Thursday, October 20, 2016

21 Oktober 2016 ... Jumaat

Salam kasih sayang... 

Apa cerita ya pada tarikh ini... cgu pun x sabar nak tgu hari esok...

Budak perakaunan mesti kena tahu apa yg akan berlaku pada tarikh ini... Apa nak kita buat? Tgk dan cuba kaitkan dgn apa yg telah dipelajari... 

ada ilmu kita amalkan inshaallah lebih lama manfaatnya... berbanding ada ilmu hanya utk periksa dan lps periksa x ingat apa2...

Kl kita kejar A, ilmu akan hilang... tapi bila kita kejar ilmu, A akan datang... 😘😘😘

Tunggu esok apa ceritanya... 

Wednesday, September 14, 2016

BONUS? Selamat Hari Raya Aidiladha

assalamualaikum dan salam kasih sayang...

Selamat Hari Raya Aidil adha buat semua yang mengenali diri ini...

Pantun yang paling cgu suka masa raya ni ...

"Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan"

tu pasal raya... cuti seminggu kan... seronok dah habis Percubaan SPM kan... baru percubaan ... ingat tu... mana yg silap semasa percubaan tu jadikan pengajaran dan ingatan untuk lebih baik semasa SPM sebenar nanti...

Apa nak buat lepas trial ni ya??? 
Cgu cadangkan buat je soalan2 percubaan negeri2 lain... ada banyak soalan... kita ada 14 negeri... kl dapat semua negeri tu untuk semua subjek dah lebih baik... buat la sampai faham... biar mudah nak jawab soalan2 yang mencabar nanti...

KBAT ??? nak pandai jawab KBAT satu je tips daripada cgu ... FAHAMkan betul2 prinsip dan konsepnya... dalam mana2 subjek... sama je... cuba pandai guna konsep yang telah difahami... dan cuba jawab semua soalan2 percubaan yang ada... tak semua soalan KBAT itu susah... KBAT cuma nak kita berfikir... sebab tu kalau kita kaitkan dengan kehidupan... orang2 tua selalu pesan "nak buat apa2 tu .. fikir masak2 dulu sebelum buat" ... bg cgu sama la dengan kita nak jawab soalan KBAT kan... inshaallah... 




Tuesday, August 9, 2016

Preview eCeramah 2016 - Titik Pulang Modal

Video pdp & video teknik menjawab Prinsip Perakaunan merangkumi silibus Tingkatan 4 & Tingkatan 5... Lagipun SPM tidak lama lagi..  cepat hubungi Hariss 010 5320 369 melalui WhatsApp & Telegram segera... video 16 jam.... boleh belajar sampai pandai... insya allah.



Bagaimana eCeramah / eTuisyen / eTutor Berfungsi?
Sama konsep sepeti ceramah / tuisyen / tutor berfungsi cuma
dalam bentuk video selama hampir 16 jam (27gb) merangkumi
semua topik yang perlu pelajar kuasai untuk SPM.

Sebarang persoalan tentang Prinsip Perakaunan boleh diajukan kepada penceramah melalui Whatsapp / telegram 010-5320 369 (hanya kepada pembeli berdaftar sahaja) di mana penceramah akan update di dalam blog iloveakaun.com. Walau bagaimana pun penceramah hanya akan menjawab persoalan yang difikirkan bersesuaian dengan sukatan sedia ada.

Sesi Ceramah
Sesi 01_HoB* paling penting 
Sesi 2a_Pelarasan
Sesi 2b_PK Milikan Tunggal
Sesi 2c_PK Perkongsian
Sesi 3a_Kelab dan Persatuan
Sesi 3b_Rekod Tak Lengkap
Sesi 3c_Kos Pengeluaran
Sesi 4a_Pembubaran Perkongsian
Sesi 4b_Syarikat Berhad
Sesi 4c_Penyata Penyesuaian Bank
Sesi 4d_Belanjawan Tunai
Sesi 5a_Titik Pulang Modal
Sesi 5b_Tafsiran Penyata Kewangan
Sesi 5c_Topik-topik Lain

Sesi Teknik Menjawab
01 Ak Kawalan
02 Milikan Tunggal
03 BT BTR
04 SN
05 Persamaan Perakaunan
06 BCP
07 SYKT BHD
08 Pembubaran
09 Penyata Penyesuaian Bank
10 RTL
11 Tafsiran PK
12 Belanjawan
13 Perkongsian
14 TPM
15 Ak Pengeluaran
16 Kelab
*Video & bahan ceramah disediakan dalam bentuk pendrive 32gb (USB3.0). Format video adalah 720p HD MP4



*resolusi sebenar 720p HD (lebih jelas)

Friday, July 29, 2016

Peluang lagi .. Luasnya Bidang Perakaunan...

Salam kasih sayang...

Satu peluang buat semua yang berminat dan berpotensi dalam bidang perakaunan. Siapa kata bidang perakaunan tidak penting? Cuba belajar dulu baru lah tau di mana pentingnya... 

Apa pun minat kita.. jom belajar ilmu akaun 😘😘😘.. kita mesti tahu apa itu belanja, hasil, aset, liabiliti dan ekuiti.. 


KUALA LUMPUR 21 Julai - Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) yakin sasaran meningkatkan jumlah akauntan bertauliah bumiputera sebanyak 18,000 daripada hanya 1,600 orang ketika ini menjelang 2020 mampu dicapai menerusi program intervensi yang dilakukan secara proaktif.


Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd. Hassan berkata, bagi mencapai hasrat melahirkan lebih ramai akauntan bumiputera bertauliah, MyPAC yang ditubuhkan tahun lalu telah bekerjasama rapat dengan beberapa penyedia perkhidmatan latihan dan rakan teknikal untuk memastikan bahawa ia berjaya mencapai objektif penubuhannya.


Beliau berkata, ketika ini terdapat tiga penyedia perkhidmatan yang memberikan latihan kepada mereka yang berminat untuk mengambil kursus perakaunan profesional Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) iaitu pusat akauntan profesional (iPAC) di bawah kendalian UiTM Holdings Bhd., Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Academy dan BPP Professional Education.


Menurut beliau, iPAC telah menerima kira-kira 352 pendaftaran bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perakaunan.


“Jumlah ini dilihat agak tinggi berbanding tahun lalu dan ini adalah hasil usaha warga kerja MyPAC yang bertungkus-lumus memberi maklumat dan pendedahan kepada murid-murid sekolah serta ibu bapa tentang prospek pekerjaan dalam bidang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Oktober tahun lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, hanya lapan peratus daripada kira-kira 32,000 akauntan bertauliah di negara ini terdiri daripada bumiputera dan angka itu diakui kerajaan sebagai amat membimbangkan kerana tidak mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.


Oleh itu, lebih banyak pendedahan perlu diberikan kepada penuntut bumiputera dalam jurusan perakaunan bagi menggalakkan mereka menceburi profesion tersebut pada masa depan.


Beliau berkata, ini selaras dengan agenda pembangunan bumiputera dan matlamat kerajaan yang menyasarkan untuk meningkatkan jumlah akauntan profesional bumiputera kepada 18,000 orang menjelang tahun 2020.


Justeru katanya, MyPAC menerusi program intervensi yang akan dilakukan secara proaktif berperanan meningkatkan jumlah akauntan bertauliah bumiputera, sekali gus mencapai jumlah akauntan bertauliah dalam negara sebanyak 60,000 pada 2020.


Tambah Zaiton, banyak faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang perakaunan, antaranya tahap pendedahan rendah, selain jurusan ini memerlukan pengetahuan tinggi dalam pengurusan nombor dan kefasihan berbahasa Inggeris.


Disebabkan faktor itu ujar beliau, ramai penuntut bumiputera kurang berminat menceburi bidang perakaunan sedangkan akauntan merupakan profesion yang akan mendapat permintaan tinggi pada masa depan.


- See more at: http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sasar-18-000-akauntan-bertauliah-bumiputera-1.356302#sthash.Oz8HAaPn.dpuf

Thursday, May 26, 2016

Tahniah CikguSila sebagai Penerima Anugerah Guru Terbilang SBP 2015

 Alhamdulillah... admin sentiasa memberikan sokongan kepada CikguSila untuk terus berjaya, Insya Allah...


Sesiapa yang ingin mendapatkan eCeramah 2016 (profil penceramah disediakan jika perlu), 
sila hubungi admin
010 5320 369 melalui WhatsApp / Telegram 

atau

Sunday, May 22, 2016

E-Ceramah 2016: Sesi Teknik Menjawab Soalan Prinsip Perakaunan SPM

Preview E-Ceramah 2016: sesi Teknik Menjawab Soalan




atau

klik Beli E-Ceramah 2016

Kertas Prinsip Perakaunan SPM 2016 (16 Nov 2016)
Tinggal 178 hari lagi!!!
BERTINDAKLAH SEKARANG!!!
[ DAPATKAN SEGERA eCeramah 2016 ]

Sesiapa yang memerlukan profil penceramah eCeramah 2016,
boleh WhatsApp / Telegram admin...

Saturday, May 7, 2016

Tahniah CgSila

Alhamdulillah Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya berjaya menjadi johan bagi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah peringkat Putrajaya

BYE SAS! 020104-040224