
Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta dan anak2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan tak kira dalam apa jua sekalipun dan memahami tugasan sebagai seorang guru yang mengajar di SAS. Moga Allah memberkati dan merahmati kita sekeluarga. Mama buat semua ni untuk kita.
Tak lupa juga buat mak bapak, mak pak mertua, makcik pakcik sedara, adik beradik, rakan2 seperjuangan, pembaca setia blog cgu dan sesiapa sahaja... terima kasih cgu ucapkan atas sokongan yang diberi. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari-Nya dunia dan akhirat.


Tq kak Mas atas tunjuk ajar, galakan dan sokongan. Kak Eliza yang sentiasa di sisi menemani apa yang cla buat. Kak Zaini atas sokongan dan dorongan .. tq semua... sayang kakak2 semua... :) 

Selamat Bercuti ... 2013 bakal menutup tirai ... :)


Tuesday, November 12, 2013

Good Luck!!!


Akhirnya sampai juga harinya pada tahun ni seperti tahun sebelum2 nya. Tinggal bbrp jam je lagi calon2 prinsip akaun akan menduduki kertas 2 SPM2013. Berdebar gak cgu menanti apa soalan tahun ni ye. 

Sempat hari ni cgu temukan bekas pelajar cg yg ambil akaun tahun 2011 dgn anak2 didik cg utk kongsi apa yang sepatutnya. Bercakap drpd pengalaman masing2 dan berisemangat kpd yang lain. Terima kasih buat Firdaus aka mamu, Zaki dan Rizwan. Cg yakin dan percaya anak2 semua semangat berkobar2 utk hadapi hari2 seterusnya dalam SPM hingga akhir kan. 

10A+ sasaran semua. Impikan dan bayangkan setiap saat. Sehingga la keputusan yang nyata diperoleh. 

Buat semua anak2 didik cgu dan yang pernah belajar dengan cgu sama ada secara maya ataupun berjumpa di mana2 kelas mahupun bengkel2, cg ampunkan segala salah dan silap, cg halalkan segala ilmu yg telah diberi, cg redha kan segalanya... 
Moga masing2 dapat buktikan kepada diri sendiri kejayaan semua A+ milik sendiri scra x lgsg utk ibu bapa, sekolah dan sesiapa sahaja. Yakin Boleh! Pasti Boleh!!!







Monday, September 30, 2013

Terima kasih cikgu



Alhamdulillah selesai program hari ini. Seminar akaun bersama sifu yang sangat cgu hormati... Moga perkongsian julung kali ni mendapat keberkatan dan izinNya dalam meningkatkan prestasi akaun SPM2013... 
Perkongsian bersama Kisas, SMAP Kajang, ASiS dan SSP... Memang best!

Satu kejutan buat cg di akhir sesi. Hanya Allah yang tahu perasaan cgu.. Betapa terharunya masa ni. Ya Allah aku bersyukur dengan setiap pemberian mu.. Terima kasih buat semua walaupun masih awal tapi cgu terima dan gembira. Terima kasih atas segalanya....

Moga perkongsian ini dapat diteruskan hingga tahun2 seterusnya...

Doa cgu semoga yang hadir berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.. Amin

Friday, September 27, 2013

Wednesday, September 25, 2013

KUD Karnival Putrajaya 2013

Penatnya... Baru je balik daripada Karnival KUD di Putrajaya Presint 2... Bersama cg Eliza. 
Menarik! Banyak sangat barangan yg x pernah cgu tahu rupanya ada. Sebenarnya memang terlalu ramai usahawan bumiputera kat negara kita ni. Bagus! Cg pun usahawan juga... 


Barangan makanan minuman banyak sangat sampai kenyang dibuatnya. Pertama kali mencuba benda2 yang baru..antaranya skyfruit. Terlupa lak nak tangkap gambar. 


Banyak sangat booth kraftangan daripada daun pokok getah ni. Ingat lagi masa kecil dulu mmg selalu tolong mak jual gubahan bunga daun getah ni. Cantik! Tapi rasanya sekarang ni kalau suruh buat memang cg dh x ingat. Kena belajar semula.. 

Ada satu lagi yg cgu nak share.. Booth pembekal mesin2 dan alatan utk buat kuih muih.. 


Mesin ice cream goyang. Nak beli je rasanya.. Letak kat koperasi lps tu jual rm1 2 btg... Mesti laku kan.. Ada tak sapa2 nak sponsor? Hihi

Cukup la kali ni... Nak bersedia untuk kelas akaun malam ni.. Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan kami. Berilah rezeki yg banyak kepada kami agar kami dapat membantu mereka yang memerlukan. 
Kau berilah kefahaman yang jelas kepada anak2 didik ku agar mereka berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Ni mesin bakar lemang... Ciptaan cikgu fauzi bersama anak murid Giat Mara. Dapat rasa lemang tu memang sedap. Macam biasa bila makan lemang yang dibakar secara manual. Mesin yang memudahkan untuk penjual2 lemang diluar sana. 


Di KUD Putrajaya pasti kenyang...Bistro KUD ada.. Tinggal pilih nak makan apa.







BYE SAS! 020104-040224