Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Utk Guru-guru yang mengajar Prinsip Perakaunan 1Malaysia



Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hampir sebulan telah berlalu, cgu2 akaun yang terpilih untuk menghadiri Mesyuarat Penataran Kerja Kursus Prinsip Perakaunan. Hasil mesyuarat dapatlah keputusan dalam penandaan kerja kursus tingkatan 4 2010 yang telah berjaya dilaksanakan oleh semua pelajar tingkatan 5 tahun ini. Satu panduan yang amat jelas dan cgu rasa banyak membantu dalam proses menanda. Dan mula saat ini jugalah cgu terpaksa tgk semula kerja kursus pelajar dengan menggunakan kriteria2 / elemen2 yang ditetapkan.. terima kasih kepada pihak LPM...

Sepanjang mesyuarat tersebut juga, satu  perisian baru iaitu MOTAWA diperkenalkan bagi memudahkan guru2 akaun mengisi markah yang diperoleh oleh pelaj ar2. Semua guru dikehendaki bertukar daripada perisian yang sebelum ini kepada perisian yang baru MOTAWA..

Dengan kebenaran En Mohd Taib sendiri, cgu kongsikan bersama dalam blog cgu untuk kemudahan semua guru2 akaun. terima kasih cikgu Taib (GC PrinsipPerakaunan)..... ;)
Boleh lah mana2 guru yang ingin bertanya dan berkongsi penggunaan MOTAWA ini dalam blog cgu ni... Bermula 1 April ni kerja kursus Tingkatan 5 pula perlu diberi penekanan... Cabaran baru untuk guru2 akaun. Kejayaan kita dalam mengendalikan PBS ni adalah kejayaan KPM dalam melaksanakan transformasi pendidikan Malaysia akan datang.. ;)

Perisian khas untuk mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 (3756/3)

Sebelum download pastikan Microsoft Office 2003 (microsoft access 2003) ada dalam komputer... kalau tak de cari lah dulu... access 2003 lebih membantu dengan mudah berbanding penggunaan access 2007. 

Perisian MOTAWA... Klik di sini
Manual Penggunaan MOTAWA ... Klik di sini

Sebarang permasalahan boleh lah sama2 kita kongsi... benda baru pastinya perlukan pengorbanan untuk kita memastikan kejayaannya demi agama, bangsa dan negara... ;)







Wednesday, December 8, 2010

Salam Awal Muharram 1432H

Salam Kasih Sayang... Salam Awal Muharram...

Wow!!! indahnya hari ini...sambut tahun baru... seronoknya.. gembira hati tak terkata apa yg berlaku hari ni merupakan titik tolak permulaan.. azam dan semangat baru. terima kasih kepada semua esp hariss, mkbpk, ank2 mama, fara, emylia .  tidak lupa Dato' yang banyak membantu.. memberikan ilmu yang sungguh bermakna dalam diri cgu.. Terima Kasih.. syukur alhamdulillah... ;)

09 Disember 2010 ... SPM Prinsip Perakaunan... tinggal sehari je lagi nak periksa kan.. dekat sangat tu.. kepada semua anak didik cgu.. Kuatkan semangat... habis Biologi terus pulun Akaun.. percaya dan yakin 100%.. Set minda POSITIF!!! A+ 3x.. WOW!!SENANGNYA!!! ingat tu..belajar di akhir2 banyak membantu kejayaan yang cemerlang dengan syarat FOKUS!!! Cgu yakin 100% semua pelajar cgu BOLEH! Amin..

Buat semua anak didik cikgu,
ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, firdaus maswan, alim, muzakkir, syed, hariz, afiz, hazim, nabil, farhan, fazzmal, lokman, izzudin, ahmad nor izudin, muzammil, amirul amin, ai'zuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulhelmi, azzam, amirul haziq, umair, aizat,hannan, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, syahir, haziq, edika, azim, iqmal, asil, hairil, akif, azhan, syafiq aiman, ezmir syafiq, maisarah,amira, seha, aizat, ravi, hamzah, amir, rizwan, faisal dan hakim...

Buat semua pembaca2 setia blog cgu yang akan mengambil SPM 2010 dan semua pelajar yang akan mengambil bahan2 dan nota daripada blog cgu...

dengan penuh kasih sayang.. cikgu memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap.. dan cikgu ampunkan segala salah silap semua terhadap cgu.. cgu redhakan dan halalkan segala ilmu yang cgu berikan kepada semua.. cgu doakan semoga kalian semua mendapat keberkatan dan kejayaan yang cemerlang gemilang terbilang dalam Prinsip Perakaunan SPM 2010... Kejayaan diri sendiri adalah kejayaan kepada semua orang yang kita sayang... ibubapa, keluarga, guru dan sekolah.. ;)

"i love u"
Ingat cgu selalu..


Tuesday, November 23, 2010

GOOD LUCK SPM 2010!!!

Salam Kasih Sayang,


Good Luck Balloon





Lagi beberapa jam je semua pelajar2 cgu akan menduduki peperiksaan awam SPM untuk tahun ni 2010.. Cgu rasa semua dah bertungkus lumus utk menghadapi hari esok dan seterusnya.


Kepada anak-anak murid yang cikgu ajar ;
  • 5B "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan"
  • 5C "muzammil, amirul amin, aizuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulh, azzam,amirul haziq, aizat, hannan, umair, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, shahir, haziq, edika, azim, azhan, iqmal, hairil, asil, syafiiq dan akif"  
  • amira, seha, syafiq, maisarah, aizat, ravi, hamzah, amir, faisal dan haikal
dan semua kepada pelajar2 SAS khususnya serta semua pelajar 1Malaysia yang akan mengambil SPM mulai esok hari... cikgu halalkan segala ilmu yang diberi... cikgu ampunkan segala salah dan silap.. doa cikgu semoga kalian semua berjaya SPM 10 A+.. Amin


ingat pesan cikgu... jawab soalan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang... senyum selalu... jaga disiplin diri... ingat Allah selalu...


kalau tiba2 blank .. tak ingat apa2.. tenangkan diri.. istighfar + baca alfatihah + selawat... dan ingat guru yang mengajar kita... insyaallah... kalau nk buat alpha.. buat je la.. yg penting kita usaha... ;)













Monday, April 20, 2009

Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan Putrajaya

Salam,

Pada hari Jumaat 17.4.2009, satu taklimat penataran bagi Prinsip Perakaunan peringkat Putrajaya telah diadakan di SMK Presint 8(1) jam 3.00 hingga 5.00 petang bersama Pegawai daripada LPM... alhamdulillah akhirnya kami di sini mendapat pendedahan yg sebenarnya...

Menurut pegawai tersebut ini adalah taklimat penataran yg pertama sebenarnya... untuk subjek Prinsip Perakaunan akan ada taklimat penataran yang kedua... dan akan bermula tidak lama lagi...

Seperti sedia maklum, SPM 2009 dan SPM 2010 masih lagi menggunakan format Pentaksiran 2004... cuma soalan ada sedikit perubahan.... mengikut kehendak dan keperluan apabila berlakunya MOU antara LPM dan LCCI....

Bentuk soalan masih sama iaitu
Kertas 1 : 40 soalan objektif (40 markah)
Kertas 2 : 6 soalan subjektif (80 markah)

Bagi Kertas 2 : -
  1. Bahagian A (68 markah)
  • Soalan 1 : maks 28m
  • Soalan 2 : *Anchor item - 20 hingga 25m
  • Soalan 3 : **Anchor item - 10m
  • Soalan 4 : Bab lain - 10m
  1. Bahagian B (12 markah) Pilih satu soalan sahaja
  • Soalan 5 : Bab lain
  • Soalan 6 : Bab lain
* Anchor item - Akaun Penamat (milikan tunggal, perkongsian, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan, akaun kawalan)

** Anchor item - selain daripada soalan 2... [ perkongsian, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan, akaun kawalan]

5 bab yang perlu diberi penekanan utuk anchor item iaitu:
  1. Akaun Kawalan
  2. Perkongsian - (jgn fokus hanya kepada 2 pekongsi)
  3. Rekod tak lengkap - (fokus kepada kedua2 kaedah iaitu analisis dan perbandingan)
  4. Kelab dan Persatuan
  5. Akaun Penamat - (ak kawalan, perkongsian, milikan tunggal, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan)
5 kemahiran yang perlu diberi penekanan kepada pelajar ialah:
  1. kemahiran kefahaman
  2. kemahiran mengaplikasi
  3. kemahiran mengorganisasi dan menilai
  4. kemahiran berkomunikasi
  5. kemahiran menggunakan teknologi maklumat
Sijil LCCI diukur daripada S2 dan S3, namun untuk melayakkan pelajar mendapat sijil, keputusan Prinsip Perakaunan hendaklah mendapat gred sekurang2nya 6C... (boleh rujuk peraturan untuk mendapatkan Sijil LCCI seperti yg telah diberi)...

Jalan kerja amat penting untuk melayakkan pelajar mendapat markah. Setiap soalan dikehendaki menunjukkan jalan kerja dan berasingan dengan kertas jawapan....

Apa yg dapat disimpulkan sebenarnya untuk mendapatkan gred yang terbaik... setiap pelajar hendaklah menguasai konsep dan format dalam Prinsip Perakaunan dengan betul dan tepat.... ini disebabkan sekiranya soalan bertukar bentuk sekalipun, pelajar dapat menjawab soalan dengan baik berdasarkan konsep yg difahami...

Kepada semua pelajar, nasihat cgu jangan menghafal tapi fahamkan konsep dan asas prinsip dengan baik dan tepat... insyaallah perjalanan dalam mempelajari ilmu perakaunan akan berjalan dengan baik dan mudah... Bagaimana??? Tanya guru masing2.... Percayalah setiap guru ada cara tersendiri bagaimana untuk memudahkan pelajar2nya...

Kepada rakan2 seperjuangan, harapan perkongsian ilmu dapat diteruskan sehingga selamanya demi kecemerlangan anak bangsa.... amin

BYE SAS! 020104-040224