Saturday, November 20, 2010

Kerja Rumah Semasa Cuti Akhir Tahun 2010

Salam Kasih Sayang...

Baru hari ni cgu dapat nak upload kerja rumah buat semua.. cgu bercuti balik kg.. rehat beberapa hari.. lega skit.. ;) ramai yang dah tanya cgu kerja rumah kan...

Kerja Rumah Semasa Cuti Akhir Tahun 2010..

Monday, November 15, 2010

Belajar Buat Blog Wordpress

Salam Kasih Sayang,

Hari ni cgu belajar buat blog Wordpress bersama twin cgu... cgu Azie.. best sangat.. kelakar pun ada.. walaupun cgu dh ada blog sendiri tapi tak sama dgn blogspot.. hehehe

akhirnya apa yg dicari dapat gak.. rasanya sekarang ni dah pandai tinggal nak memurnikan je... ;)

anak2 didik cgu.. homework masih dalam proses.. cgu sibuk sangat ni.. nak fokus dulu dengan pengurusan panitia untuk 2011.. lepas tu SPM lak... kelas tambahan untuk form 5.. apapun dalam masa yang sama cgu cuba upload homework...

Selamat Bercuti... tengok2 blog cgu selalu... ;)

Saturday, November 13, 2010

Program Bersama Pelajar Tingkatan 5 2010

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni dapat juga akhirnya cgu luangkan masa bersama2 dengan pelajar2 tingkatan 5.. gerak hati kuat sangat tahun ni untuk mengikuti program ni.. Bacaan Yasin, solat taubat, solat hajat... sungguh tersentuh. imam tuan pengetua sendiri Tn Hj Mohamad Kamaludin Bin Taib... pertama kali dalam hidup cgu berimamkan majikan sendiri... ;) syukur alhamdulillah... memang idola cgu.. tokoh yg sentiasa akan cgu ingat sampai bila2.. pesanannya selalu Agama No. 1... memang itu yang perlu ada pada setiap insan yang bernama lelaki... ;)

dalam diri cgu, tak de fikir yang lain selain 3 perkara...

  1. kejayaan 100% A+ Prinsip Perakaunan ... seiringan dengan 100% straight A+ SPM 2010... doa cgu moga "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan, muzammil, amirul amin, aizuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulh, azzam, amirul haziq, aizat, hannan, umair, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, shahir, haziq, edika, azim, azhan, iqmal, hairil, asil, syafiiq dan akif" tenang semasa menjawab peperiksaan, mendapat keputusan A+ Prinsip Perakaunan dan 10A+ SPM..
  2. kesihatan mak cgu yang sedang sakit... (dapat panggilan telefon masa di surau sebenarnya...)
  3. kebahagian dan kegembiraan keluarga cgu hingga akhir hayat..
"Moga Allah kabulkan Doa cgu... Amin"

majlis berakhir dengan menjamu selera Nasi Ambeng... kalau ikutkan majlis ni macam kenduri doa selamat.. budaya orang Jawa... hehehe.. cgu pun orang jawa.. rindu gak dengan nasi ambeng... tercapai gak hajat..

Selepas program cgu buat perjumpaan akhir bersama pelajar Projek Khas... pada awalnya memang tersentuh hati cgu.. sebab batch ni la yg plg byk cgu ikuti perkembangan kebajikan mrk... ramai yg tercicir semasa tingkatan 1.. alhamdulillah akhirnya yg tercicir berjaya dibantu... moga allah berkati semuanya... doa cgu semoga u all semua berjaya dengan cemerlang SPM 10A+.. ;)

Tuesday, November 9, 2010

1Blog 1Panitia...

Salam Kasih Sayang,

alhamdulillah akhirnya berjaya gak mengadakan Bengkel Membina Blog bagi setiap panitia. Terima kasih kepada puan masariah selaku penyelaras program, cikgu jep tenaga pengajar.. cgu hanya membantu sebagai fasilitator tunjuk mana yang cgu tau je.. seronok sangat dapat membantu semua rakan2 dalam membina blog.. macam2 ragam... tapi satu perkara mengajar orang yang sebaya dan lebih tua dan guru pulak tu memang mudah.. dengar kata.. walaupun banyak karenah.. hehehe... inovasi terkini daripada guru2 SAS ke arah pengajaran dan pembelajaran ICT, Sekolah Berprestasi Tinggi..

selama ni ramai yang tanya cgu untuk subjek selain akaun ada tak... nah... tahun 2011 tidak menjadi masalah lagi kerana semua pelajar dapat mempelajari dan mendapatkan ilmu yang hendak dipelajari di blog panitia SAS.

cgu akan senaraikan semua blog rakan2 cgu untuk semua pembaca blog cgu.. (semua mata pelajaran yang di ajar di sekolah cgu).. sekarang ni memang blog yang dibina masih dalam proses pembinaan.. akan diupdate sentiasa.. tahun depan 2011 pasti akan siap sepenuhnya..

jom singgah dan rajin2 klik blog2 dibawah...
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Islam
  4. Sejarah
  5. Geografi
  6. Matematik
  7. Matematik Tambahan
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Biologi
  11. Prinsip Perakaunan (blog official cgu di sekolah) - akademik sahaja.. ;)
  12. Pendidikan Seni
  13. Kaunseling
  14. Bahasa antarabangsa
  15. Kemahiran Hidup 
15 blog semuanya... memang masih dalam pembinaan tapi tunggu maklumat seterusnya.. perkongsian ilmu daripada guru2 SAS dengan semua guru dan pelajar di Malaysia dan antarabangsa... ;)

Majlis Graduasi PraSekolah SK Putrajaya Presint 16(2)

Salam Kasih Sayang,

tak sempat cgu nak chitchat dlm blog cgu ni.. ikutkan semalam macam2 nak cgu cerita.. tapi tak pe la cerita tu cgu bw ke hari ini kan..

baru balik kerja.. memang penat.. tapi dalam hati ni memberontak nak gak kongsi cerita dengan semua pembaca2 blog cgu ni.. hari ni cgu menghadiri Majlis Graduasi anak cgu yang sulung Hariss Hakim.. pejam celik dah besar dah anak cgu.. tahun depan dah sekolah Darjah 1.. ada persembahan pelajar.. berbakat gak anak mama rupanya.. (macam mamanya gak.. ;) ... )


Persembahan pertama pelajar2 Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 16(2)

Bila tengok pencapaian akademik hakim... alhamdulillah .. Baik dan Memuaskan.. pandai anak mama.. ;)


semasa menerima anugerah..




 anak mama...

 bersama mus'ab n teacher zaleha...


 

gembiranya anak mama...


mus'ab... 
pakcik hakim ni... sebaya.. kawan baik dan kawan gaduh gak.. kelakar tgk diorang ni kalau gaduh... hehehe

Saturday, November 6, 2010

Anim, Fara dan Sila

Salam...

sementara menunggu utk hadiri 'workshop' ... update blog ok gak.. ikutkan memang kerja menimbun nak kena siapkan sebelum cuti akhir tahun. hari ni dan esok cgu nak rehatkan diri dan minda... mempelajari satu ilmu yang akan bantu untuk jalani kehidupan seterusnya. rehat sat utk fikir tentang kerja...

pagi tadi sempat jumpa kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa. sembang2 di Taman Warisan Putrajaya. ok gak. lama tak pergi ke situ. tak berubah betul Anim ni.. jumpa dgn fara sekali. ingat masa belajar di U dulu.. lama sungguh masa berlalu..

apa yg best tentang kawan cgu ni.. berjaya akhirnya dia jadi Akauntan Negara.. ada CA (chartered accountant).. bestnyer kan. cgu tak dapat2 lagi sampai sekarang.. kawan sorang lagi kt Shell. Syarikat yang ternama gak tu. tu la bila berkumpul, masing2 dengan cerita masing2. byk suka daripada duka. ;)


kira ok la lepas ni adalah tempat rujukan cgu jika cgu ada masalah2 untuk dapatkan perkembangan terbaru dalam bidang perakaunan ni..

tak sabar menanti hari esok... ;)

Wednesday, November 3, 2010

Kejohanan Mendayung Piala DYMM Sultan Selangor 2010

Salam...

alhamdulillah dah selesai Program ni... berjaya jua akhirnya... "Sultan gembira".. itulah yang disampaikan oleh pegawai bahagian protokol istana Selangor.. lega rasanya... masing2 semua gembira bila dah selesai.. kalau rekod video masa tu.. memang best...  selesai satu program... next program menanti... macam2 sebelum cuti akhir tahun ni... apapun cikgu pentingkan dulu anak2 didik cikgu yang dah nak periksa SPM lagi beberapa hari je lagi...

tugas LO memang mencabar... pengalaman pertama macam tak percaya... ada byk kelemahan... apapun dah selesai...

lama gak cikgu tak update blog ni.. memang sibuk dengan kelas pagi petang siang malam... selagi SPM tak berakhir selagi tu la cikgu akan bantu sedaya upaya setakat apa yang cikgu mampu...

Gambar-gambar semasa Kejohanan Mendayung...





BYE SAS! 020104-040224