Wednesday, July 6, 2011

"Cikgu Sila dan 4 Comey"

Salam Kasih Sayang,

Habis kelas, cgu membaca semua penilaian pelajar terhadap cgu tentang p&p dan apa jua yg stud nak bagitau tentang diri cgu... cgu ambil semua apa yg dinyatakan sebagai satu panduan untuk cgu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri cgu... terima kasih buat semua pelajar cgu... i love u!!!

ada satu penilaian yang pelajar buat untuk cgu... yang cgu rasa nak kongsi dengan semua... cgu memang puji pelajar ni... seorang yang pandai berkarya... cuba baca ni ye... kalau best... Like ye.. ;)

Pagi itu dengan jelas tampak tidak ada bezanya dengan pagi-pagi lampau. Guru-guru silih berganti menyampai bicara. Dakwat merah, biru dan hitam "marker pen" masih lagi bersisa kabur di papan putih. Fahmi memulakan bicara.

"sapa tak bayar duit kelas RM10?"

"aku..."

aku!!!"

"Aku dah bayar..."

Friday, July 1, 2011

HARI AKADEMIK SAS 2011

Salam kasih sayang,

alhamdulillah selesai satu lagi program sekolah hari interaksi antara guru dan ibubapa pelajar.. tahun ni ramai gak ibubapa yg hadir berbanding dengan tahun sebelumnya. rasanya setiap tahun cgu akan kongsi dalam blog cgu ni... 

Bermula jam 8.30 pagi hingga 1.15 petang barulah cgu selesai.. tak henti2 seorang demi seorang. apapun cgu puas hati kerana pelajar dan ibubapa memberikan kerjasama yg sangat baik untuk kecemerlangan pelajar2..

Terima kasih kepada pelajar2 dan ibubapa yang sanggup menunggu untuk berbincang akademik dengan cgu..

ibubapa dan pelajar2 yang datang jumpa cgu ialah... 

Kelas 3 Jaya 
(amar, aulia shamel, faris danial, i'zz, ikhwan, shah, shaiful, naqib dan yazid)
Kelas 4 cita 
(zhafran, akmal, azhad, afif, azmin, dan ridzwan)
Kelas 4 Bestari 
(zareeq, aizat, dan amin firdaus)
Kelas 5 Bestari 
(hakim M, ammar, azim, dan zakwan)
Kelas 5 Cita 
(amirul hazim, fuad, hariz, kamal, rizwan, azamuddin, zaki, zharif, syazrain, dan azim)

Semoga perjumpaan ini mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak terutama pelajar2 dalam meningkatkan prestasi akademik masing2... ingat pesan cgu... ;)


Thursday, June 23, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hari ni seharian cgu berada di SMKPP9(1) mengendalikan satu program kecemerlangan bersama2 dengan calon SPM Prinsip Perakaunan 2011. Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan. Rasa puas. Terima kasih kepada pihak PPWPP Pn Jamaliah Yaakob yang banyak memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Rakan-rakan guru ; kak nor, kak midah, kak laili, kak ton, syela, fiza, fazila, wani, amira yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini.
Program dibahagikan kepada 3 perkara.. kira 3 in 1 la ni... Seminar LCCI oleh Ms Vicky Wong n En Hisham, Ceramah Cemerlang Penyata Kewangan oleh Cikgu Sila dan Bengkel Genggam Penyata dikendalikan bersama dengan Fasilitator terpilih.. banyak juga input pelajar hari ini. Harapan pelajar-pelajar mengambil peluang yang diberi ini dengan positif dan digunakan dalam meningkatkan prestasi masing2 dalam Prinsip Perakaunan... ;) .. kehadiran pun memuaskan.

Gambar-gambar sepanjang program... Jom tengok...





tahniah buat semua... doa cgu semua anak2 didik cgu mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011... Good Luck!!!


Friday, June 3, 2011

PERKAMPUNGAN ILMU : 30 MEI 2011


Salam Kasih Sayang,
Alhamdulillah program kecemerlangan seterusnya dapat dilaksanakan pada 30 Mei 2011 (Isnin)...
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 di Auditorium 11.00 hg 1.00 ... 
Penceramah daripada KPDNKK En Zul Al Rashid membincangkan bab Kepenggunaan... 

 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 :  di Bilik Tutorial... masa 8.30 hg 10.30 mlm...
Kehadiran : 42/51... pelajar yg tidak hadir terlibat dengan program sekolah di Singapura dll..
Pengisian ilmu membincangkan Bab akhir iaitu Maklumat untuk Membuat Keputusan... Pengiraan dan Tafsiran Nisbah... seterusnya membincangkan Kerja Kursus Tingkatan 5 SPM...


Wednesday, June 1, 2011

Hakim Berkhatan... 01 Jun 2011

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni anak cgu yg sulung Hakim 7 tahun dah selamat berkhatan. tertunai dah janji selepas beberapa bulan asyik nak sunat je... pengalaman pertama cgu menjaga anak berkhatan... kelakar pun ada... takut pun ada... ;)

Terima kasih kepada Dr Sahril... Klinik Sahril di Balakong... sepanjang di klinik memang cgu seorang yg temankan anak cgu berkhatan... daddy hakim mmg tak berani.. tgk darah mesti pengsan... apa nak buat... alhamdulillah cgu ni ok je.. maklum lah pengalaman 'operation' beberapa kali menyebabkan cgu berani tengok semasa prosedur berkhatan dilaksanakan...

sepanjang prosedur dilaksanakan asyik nak tergelak je tgk gelagat Hakim... memang anak mama... berani... Dr pun cakap hakim berani... dah la badan besar... tak macam Darjah 1... ;)... hakim berani tanya dr... macam2 dia tanya... yang itu lah yang ini lah... tak menangis pun... guna Laser... memang nampak senang je... darah terus kering... kira ok la tu.. masa jahit pun dia ok lagi.. boleh tengok lagi Dr buat apa... sampai Dr dah tak kisah yang penting dia berani... hakim kena 10 jahitan... kira banyak la tu..Dr kata biasa 4 hingga 6 jahitan...hehe...

semalam di kampung buat kenduri doa selamat semoga Hakim selamat dan cepat sembuh... alhamdulillah dan buat pertama kali selepas beberapa tahun cgu tak 'rewang' tapi kali ni cgu rasa happy sangat sebab blh tolong mak cgu... cgu yakin 100% cgu dah sihat sepenuhnya... dah tak sakit lagi macam dulu... alhamdulillah...

 kenduri doa selamat...

 budaya orang jawa... nasi ambeng... kl sesapa nak buat tempahan boleh... email je cgu...

 selepas selesai bacaan doa... baru lah boleh makan.. itu pun tak makan di rumah kenduri... dibungkus dan bawa balik ke rumah masing2... namanya "berkat"
 masa menunggu... hakim giliran kedua..

 menenangkan hakim... 

 debaran penantian...

 dalam bilik prosedur... takut gak awalnya... 

 kira ok la tu... Dr suruh hakim baca alfatihah...

 alhamdulillah ... selesai... ok je..

dah selesai... ambil ubat.. dan balik ke Putrajaya....

Semoga hakim cepat sembuh... Sayang anak mama... 



Monday, May 16, 2011

"Selamat Hari Guru, Cikgu Sila"

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hari ini memang hari yang diraikan. blh dikatakan setiap minit mendapat ucapan menghargai diri.. terasa segala usaha selama ini berbaloi bila tibanya hari ini.. tahun ini berbeza dengan tehun sebelumnya.. sampai sekolah pagi tadi mmg dah disambut dgn ucapan daripada pelajar2 yg ada di foyer. dan terasa gak awal2 pelajar2 hari ni berada di foyer sekolah. terkejut gak bl tgk dgn keadaan foyer yg penuh dgn kad-kad ucapan daripada pelajar. satu inisiatif yg sangat baik menunjukkan penghargaan kepada guru-guru SAS. :)

terima kasih kepada semua pelajar atas ucapan yang diberi... email, sms, dan facebook... 

Ambil kesempatan bergambar dgn kad ucapan daripada pelajar2 5Bestari... ;)


 kad-kad ucapan yang tertampal depan pintu bilik guru... ;)

 
 ada banner lagi... usaha yg baik..

 sebahagian hadiah2 dan kad ucapan daripada pelajar2..  esp pelajar2 5Cita, pelajar tingkatan 3, zarul, hariz, firman,shafiq mazlan, fuad, hasif, syazrain, zafri, munqeez, iddin, amin, zakwan, faris danial, rizwan, azim, luqman hakim, faizal, fadhil, zharif, fadrul, fakhru, hakim M, faiz mubin, firdaus, idham, fahmi anis, luqman wafiy, ikmal, kamal aliq, adham, faisal, ilyas... tqvm... cgu sayang kamu semua... doa cgu semoga kamu semua menjadi insan yang berguna.. tahu membezakan mana yang baik dan mana yg buruk.. cekal dan tabah mengharungi segala rintangan dan dugaan yg dihadapi.. :)

 ni kad daripada zaki hilmi 5c... tqvm.. atas penghargaan yang diberi.. selagi cgu berdaya dan mampu utk membantu dan mendidik... cgu akan cuba yang terbaik kerana agama bangsa dan negara... :)

thanks azri aizat.. stud tahun lepas... ingatan dan hadiah sungguh dihargai.. ;)

 hari ni mmg tak mengajar seharian... aktiviti untuk guru2 di dewan putra perdana sas.. karaoke.. indoor games.. tu yg cgu main congkak.. nak menyanyi segan la pulak... ;)


 hadiah yg bermakna buat cgu.. tq faisal.. tq ilyas.. tq hakim M.. i like... ;)

sebelum balik terima kad daripada kelas 4C... tq anak2.. ingatan yang diberi sungguh bermakna.. :)

akhir kata, sms terbaru yg cgu terima hari ini "slm ckgu happy teachers day sori lmbt wish btw thanks for everything that you teach me until i bcome a scsful prsn now"... tqvm.. cgu hargainya... ;)



Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011...



Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia..

Buat semua rakan-rakan guru Selamat Hari Guru... 
Semoga hari ini memberi seribu makna yg lebih memotivasikan kita ke arah yang lebih cemerlang dan berfikiran positif.. 

kali ni cgu nak kongsi dengan blog yg selalu cgu follow.. iaitu cikgu shida dari Parit.. sapa yg tak kenal lagi.. meh jom tengok blog Cikgu Shida..(klik je) 
 pasti menghiburkan... bagi cgu hanya orang yang kuat, positif, tabah, sabar yg blh buat macam dia.. cgu mmg suka dengan cikgu Shida.. seorang guru yang sangat berwawasan dan berfikiran positif..(mcm cgu juga la kan... ;)..hehehe) 

agak2 tahun ni byk tak cgu dapat ucapan terima kasih dan hadiah daripada pelajar2? ermm.. tak mengharap.. stud lelaki.. apapun yg penting ank2 doakan cgu sihat selalu... ;)

LAGU UTK SEMUA RAKAN2.... terima lah... 
(ops!! terima kasih cikgu shida.. Selamat Hari Guru.)




GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BERSATU KITA MENUJU

PARADIGMA YANG BAHARU

SATU TEKAD DAN HARAPAN 

MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI 
DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI 
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI



GURU 
MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI

MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA



PENDIDIK BERINOVASI 

MENGHASILKAN KREATIVITI

BERSEDIA HADAPI CABARAN

ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI



GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI

MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA



BYE SAS! 020104-040224