Friday, July 24, 2009

Bengkel Prinsip Perakaunan Putrajaya


Salam...

Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pg hingga 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPWPP

Alhamdulillah... berjaya akhirnya program ini dijalankan... anjuran PPWPP dan kami berjaya lakukannya bersama-sama... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini sama ada secara langsung atau tak langsung...

Kehadiran sungguh memuaskan... boleh dikatakan kehadiran penuh... mana2 pelajar yang tidak hadir pun disebabkan terlibat dengan aktiviti wakil sekolah seperti Kuiz Matematik dll... Sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya terlibat iaitu SAS, SMKPP16(1),SMKPP14(1), SMKPP8(1), SMKPP9(1), SMKPP9(2), SMKPP11(1) dan SMKPP18(1)..
Kepada semua pelajar yang menghadiri bengkel ini diharap semua nota dan bahan yang telah diberikan dapat dimanfaatkan... baca semula dan cuba buat semua semula bahan2 yang telah diberi... banyak latihan dan soalan yang telah diberikan... jd jangan disia2kan ilmu yang telah diberi...

Bengkel ini dikategorikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama iaitu 8.30 hingga 12.30 Seminar Teknik Menjawab Prinsip Perakaunan yang telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Nasir, Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan SMK Gedangsa Selangor... Banyak perkara yang cgu telah pelajari daripada apa yang telah disampaikan... Teknik yang diajar kepada pelajar2 memang menyeronokkan... sebab itu la beliau memang layak menjadi GC... Pengisian... penekanan kepada soalan dokumen... banyakkan latihan...
soalan lain...
1. akaun kawalan... soalan penuh
2. titik pulang modal... mesti tau kedua2 kaedah...
3. penyata penyesuaian bank ... cb buat latihan soalan bentuk ayat...
4. akaun penamat... ak perdagangan n ak untung rugi...
5. pembubaran perkongsian...

terima kasih cgu Nasir di atas segala penerangan dan perkongsian ilmu yang diberi... mg Allah merahmati segala jasa baik yang diberi... amin...

Sesi kedua "Pandai Dokumen Lulus Akaun" bermula jam 2.30 petang... pada awalnya cgu mmg menganggap ada antara pelajar yang akan pulang ke rumah masing2 namun alhamdulillah semua pelajar adalah cemerlang... mendengar arahan dengan baik... kehadiran untuk sesi ini amat baik... semua hadir kecuali dua orang pelajar dibenarkan pulang atas faktor kesihatan... dengan izin... kali ni kami guru2 yang mengambil peranan di mana pelajar 2 diberi beberapa kumpulan besar dan kecil... tugasan adalah menjawab soalan dokumen... setiap kumpulan diketuai oleh fasilitator yang telah dilantik... sepanjang pemantauan yang dibuat... cgu rasa amat terharu dan gembira dengan semua penglibatan pelajar dan rakan2 guru... kasih seorang guru yang tidak mahu melihat kegagalan pelajarnya... membimbing sehingga berjaya... :)

Bengkel ini berakhir jam 4.30 petang... harapan ianya dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang terlibat... Kejayaan datang dari diri sendiri... kami guru2 hanya dapat membimbing hingga berjaya...

Terima kasih sekali lagi kepada pihak PPWPP Pn Raja Isnariza, Datin Kamsurina, En Mohd Razif... rakan2 guru kak midah, kak nor, kak ton, kak tun hanizah, kak mas, kak siti asiah, rosyaila, fiza, fazilah dan mira sera cgu muda kita safarudin... :)

Gambar2 sepanjang bengkel dijalankan.........





3 comments:

  1. kami kat perak daerah kinta selatan pown da wat bengkel nie..
    tpi syg sy xdpat join g program bengkel menjawab add math..
    =(

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..
    sy lgsg xphm sal account ni..
    sy xde basic lgsg, mse spm x amik...
    now tuk degree, sy kne ambl sbjuk ni...
    cner eq nk phm kn??
    sy poning la...
    lctrer ajo pn laju je...
    leh bg tips x or nota2 yg mdh tuk dfhami...??
    thnx ya...

    ReplyDelete
  3. ym shbm, biasa la tu... lecturer mmg akan anggap u all semua dh ada basic... download nota cgu... ada dlm blog ni... cb baca dan fahamkan... kl tak blh gak email cgu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...