Tuesday, August 31, 2010

Rebutlah Malam Lailatul Qadar

Salam...

sedar tak sedar nak hampir sebulan kita berpuasa kan... sekejap je rasanya... alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada cgu untuk teruskan kehidupan seharian cgu hingga saat ini... dugaan yang diberi memberikan satu kesedaran supaya kita ingat selalu dengan Dia... moga anak cgu.. Husna cepat sembuh..
sambil2 dok menjaga anak cgu di hospital.. ada kesempatan melihat blog2 pilihan cgu... salah satunya blog ustaz nor amin... post terbaru ustaz mengenai malam lailatul qadar... baca di sini...

Doa khusus di Malam Lailatul Qadar

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku."    
Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.
***********************************************************************************************

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi saw telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah wst menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud :

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah saw sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah saw menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah swt supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatul Qadar
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Tanda Malam Lailatul Qadar

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar :
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...