Saturday, November 16, 2013

Selamat Bercuti ...


Assalamualaikum dan Salam kasih sayang ...

Bersama anak2 didik akaun yang cemerlang... 

Tak sempat cgu nak share citer dalam blog ni... bila dah habis exam paper akaun baru la rasa lega. hilang satu tanggungjawab di kepala satu perkara.. alhamdulillah... apa yang penting anak2 didik semua buat hanyalah bertawakal... doa banyak2.. sentiasa fikirkan yg kita terima keputusan yang cemerlang A+ ye.. selalu cgu dah beritahu dalam kelas.

"Pilih apakah sangkaan yang bermain di minda kita serta kenal pasti bisikan hati kita agar ianya menjadi doa-doa yang bagus sahaja untuk diri kita. Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.." ~ Dr Azizan Osman



Hari ni dah mula cuti sekolah. yang cuti sekolah tu terutama form 4 ingat2 lah SPM 2014... bersedia daripada awal sangat membantu. Buat la jadual persendirian semasa cuti ni dengan mengulangkaji semula semua mata pelajaran yang diambil. tak rugi belajar daripada awal. kalau perlu pergi tuisyen, pergi lah... cuma nasihat cgu.. kalau tuisyen sekali pun carilah guru yang memang dah tau guru tu memang pakar/pengalaman dalam mata pelajaran tersebut. Kenali guru, hormati guru, pasti berjaya.  
"orang yang berjaya selalunya akan lebih bersedia awal untuk mencapai kejayaan yang dihajati" .

Rasa tak lewat lagi cgu nak share ... tak sempat nak post ari tu. Habis exam akaun je cgu demam.. bl ingat semula setiap tahun mmg cam ni. habis exam demam. selepas pulun bersama anak2 didik. tapi tahun ni agk sedih juga sebab tak dapat nak pulun bersama2 dengan anak2 didik yang di luar.. tak pe la.. Allah tak izinkan kali ni ... inshaallah mungkin ada hikmahnya semua ni...

14 November 2013 ... masa ni paper 1 akaun.. memang agak huru hara sat.. tapi alhamdulillah Allah mudahkan satu per satu urusan cgu hari ni. 
Dalam masa yang sama, cgu baru tau ada jemputan ke Majlis Hari Inovasi JPWPP. Sedangkan perancangan awal memang petang ni nak ke Majlis Anugerah Cemerlang sekolah anak cg.. sedih dan menangis cgu bila bincang dengan anak cgu dan dia kata "tak pe kalau mama tak de tapi daddy mesti kena ada. kalau mama ada lagi best nant mama boleh tengok adik ambil hadiah". Hati memang lebih kepada anak. Husna dapat hadiah, Hakim pulak masuk persembahan... 

Bila bincang dengan suami tercinta, dia nak cgu pergi ke majlis inovasi... dalam masa sama cgu tak pasti cgu menang atau tak? Dua kategori yang cgu sertai iaitu Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) dan Guru Inovatif dalam PdP. Dengan nak pergi sekolah dulu tengok anak2 didik masuk ke dewan paper 1 akaun. sempat ke semua ni? 
Alhamdulillah, Allah izinkan semua ni berlaku... cgu sempat hadir ke dewan sekolah iringi anak2 didik masuk ke dewan peperiksaan. cgu yakin soalan senang dan u all pasti senyum bl keluar tak seperti paper 2 kan. 
Cgu sempat uruskan anak2 sebelum cgu ke majlis inovasi... tukarkan baju dan teman dia makan tengahari... cgu bgtau adik elok2 dia faham. 

Di majlis hari inovasi memang tak sangka, ada 3 anugerah yang cgu terima.. 
alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah... 
1. Anugerah Khas Pengarah Pendidikan Kokurilum dan Kesenian - Kelab Pengguna Sekolah
2. Pembentang terbaik KIK
3. Anugerah Guru Inovatif : Tempat Kedua pertandingan guru inovatif

Tahniah Husna ... mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya dunia akhirat.. amin
Alhamdulillah untuk apa yang diterima... penghujung hari persekolahan yang memberi kegembiraan buat cgu dan keluarga... 
Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta dan anak2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan tak kira dalam apa jua sekalipun dan memahami tugasan sebagai seorang guru yang mengajar di SAS. Moga Allah memberkati dan merahmati kita sekeluarga. Mama buat semua ni untuk kita.
Tak lupa juga buat mak bapak, mak pak mertua, makcik pakcik sedara, adik beradik, rakan2 seperjuangan, pembaca setia blog cgu dan sesiapa sahaja... terima kasih cgu ucapkan atas sokongan yang diberi. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari-Nya dunia dan akhirat.


Tq kak Mas atas tunjuk ajar, galakan dan sokongan. Kak Eliza yang sentiasa di sisi menemani apa yang cla buat. Kak Zaini atas sokongan dan dorongan .. tq semua... sayang kakak2 semua... :) 

Selamat Bercuti ... 2013 bakal menutup tirai ... :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...