Showing posts with label catatan bergu. Show all posts
Showing posts with label catatan bergu. Show all posts

Tuesday, January 8, 2008

KONSEP DAN PRINSIP PERAKAUNAN YANG ASAS


  1. Wang sebagai Ukuran

    • Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang; Ringgit Malaysia (RM).


  1. Prinsip Catatan Bergu

    • Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun.


  1. Entiti Berasingan

    • Sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri dan terpisah dengan pemiliknya dari segi perakaunan.


  1. Tempoh Perakaunan

    • Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan.


  1. Kos Sejarah

    • Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran.


  1. Berterusan

    • Perniagaan diandaikan wujud untuk jangka masa yang panjang.


  1. Pemadanan

    • Kos sebenar yang terlibat dibandingkan dengan hasil yang diperoleh untuk suatu tempoh tertentu.


  1. Ketekalan

    • Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan.


  1. Materialiti

    • Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata kewangan.



BYE SAS! 020104-040224