Friday, June 29, 2012

Hari Akademik SAS 2012

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah selesai dah hari akademik SAS tahun ni... cgu tidur lewat semalam untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum diselesaikan... persediaan untuk headcount pelajar pun ala kadar je... yang penting ada dan cgu tau dan kenal anak2 murid cgu...

tahun ni 18 orang semuanya yang dapat dan sempat berjumpa dengan cgu... cgu memulakan sesi pun lewat sebab cgu g hospital putrajaya dulu hantar bapak cgu medical check up... alhamdulillah selesai awal... kul 10 cgu dah ada kat sekolah semula...

tak sempat nak duduk lagi dah ada parent yang terus nak jumpa... alhamdulillah... semuanya dipermudahkan hari ni dengan baik... tiada yang membebankan... perkongsian antara guru dan ibu bapa serta pelajar... mudahan doa cgu anak2 murid yang berjaya jumpa cgu hari ni mengambil tidakan positif untuk terus bangun berusaha ke arah yang lebih cemerlang.... dalam diri cgu hanya sentiasa doakan anak2 murid cgu berjaya cemerlang mendapat A+ prinsip perakaunan SPM....

terima kasih sebab nak datang jumpa cgu....

5B [nabil, isyazwan, izz farhan, afif, amir hisyam, azmin, ariff, nadzmi dan syahir]
4B [faisal dan shafique]
4C [aqlie, fitri, rifdi, shazwan dan wan amirul asyraf]
3M [azlan dan asyraf]

***lupa nak tangkap gambar la pulak semasa hari akademik tadi... 

 

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023