Tuesday, March 15, 2011

Utk Guru-guru yang mengajar Prinsip Perakaunan 1Malaysia



Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Hampir sebulan telah berlalu, cgu2 akaun yang terpilih untuk menghadiri Mesyuarat Penataran Kerja Kursus Prinsip Perakaunan. Hasil mesyuarat dapatlah keputusan dalam penandaan kerja kursus tingkatan 4 2010 yang telah berjaya dilaksanakan oleh semua pelajar tingkatan 5 tahun ini. Satu panduan yang amat jelas dan cgu rasa banyak membantu dalam proses menanda. Dan mula saat ini jugalah cgu terpaksa tgk semula kerja kursus pelajar dengan menggunakan kriteria2 / elemen2 yang ditetapkan.. terima kasih kepada pihak LPM...

Sepanjang mesyuarat tersebut juga, satu  perisian baru iaitu MOTAWA diperkenalkan bagi memudahkan guru2 akaun mengisi markah yang diperoleh oleh pelaj ar2. Semua guru dikehendaki bertukar daripada perisian yang sebelum ini kepada perisian yang baru MOTAWA..

Dengan kebenaran En Mohd Taib sendiri, cgu kongsikan bersama dalam blog cgu untuk kemudahan semua guru2 akaun. terima kasih cikgu Taib (GC PrinsipPerakaunan)..... ;)
Boleh lah mana2 guru yang ingin bertanya dan berkongsi penggunaan MOTAWA ini dalam blog cgu ni... Bermula 1 April ni kerja kursus Tingkatan 5 pula perlu diberi penekanan... Cabaran baru untuk guru2 akaun. Kejayaan kita dalam mengendalikan PBS ni adalah kejayaan KPM dalam melaksanakan transformasi pendidikan Malaysia akan datang.. ;)

Perisian khas untuk mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 (3756/3)

Sebelum download pastikan Microsoft Office 2003 (microsoft access 2003) ada dalam komputer... kalau tak de cari lah dulu... access 2003 lebih membantu dengan mudah berbanding penggunaan access 2007. 

Perisian MOTAWA... Klik di sini
Manual Penggunaan MOTAWA ... Klik di sini

Sebarang permasalahan boleh lah sama2 kita kongsi... benda baru pastinya perlukan pengorbanan untuk kita memastikan kejayaannya demi agama, bangsa dan negara... ;)







3 comments:

  1. Salam,
    Terima kasih atas perkongsian tersebut. Saya juga telah mengikuti kursus serupa tetapi yang dikelolakan oleh PPD Kota Kinabalu + Penampang + Tuaran. Saya tak dapat hadir ke kursus anjuran LPM walaupun dipanggil atas alasan peribadi.

    Anyway, pada hemat saya, Access 2007 masih boleh digunakan. Jikalau ada guru yang telah mempunyai Office 2007 lengkap termasuk Access, tak perlulah install Access 2003 pula.

    Saya yakin perkara ini sebab inilah yang dilakukan oleh saya dan beberapa rakan semasa kursus. Tak ada masalahpun. Ini kerana Access 2007 turut serasi fail MDB yang dibuat menggunakan Access Xp atau 2003.

    Cuma lagi pengguna mesti maklum bahawa dalam Access 2007, arahan macro sengaja di'disable'. SEbab itulah MOTAWA tak berfungsi dengan baik. Penyelesaiannya mudah sahaja, klik butang MAKLUMAN (ada tetiba muncul satu LAJUR kelabu tu) untuk ENABLE macro dan aplikasi Access 2003 akan berfungsi seperti sepatutnya.

    Sekadar berkongsi tips ICT.

    ReplyDelete
  2. sifu2b,

    tq atas info yg diberi.. amat membantu... ;)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Cikgu Sila atas perkongsian software ini...

    Juga terima kasih kepada sifu2b atas perkongsian bijak berkenaan tentang access 2007..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 Reserved to ILoveAkaun l Design by DayangDeno