Saturday, August 24, 2013

Good luck boys!!! ... Trial SPM 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Isnin ni 26hb dan 27hb Ogos 2013 dah percubaan spm prinsip perakaunan. 

Selamat maju jaya buat semua anak2 didik. Cg sentiasa doakan kejayaan! Pasti  A+ ye... 

Buat yg terbaik dan buktikan kepada diri sendiri!

Alhamdulillah dengan izinNya dapat gak buat kelas persediaan akhir sebelum trial. Cgu percaya walaupun sekejap pasti u all fokus dan dapat apa yg tlh disampaikan. 

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan...

Salam kasih sayang...

Alhamdulillah hari ni dah selesai sehari kita berpuasa. Masih tak terlambat untuk cgu mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada tahun ni 2013. 
Alhamdulillah juga sbb Allah masih memberikan peluang kepada kita menyambut ramadhan seterusnya. Moga ramadhan tahun ni memberi hidayah dan petunjuk serta segala amalan yg kita buat akan diterima olehNya. 

Buat suami tercinta hariss, anak2 hakim dan husna, mak siti, mak badariah, bapak, pak ariffin, adik beradik ; kak ros sekeluarga, kak mah sekeluarga, abg li sekeluarga, abg man sekeluarga, kakak sekeluarga, moh, nani, hamdi sekeluarga, lin sekeluarga dan boy. Tidak lupa makcik dan pakcik sedara dua2 pihak, guru2, rakan2 seperjuangan, anak2 didik dan semua pembaca blog cgu.. Cgu ucapkan selamat menyambut ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan. Doa cgu agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa berada di sisiNya. Semuanya kerana Dia. Moga tahun hadapan kita masih bersama lagi... Sayang selamanya.

Sekadar perkongsian percutian cgu ke Sabah Kota Kinabalu baru2 ini.. Alhamdulillah Allah izinkan utk kami sekeluarga bercuti. Seronok anak2 bl dapat naik kapal terbang hadiah utk mereka sempena hari lahir baru2 ni gak. Abg bulan 7 n adik bulan 6. Moga percutian ini mengeratkan lagi sulaturrahim dan hbgn kekeluargaan yg telah dibina... Tq tak terhingga buat suami tercinta... Tak lupa buat pakcik tapa dan cik mah sekeluarga.. Moga Allah akan lindungi kita sentiasa... Moga lepas ni kita dapat buat lagi ke tempat lain pula... In shaa allah. 

Terfikir sejenak bila suami dah ajak pindah ke Sabah. Best gak ni... Merantau di negeri orang.. Apapun pasrah dengan ketentuanNya.. Amin.


Thursday, July 4, 2013

Program Bicara Tokoh Bersama YBhg Dato' Abdul Raof Bin Hussin

"SAS terunggul bertaraf dunia"



Cabaran demi cabaran yang pasti akan ditempuhi...
 "Ya Allah, aku yakin sekiranya Kau izinkan ianya berlaku pasti akan berlaku. Buat suamiku izinkan dan restuilah utk aku menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga buat anak2 mama Hakim dan Husna. Percayalah ke mana pun mama pergi, mama sentiasa ingat dan doakan anak2 mama berjaya apa jua yg anak2 mama impikan.
Ya Allah, seandainya aku tidak layak utk menjalankan tanggungjawab ini, Kau tunjukkanlah jalan seterusnya utk aku terus jalani kehidupan seterusnya. Seandainya aku layak, Kau kuatkan lah semangat, minda, fizikal dan mental aku untuk harungi cabaran demi cabaran yang akan aku harungi. Tingkatkan kesabaranku. 
Kini, aku pasrah padaMu ya Allah untuk aku sentiasa bersedia hadapi segalanya bagi melahirkan insan yang akan berguna kepada agama bangsa dan negara. Hanya Kau yang tahu nawaitu ku ini. Amin"





Sunday, May 19, 2013

Terima Kasih Cikgu ...


Best pulak dengar lagu Najwa Latiff bersama Upin Ipin ni ... rasa lak dihargai ... 
Love!!!

sapa tak tengok lagi ... jom klik ... :)




Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Salam kasih sayang...
Hari ni 16 Mei 2013.. Hari Guru kan... Kesempatan ni cg nak ucapkan kepada semua cgu2 yg pernah mengajar cgu di ..
1. SK Bukit Badong
2. SRA Bukit Badong
3. SAM Jeram
4. SM Seri Tanjung, Kuala Selangor
5. MRSM Jasin
6. Kolej MARA Kuala Nerang
7. UUM
8. MPKB

Terima kasih atas tunjuk ajar dan sentiasa memberi bimbingan hebat utk saya jalani kehidupan hingga ke saat ni dan seterusnya. Tanpa kalian guru2ku siapa saya.. Love!

Buat mak n bapak juga guru pertama cg yg mengajar segalanya.. Terima kasih mak. Terima kasih bapak. Sayang mak bapak..

Terima kasih buat mentor2 cgu ... Prof Dr Ibrahim Ahmad, Datin Ira, Dr Azizan, Cg Eddy, Cg Nasir, Ticer Sazlina atas ilmu kehidupan dunia akhirat. Love!

Dan tak lupa buat semua rakan2 seperjuangan yg pernah bersama2 mendidik SBPI Rawang, Sekolah Sultan Alam Shah ... Selamat Hari Guru.. Moga tahun ni lebih mematangkan kita menghadapi cabaran setiap hari demi kejayaan anak2 didik kita... Tiada yg terindah selain melihat anak2 kita berjaya dunia dan akhirat.. Love!


Sunday, May 5, 2013

Hari Mengundi

Alhamdulillah dh selesai tanggungjawab hari ini... Moga apa yang berlaku selepas ini akan lebih diberkati... Parti mana pun yg menang cgu harap dapat laksanakan tanggungjawab yg diamanahkan dgn baik.



Wednesday, April 3, 2013

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH

Salam kasih sayang,
Penat hari ni tetapi seronok. Syukur alhamdulillah SAS Johan cabaran interaktif pengguna kelab pengguna sekolah 2013... dan akan mewakili WP PUTRAJAYA ke peringkat kebangsaan...
Byk info pengguna yg cgu dpt hari ni semasa ceramah kepenggunaan kpd guru2 td... antaranya x tau pun selama ni tepung cap lili, minyak masak avene yg G subsidi. Mgkn x perasan di mn2 pasaraya. Dan byk lg... ada ms nant cgu share lg info pengguna ye.
Nk bersiap2 utk menyiapkan bahan2 utk esok... nk bersama2 ank2 akaun putrajaya di Masjid Putra... kita jumpa esok ye...

BYE SAS! 020104-040224