Tuesday, May 4, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Salam..

Minggu ni dah bermula peperiksaan pertengahan tahun 2010. cepat sungguh masa berlalu. apapun cikgu lega dari satu sudut.. silibus dah selesai. lepas exam ni kena pulun latih tubi untuk memantapkan pelajar2 lebih memahami bagi setiap bab. biar pelajar selesai kan dulu exam ni. tunggu.. kesian gak dengan diorg ni apapun cgu harap u all terima rasional kenapa cgu buat "speed learning". Moga Allah restui niat cgu ni.. amin.. "alpha wave" ingat selalu..

exam kali ni cgu buat soalan seperti bentuk soalan spm.
tingkatan 5:
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (4 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B (Pilih satu soalan daripada 2 soalan)[80 markah]

tingkatan 4 : (seperti taklimat penataran spm 2011)
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (3 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B ( Pilih 2 soalan daripada 3 soalan) [40 markah]
- Kertas 3 : Kerja Kursus ( cgu nilai untuk kerja kursus Buku Skrap Dokumen Perniagaan) [20 markah]


"Bila dah biasa dilatih susah, yang susah jadi senang..... tapi kalau dah biasa senang, yang senang jadi susah"-Dr.Azizan Osman..

sebab tu cgu selalu kata "jgn kata susah dalam akaun kan.. kata senang pasti ianya menjadi senang" .. yakin!!!

hopefully dalam exam ni, semua berjaya dengan cemerlang. ingat apa yang cgu dah ajar.. teknik menjawab. aplikasikan...

doa cgu moga semua anak didik cgu 5b, 5c, 4b n 4c berjaya dengan jayanya.. kalau u all boleh HEBAT dalam Kokurikulum... so buktikan u all juga HEBAT dalam akademik.

CABARAN PPT 2010
Cgu nak buat satu persaingan sihat.. di antara kelas 5B dan 5C, 4B dan 4C..
Kelas mana yang GP lebih tinggi dan mencecah 2.00 ke atas.. cgu akan belanja makan untuk satu kelas. Bukan senang cgu nak belanja makan. Sapa nak belajar rajin-rajin.

5 comments:

  1. Cikgu manislah. Dah berpunya cikgu.

    ReplyDelete
  2. salam cikgu...
    soalan saya,
    kertas peperiksaan untuk form 4 memang ada 3 kertas ke? sebab yang saya tahu hanya ada 2 sahaja...

    ReplyDelete
  3. mollie, salam.. SPM2011 akan menggunakan pentaksiran yang baru. tambah lagi satu paper.. kertas 3 akan bermula bulan ogos ni

    ReplyDelete
  4. cikgu...soalan utk pertghn tahun msuk ape...bley bgtaw x?????

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, cg.Sila
    nak tanya, buku skrap untuk dokumen tu, cg suruh pelajar guna komputer atau tampal sahaja?
    Terima Kasih... ingat nak suruh pelajar saya buat juga tahun depan^^

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023