Saturday, October 3, 2009

KURSUS ORIENTASI SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Salam...

Cgu baru je selesai kursus di Bidara Puteri Beach Resort. Alhamdulillah segala persoalan terjawab. Jelas la apa yang perlu dibuat selepas ini. Namun masih banyak yang perlu dipelajari demi anak bangsa...

Bahan-bahan yang diperolehi semasa Kursus sama je dengan bahan daripada kursus orientasi di mana-mana negeri.. sukatan pelajaran (kena beli sendiri di DBP ... yg ada tandatangan), huraian sukatan pelajaran dan latihan semasa kursus... soalan2 daripada bab-bab yang diagihkan kepada kumpulan2...

Soalan latih tubi JPWPKL / PPWPP.... Klik di sini.

Saturday, September 26, 2009

Al Fatihah buat Amirul Azuan

Salam...

Hari ini cgu dikejutkan dengan satu berita pemergian buat selamanya seorang pelajar di bawah jagaan cgu Pelajar PK saudara Amirul Azuan B. Abdillah, f4... Mari lah sama2 mendoakan semoga dilindungi dan diberkati olehNya... Semoga arwah mendapat tempat bersama2 dengan orang yang beriman... cgu harap rakan2 seperjuangan arwah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan arwah sepanjang hidupnya...

Teringat cgu kali terakhir cgu berjumpa dengan arwah di tangga sekolah hadapan bilik guru bawah... memang tutur bicara nya mengatakan apa yg berlaku "...... inilah yang terakhir" .. tapi cgu tetap menegur dan menasihati arwah... dalam hati cgu cuma satu agar arwah akan sedar dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kerana ini bulan ramadhan... tapi sekarang terbukti apa yang arwah cakap dengan cgu... Allah lebih menyayanginya... mudah2an arwah mendapat ketenteraman di sisi Nya...

Buat keluarga dan saudara mara arwah takziah diucapkan... Al fatihah....

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Salam...

Lama dah cikgu tak update blog ni... macam2 berlaku dalam masa terdekat ni... nak kata tak sibuk memang sibuk... Kepada semua pengunjung blog cgu, cgu mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan... sama ada disedari atau pun tidak disedari... Semoga raya tahun ini memberi makna yang sangat mendalam... dan yang paling penting moga pada tahun ini segala ibadah kita diterima olehNya.. amin.

Kepada anak didik cgu 5b n 5j...
"aidil, eshadiq, rahman, khairudin, taufiq, irfan rosly, afiq, farhan, zahir, hakimi, fadli, shahir, nik, faiz, syahmi, amir asyraf, muzammil, nabil, fahmi, amin, azeem, hadri, safuan, adam, firdaus, nawawi, azman, muzakir, raja, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman dan akma"..
Terima kasih di atas ingatan kiriman kad raya... rasanya tahun ni yang paling banyak cgu terima... hehehe...
ingat pesan cgu.. jangan lupa buat 'kuih sedap2'... kl sedap cgu nanti suka... gunakan masa yang ada ni dengan sepenuhnya... jaga diri dan kesihatan baik2... jangan jadikan tekanan sebagai penghalang tetapi pembakar semangat untuk berjaya... sentiasa yakin dengan diri sendiri... fikir positif... dan doa selalu... Pasti "1Akaun" akan tercapai... amin...

anak2 didik cgu 4b n 4c...
jangan lupa homework masa raya ni... "Kedai Jujur dan Kedai Wawasan"... Download Mahir Dokumen dan Penyata Kewangan... Jangan tak buat... jangan tak belajar... harapan cgu u all semua dapat menguasai konsep dengan baik... kuatkan asas masa tingkatan 4 ni... jangan nant masa tingkatan 5 baru nak fokus... jangan ulangi kesilapan... u all harapan ibu bapa dan sekolah...

akhir kata...
sekali lagi...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, August 31, 2009

Jom Sertai Kempen iLoveMalaysia

JOM SERTAI CONTEST

Kepada semua pembaca blog cikgu yang disayangi, adakah anda ingin memiliki sebuah iPhone 3Gs tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos? Jika YA, apa kata anda sertai contest I Love Malaysia anjuran Exabytes (sebuah syarikat hosting terkemuka Malaysia) dimana melalui contest ini anda berpeluang memenangi hadiah utama yang mereka tawarkan iaitu iPhone 3Gs beserta beberapa hadiah saguhati.

Contest ini sangat mudah dimana anda hanya perlu meletakkan banner kempen 'I Love Malaysia' mereka ini di website anda. Tidak perlu menjawab sebarang soalan mahupun menulis slogan. Mudah bukan? Jadi, sertailah contest ini sekarang kerana siapa tahu iPhone 3Gs itu mungkin akan menjadi milik anda. Kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya anda telah menunjukkan yang anda sangat sayangkan Malaysia. Tak gitu?

Untuk sertai, anda boleh klik banner yang ada di sebelah website ini (ala, yang kat atas sebelah kanan tu) atau anda klik sahaja [di sini]

Oh ya, sebelum terlupa pastikan anda membaca perenggan ini. Semasa anda mengisi butiran pendaftaran itu nanti, pastikan anda masukkan email cikgu iaitu rusilawatimoin@yahoo.com sebagai refferer pada ruangan Referrer's Email. Ini kerana, pendaftaran anda tidak akan diambil kira jika anda tidak berbuat demikian. Sesudah itu, letakkanlah banner kempen mereka di blog anda dan nantikan keputusannya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Friday, July 24, 2009

Bengkel Prinsip Perakaunan Putrajaya


Salam...

Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pg hingga 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPWPP

Alhamdulillah... berjaya akhirnya program ini dijalankan... anjuran PPWPP dan kami berjaya lakukannya bersama-sama... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini sama ada secara langsung atau tak langsung...

Kehadiran sungguh memuaskan... boleh dikatakan kehadiran penuh... mana2 pelajar yang tidak hadir pun disebabkan terlibat dengan aktiviti wakil sekolah seperti Kuiz Matematik dll... Sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya terlibat iaitu SAS, SMKPP16(1),SMKPP14(1), SMKPP8(1), SMKPP9(1), SMKPP9(2), SMKPP11(1) dan SMKPP18(1)..
Kepada semua pelajar yang menghadiri bengkel ini diharap semua nota dan bahan yang telah diberikan dapat dimanfaatkan... baca semula dan cuba buat semua semula bahan2 yang telah diberi... banyak latihan dan soalan yang telah diberikan... jd jangan disia2kan ilmu yang telah diberi...

Bengkel ini dikategorikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama iaitu 8.30 hingga 12.30 Seminar Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan yang telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Nasir, Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Gedangsa Selangor... Banyak perkara yang cgu telah pelajari daripada apa yang telah disampaikan... Teknik yang diajar kepada pelajar2 memang menyeronokkan... sebab itu la beliau memang layak menjadi GC... Pengisian... penekanan kepada soalan dokumen... banyakkan latihan...
soalan lain...
1. akaun kawalan... soalan penuh
2. titik pulang modal... mesti tau kedua2 kaedah...
3. penyata penyesuaian bank ... cb buat latihan soalan bentuk ayat...
4. akaun penamat... ak perdagangan n ak untung rugi...
5. pembubaran perkongsian...

terima kasih cgu Nasir di atas segala penerangan dan perkongsian ilmu yang diberi... mg Allah merahmati segala jasa baik yang diberi... amin...

Sesi kedua "Pandai Dokumen Lulus Akaun" bermula jam 2.30 petang... pada awalnya cgu mmg menganggap ada antara pelajar yang akan pulang ke rumah masing2 namun alhamdulillah semua pelajar adalah cemerlang... mendengar arahan dengan baik... kehadiran untuk sesi ini amat baik... semua hadir kecuali dua orang pelajar dibenarkan pulang atas faktor kesihatan... dengan izin... kali ni kami guru2 yang mengambil peranan di mana pelajar 2 diberi beberapa kumpulan besar dan kecil... tugasan adalah menjawab soalan dokumen... setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator yang telah dilantik... sepanjang pemantauan yang dibuat... cgu rasa amat terharu dan gembira dengan semua penglibatan pelajar dan rakan2 guru... kasih seorang guru yang tidak mahu melihat kegagalan pelajarnya... membimbing sehingga berjaya... :)

Bengkel ini berakhir jam 4.30 petang... harapan ianya dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang terlibat... Kejayaan datang dari diri sendiri... kami guru2 hanya dapat membimbing hingga berjaya...

Terima kasih sekali lagi kepada pihak PPWPP Pn Raja Isnariza, Datin Kamsurina, En Mohd Razif... rakan2 guru kak midah, kak nor, kak ton, kak tun hanizah, kak mas, kak siti asiah, rosyaila, fiza, fazilah dan mira sera cgu muda kita safarudin... :)

Gambar2 sepanjang bengkel dijalankan.........





Saturday, July 18, 2009

WAJAH & HATI YANG CANTIK & RAHSIA 13

Salam...

Hari ni cgu dapat email daripada kawan baik cgu... sungguh bermakna dan dapat dijadikan garisan panduan dalam melakukan kerja2 seharian sebagai hambaNya... harapan dapat di kongsi bersama dengan semua pembaca blog cgu....


Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

  • Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

  • Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.. W. T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
AMIN

Wassalam


BYE SAS! 020104-040224