Thursday, October 22, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Salam... juz received ths email fr my fren.. subhanallah...

don't know whether it's just co-incidence or what?
but definitely something worth pondering...
something to thing about...

"THE FIRST EARTHQUAKE IN PADANG HAPPENED AT 17.16 HRS AND THE SECOND ONE AT 17.58 HRS."

"THE NEXT MORNING EARTHQUAKE AT JAMBI AT 8.52 HRS"

FIRST, GO AND CHECK THE TIME WITH OFFICIAL MEDIA REPORT. THIS IS FROM THE STAR… THEN CHECK THE SAME VERSE IN QURAN…

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 16 ( 17.16 HRS )

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 58 (17.58 HRS )

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).

SURAH KE 8 – AL ANFAAL : AYAT KE 52 (8.52 HRS )

Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhn Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

Thursday, October 15, 2009

Malam Bingkisan Memori

Salam...

Coretan hari ke empat berada di Hospital Putrajaya... tempat yang sama wad 2b,bed 3...
jam10 pagi cgu dapat roomate baru... lepas bersalin... baby girl... dh ada nama "arissa"... orang yg ketiga katil sebelah cgu ni bertukar ganti... ermmmm... kul 6ptg baby dh boleh keluar... kl tak best gak boleh main dengan baby... macam baby anna (kawan husna CIC).. :)

kehadiran dr azmi mmg dinant manala tau.. boleh balik... ermm tapi bukan boleh balik tambah hari lagi di wad ni ada la... huhuhu... its ok janji cgu boleh layan internet n "I dream of jeannie"... terhibur skit...



petang... aidil, muzakkir, amin, nik n zhahir bersama iza datang melawat... tq coz sudi melawat cgu di hospital ni... terharu gak dengan kehadiran kalian... bnyak gak perkara baru yg diketahui... esp Malam Bingkisan Memori... rupanya tukar nama... maklum la tak g sekolah jd byk benda tak tau.. dapat gk tengok gambar malam tu... memang dh dijangka... semua cantik2 n handsome... :)
Tahniah la kepada yg menang n menerima anugerah2...

ingat janji muzakkir "kalau sy dh kerja nanti saya bawa cgu g Spain"... wow!!!! betul ke ni.. terima kasih la muzakkir... harapan ingat ler cgu smpi bila2 ye... cgu ingat ni janji2 u all pd cgu.. ingat jgn tak buat latihan... buat la hingga muak pun tak per.. semua tu ada baiknya... kita tengok hasilnya nanti...

hari ni agak kurang selesa skit coz jarum tukar ke sebelah kanan lak... susah nak bergerak... masih keras... esk mesti ok...

Wednesday, October 14, 2009

Malam Selingkar Kasih 2009

Salam...

Coretan hari yang ke empat di Hospital Putrajaya (wad 2b, bed 3)... masih di tempat yang sama... roomate pun dah bertukar 2 kali... yang kedua ni pun dah balik... dok sorang mlm ni... huhu

hari ni Ilham sekeluarga datang melawat cikgu... alhamdulilla ilham dah beransur pulih... gembira n senang hati tengok ilham seperti dulu... dia pun tertanya2 kenapa cgu kat hospital... soalan yang cgu beri semua dia jawab dengan betul... amin... moga ilham pulih sepenuhnya... cgu yakin ilham mampu hadapi semua ni dengan tabah... kuatkan semangat...

rakan2 guru memang sibuk hari ni... faham... dah biasa setiap tahun macam ni... lagi tertekan bila nazir nak datang observe pulak tu... gud luck kak aini, kak nora, zefry n shahrizan untuk pemantauan esok... pasti berjaya... u all memang hebat...

call petang tadi... tanya khabar... nda pun call gak... tq atas ingatan ini... tak kisah pun kalau tak datang ... no heart feeling... apapun kita saling mengingati... :)

n malam ni yang paling sedih rasanya... tak dapat g dinner f5... dr pagi asyik dpt sms tanya samada cgu g atau tidak... sorry ... cgu masih di wad.. entah sampai bila... hingga saat ini masih lagi terasa kesakitan... dugaan yang terpaksa diharungi... hidup mesti diteruskan...

sedang menaip ni... doktor lak datang... ermmm... doktor kat sini so far semuanya ok... penjelasan yang memang boleh diterima dengan baik... :) cgu terpaksa memberitahu kesakitan yang masih wujud... mungkin kesan ubat or .... kita lihat lepas habis ubat ni... tungguuuuu.... hopefully ok... nanti dapat jumpa semua anak didikku...

pasti rakan2 guru n semua pelajar melaram malam ni... masa ni la nak tengok semua melaram... yg biasa pun pasti cantik n handsome mlm ni... meraikan pelajar2nya... tetapi sejauhmana pelajar2 menghargai gurunya??? satu persoalan... untuk cgu... memang cgu dah nampak anak2 didik cgu menghargai cgu... tqvm.. moga Allah memberi keberkatan kepada semua... "cgu SAYANG kamu"... harap2 dapat la tengok gambar2 masa dinner ni cepat... sapa2 upload la dlm fb ker... hopefully majlis ni berjalan dengan baik dan lancar... tahniah kepada semua yang berjaya dan menerima anugerah... esp Muzakir pelajar terbaik akademik kan... itu je la yg cgu tau... cgu memang yakin kamu memang boleh...

Soalan Trial Negeri2 2009

Salam...

atas permintaan di sini cikgu link kan untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan Prinsip Perakaunan 2009. Ada lebih daripada 10 set. Sumbangan daripada rakan seperjuangan Cikgu Narzuki... harapan ianya dapat membantu semua yang memerlukannya... Semoga prestasi Prinsip Perakaunan tahun ini meningkat dengan cemerlang...

Soalan Trial Akaun 2009...
Klik di sini.

tqvm to Cgu Narzuki... may Allah bless You... Amin..

Tuesday, October 13, 2009

Indahnya Kehidupan ini... amin

Salam...

coretan kali ni semasa cgu di dalam wad 2b bed 3 Hospital Putrajaya.. memang bosan.. tp cgu percaya apa yg berlaku semua ada hikmahnya... mmg tarikh ni dah cgu ketahui sejak sebulan yg lepas... itula namanya kebesaran tuhan... operation cgu ditangguhkan... dalam hati ni bercampur-campur perasaan... setuju atau pun tak setuju... gembira sedih... namun selepas penerangan doc cgu kembali tenang dan mula berfikir semula... dan cgu percaya apa pun yg terjadi semua ada sebabnya... cgu terima plan doc dengan hati terbuka... (tapi kekadang tu macam nak lari je... bosan... asyik masuk ubat).. observation for 2 weeks... maknanya cgu dapat jumpa lagi anak2 murid cgu next week... alhamdulillah... selepas itu mungkin kah cgu terpaksa hadapi semula 'operation'??? argk... berserah kepadaNya...

Sebelum....

1. Peperiksaan PMR dah berakhir... happy bdk2 f3... moga impian kita tercapai tahun ni 100% 8a... harapan kalian bertawakkal byk2... memang penat sungguh tahun ni menguruskan PMR... terpaksa buka 3 bilik khas... dan tahun ni gk la ramai pelajar yg sakit.. 4 kes chicken pox/10 kes mata... 1 kes suhu melebihi 37.5... laporan daripada ketua pengawas ... OK!
Tqvm Mas atas bantuan yg diberikan... kalau tak de cgu maslinda huru hara gak rasanya masa cgu tak ada... :(

2. Kedatangan mak arwah Amirul Azuan ke sekolah bersama keluarga.. comel sungguh adik perempuan nya... suasana pilu menyambut kedatangan mereka... kerja cgu selesai setelah menyerahkan semua buku akaun yg berada di simpanan cgu... moga rohnya dirahmati.. hendak menemani sepenuhnya bersama keluarga arwah memang tak dapat coz cgu dah terlalu penat... masa ni hanya tuhan yg tahu diri cgu cam ner... ku kuatkan semangat, fizikal, emosi dan mental untuk harungi hari ini... alfatihah.

3. dapat panggilan daripada kak aini... suruh gak masuk kelas 5b... ermmm ... serius tak larat.. rasa kaki ni terlalu berat nak melangkah.. demi anak didik yang tersayang...cgu gagahkan juga.. terima kasih atas majlis yg dibuat... sungguh bermakna buat cgu... rasa diri ini memang dihargai... keikhlasan nampak di setiap wajah masing2... kalian semua HEBAT... cgu ingat janji kalian... moga berjaya... harapan cgu kalian semua mendapat A+... jangan sedih2 cgu masih ada akan jumpa kalian... kita jumpa minggu depan... insyaallah

hopefully sakit cgu ni beransur baik... semua tu dengan izinNya... doa la untuk cgu... nant cgu boleh ajar kalian n hantar hingga ke pintu dewan peperiksaan... amin...

4. Kes Ilham... alhamdulilla dapat cgu melawat dia setiap hari... sebelum bercuti dia dah pandai salam cgu... paling mengejutkan dan mengembirakan dia telefon cgu hari ini... maknanya dia dah beransur pulih... moga dia dapat ambil SPM tahun ni dengan cemerlang... dia memang seorang yg tabah... cgu puji perangai dia... tak pernah menyusahkan cgu selama di bawah jagaan cgu... harapan cgu mana2 rakan yang ada buat salah mohon kemaafan dan berubah lah... kita tak rasa apa yang dia rasa... kita tengok pun rasa tak sampai hati... nasihat cgu "Jangan Buat Lagi!!!"

Hari ini...

cgu terima panggilan daripada nazir Prinsip Perakaunan En Kamarudin... bukan rezeki cgu... apa boleh buat pemantauan semasa cgu di wad... tak pe la... mgkn ada hikmatnya... huhu

cukup kali ni coretan hari ni... rasa dah mengantuk... tdo dulu... ada masa sambung esok...

Saturday, October 3, 2009

KURSUS ORIENTASI SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Salam...

Cgu baru je selesai kursus di Bidara Puteri Beach Resort. Alhamdulillah segala persoalan terjawab. Jelas la apa yang perlu dibuat selepas ini. Namun masih banyak yang perlu dipelajari demi anak bangsa...

Bahan-bahan yang diperolehi semasa Kursus sama je dengan bahan daripada kursus orientasi di mana-mana negeri.. sukatan pelajaran (kena beli sendiri di DBP ... yg ada tandatangan), huraian sukatan pelajaran dan latihan semasa kursus... soalan2 daripada bab-bab yang diagihkan kepada kumpulan2...

Soalan latih tubi JPWPKL / PPWPP.... Klik di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...