Friday, January 1, 2021

Pengalaman PKP_TV Pendidikan 2020

 Assalamualaikum semua ...

Cgu kongsikan semasa rakaman bagi TV Pendidikan bagi subjek Prinsip Perakaunan oleh BSTP, Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Satu pengalaman yang sangat bermakna dan berharga. Paling tak lupa terpaksa keluar rumah semasa PKP yang pertama. Kena tahan polis dan macam2 tapi kerana demi negara agama dan bangsa cgu kuatkan semangat untuk melangkah teruskan perjuangan.

Sangat terharu dan berbesar hati semasa perbincangan menyiapkan skrip dan pembentangan, Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) melihat kami seketika di BSTP. Sempat bergambar sebagai semangat kenangan bersama KPPM kami.

Rakaman melibatkan semua pihak daripada BPK, LPM dan JPN yang terlibat untuk membuat penilaian daripada aspek skrip yang disampaikan mengikut Standard Kandungan Kurikulum. Alhamdulillah satu kenangan yang sangat berharga bekerja dengan pihak yang terlibat.

Rakaman pada 3 Mei 2020. Topik Kelab dan Persatuan. Studio rakaman di BSTP, Kuala Lumpur.







Rakaman pada 10 Julai 2020 ... Topik Belanjawan Tunai






Rakaman pada 4 dan 6 Ogos 2020 ... Studio rakaman di Radius One, Keramat, Kuala Lumpur.
Topik:
1. Hutang lapuk, Hutang lapuk terpulih dan Peruntukan hutang ragu
2. Susut nilai dan Susut nilai terkumpul
3. Penyata Kewangan Milikan Tunggal
4. Analisis Titik Pulang Modal











Selesai sudah rakaman bagi tahun 2020.
Alhamdulillah ... Terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan ini dimudahkan... sebenarnya bukan mudah untuk menyelesaikan satu rakaman... pengorbanan masa dan tenaga... Terima kasih tak terhingga buat suami cgu yang sentiasa memberikan sokongan dalam perjalanan cgu sebagai seorang guru. Terima kasih buat anak2 mama ... sentiasa memahami apa yang mamanya lakukan ... Terima kasih buat semua sifu dan sahabat yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada diri cgu ... 
... Terima kasih semuanya ... 

No comments:

Post a Comment