Sunday, March 7, 2021

ROAD TO SUCCESS SPM 2020 PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum ...

Esok dah harinya ... 8 Mac 2021 (Isnin) 8 pagi hingga 12.30 tengahari ...

Doa cikgu moga semua calon berjaya dapat menjawab soalan dengan baik... banyaknya dugaan kita kan tahun ini... cikgu selalu yakin dan percaya, setiap dugaan yang Allah berikan ini semua ada hikmahnya...

Alhamdulillah, pelbagai alternatif disediakan oleh KPM untuk memastikan semua calon SPM 2020 tahun ini tidak ketinggalan... jadi subjek Prinsip Perakaunan tidak ketinggalan...ambil peluang ini... ada masa untuk lihat lagi... kita usaha sahaja... moga ilmunya sampai dengan izinNya...

Usaha ini semuanya dengan kerjasama semua pihak... terutamanya pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kurikulum Prinsip Perakaunan dapat disampaikan kepada semua murid. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru otai Prinsip Perakaunan yang sangat berpengalaman luas pengetahuannya... Mereka semua ada di sisi cikgu sepanjang proses ini.

Percayalah usaha ini semua nak kan semua calon Prinsip Perakaunan dapat kejayaan sekurang-kurangnya lulus dalam SPM dan sebaik-baiknya A+ SPM 2020.

Cikgu doakan.

Jom tengok semua video Road to Success SPM 2020 Prinsip Perakaunan.


Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Pecutan

https://youtu.be/lNLHc0pNOj8



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 1

https://youtu.be/vA-U4mPU2NI



Road to Success SPM 2020 - Prinsip Perakaunan Kertas 2

https://youtu.be/NbVMM9Mb2Xs


Ops... lupa nak share pesanan cikgu ...ingat pesanan cikgu... sebenarnya bukan pesanan cikgu seorang tetapi pesanan ini mesti sama daripada guru2 akaun Malaysia ni..



Moga perkongsian ini membantu kepada semua yang memerlukan.


Love.

CikguSila

No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023