Wednesday, January 1, 2014

Kenangan terindah 2013 ... Seterusnya ... 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2013 dah tutup tirai... sekarang menjelma 2014... azam baru dah ditanam sejak awal muharram... masih sama. Moga tahun 2014 lebih baik dalam serba serbi yang dilakukan sama ada sebagai seorang isteri, ibu dan guru berbanding tahun 2013...

imbas kembali kejayaan-kejayaan tahun 2013...
1. dapat surat makluman status Guru Cemerlang Perakaunan.
2. dapat berkongsi ilmu dan teknik i love akaun lebih daripada 20 buah sekolah.
3. tempat kedua anugerah inovasi sempena hari guru JPWPP.
4. saguhati KIK 2013.
5. menerima anugerah emas Prinsip Perakaunan dan Kemahiran Hidup.
5. menerima anugerah guru penasihat cemerlang Kelab Pengguna Sekolah - naib johan CIPKPS Kebangsaan.
6. keputusan kemahiran hidup PMR2013 100% A...
7. dan banyak lagi....

Alhamdulillah Allah izinkan untuk cgu terima semuanya... 
moga kejayaan2 ini memberi semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diterima tahun 2014... tugasan baru? masih jawatan yang sama untuk dimurnikan...

Selamat Tinggal 2013
Selamat Datang 2014!!!



No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023