Wednesday, September 10, 2008

KELEBIHAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam,

Hari ni cikgu terserempak dengan pelajar tingkatan 4.. dah lama rasanya tak dapat nak buat kelas bersama2 dengan kalian.. banyak topik yang perlu dipelajari.. insyaallah selepas raya ni cikgu harap kalian dapat beri kerjasama dengan kelas yang cikgu akan buat untuk Peperiksaan Akhir Tahun..

Cikgu harap kalian tidak putus semangat untuk teruskan perjuangan belajar mata pelajaran ini.. banyak kelebihannya... cikgu buka lagi tempat bagi pelajar2 lain yang hendak belajar mata pelajaran ini... tahun depan cikgu akan usulkan kepada pentadbir agar kelas akan dimasukkan dalam jadual... tahun depan banyak gak perubahan... perubahan bukan ke arah yang sukar tetapi lebih mudah... sebab tu cikgu galakkan sangat pelajar2 ambil Prinsip Perakaunan... diiktiraf ke peringkat antarabangsa... cikgu sendiri tak dapat kelebihan ni...

Dapat 2 sijil lagi.... iaitu;

1. Pensijilan Kebangsaan SPM
2. industri professional ACCA (Charted Certified Accountants) dan LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).

Dengan syarat;

Pelajar mesti memperolehi 1A atau 2A dalam Prinsip Perakaunan.

1. LCCI
Pelajar dikecualikan Level 1 dan Level 2 LCCI.

2. ACCA
Pelajar dikecualikan Introductry Level-paper 1 & 2 CAT (ACCA Certified Accounting Technician)

Selain digunakan dalam melanjutkan pelajaran , Sijil ni pun boleh digunakan untuk bekerja sama ada di dalam atau luar negeri... seronok kan... ambil la peluang yang ada ni... bukan senang nak dapat peluang macam ni...

Di mana ada kemahuan Di situ ada jalan...............

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Cikgu.. saya dapat A+ dalam prinsip perakaunan... adakah pada masa sekarang, saya boleh skip paper sprti yg ckgu nyatakan?,, terima kasih.... apa pula kelebihan bagi mereka yang mndapat A+ dlm prinsip perakaunan?

    SPM 2010

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023