Monday, April 20, 2009

Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan Putrajaya

Salam,

Pada hari Jumaat 17.4.2009, satu taklimat penataran bagi Prinsip Perakaunan peringkat Putrajaya telah diadakan di SMK Presint 8(1) jam 3.00 hingga 5.00 petang bersama Pegawai daripada LPM... alhamdulillah akhirnya kami di sini mendapat pendedahan yg sebenarnya...

Menurut pegawai tersebut ini adalah taklimat penataran yg pertama sebenarnya... untuk subjek Prinsip Perakaunan akan ada taklimat penataran yang kedua... dan akan bermula tidak lama lagi...

Seperti sedia maklum, SPM 2009 dan SPM 2010 masih lagi menggunakan format Pentaksiran 2004... cuma soalan ada sedikit perubahan.... mengikut kehendak dan keperluan apabila berlakunya MOU antara LPM dan LCCI....

Bentuk soalan masih sama iaitu
Kertas 1 : 40 soalan objektif (40 markah)
Kertas 2 : 6 soalan subjektif (80 markah)

Bagi Kertas 2 : -
  1. Bahagian A (68 markah)
  • Soalan 1 : maks 28m
  • Soalan 2 : *Anchor item - 20 hingga 25m
  • Soalan 3 : **Anchor item - 10m
  • Soalan 4 : Bab lain - 10m
  1. Bahagian B (12 markah) Pilih satu soalan sahaja
  • Soalan 5 : Bab lain
  • Soalan 6 : Bab lain
* Anchor item - Akaun Penamat (milikan tunggal, perkongsian, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan, akaun kawalan)

** Anchor item - selain daripada soalan 2... [ perkongsian, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan, akaun kawalan]

5 bab yang perlu diberi penekanan utuk anchor item iaitu:
  1. Akaun Kawalan
  2. Perkongsian - (jgn fokus hanya kepada 2 pekongsi)
  3. Rekod tak lengkap - (fokus kepada kedua2 kaedah iaitu analisis dan perbandingan)
  4. Kelab dan Persatuan
  5. Akaun Penamat - (ak kawalan, perkongsian, milikan tunggal, rekod tak lengkap, kelab dan persatuan)
5 kemahiran yang perlu diberi penekanan kepada pelajar ialah:
  1. kemahiran kefahaman
  2. kemahiran mengaplikasi
  3. kemahiran mengorganisasi dan menilai
  4. kemahiran berkomunikasi
  5. kemahiran menggunakan teknologi maklumat
Sijil LCCI diukur daripada S2 dan S3, namun untuk melayakkan pelajar mendapat sijil, keputusan Prinsip Perakaunan hendaklah mendapat gred sekurang2nya 6C... (boleh rujuk peraturan untuk mendapatkan Sijil LCCI seperti yg telah diberi)...

Jalan kerja amat penting untuk melayakkan pelajar mendapat markah. Setiap soalan dikehendaki menunjukkan jalan kerja dan berasingan dengan kertas jawapan....

Apa yg dapat disimpulkan sebenarnya untuk mendapatkan gred yang terbaik... setiap pelajar hendaklah menguasai konsep dan format dalam Prinsip Perakaunan dengan betul dan tepat.... ini disebabkan sekiranya soalan bertukar bentuk sekalipun, pelajar dapat menjawab soalan dengan baik berdasarkan konsep yg difahami...

Kepada semua pelajar, nasihat cgu jangan menghafal tapi fahamkan konsep dan asas prinsip dengan baik dan tepat... insyaallah perjalanan dalam mempelajari ilmu perakaunan akan berjalan dengan baik dan mudah... Bagaimana??? Tanya guru masing2.... Percayalah setiap guru ada cara tersendiri bagaimana untuk memudahkan pelajar2nya...

Kepada rakan2 seperjuangan, harapan perkongsian ilmu dapat diteruskan sehingga selamanya demi kecemerlangan anak bangsa.... amin

10 comments:

  1. Terima kasih di atas maklumat tersebut.

    ReplyDelete
  2. bagus betulla maklumat nih
    terima kasih
    kat pedalaman ni lambat terima maklumat

    ReplyDelete
  3. salam cikgu... 1stly thanks 4 this information..
    saya harap cikgu dpt memberitahu saya tentang perkembangan subjek akaun ni. coz saya ialah guru akaun for 1 private school in KL... N sy ni fresh grad.. so, mmg memerlukan info2 yang banyak utk spm akaun ni..
    ok.. thanks again

    ReplyDelete
  4. tahniah, semoga cikgu berjaya melahirkan lebih ramai pelajar perakaunan SPM yg cemerlang!!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sokongan yang diberi... sama-sama berusaha demi kejayaan semua anak didik kita...

    ReplyDelete
  6. Saya amat berharap, jika ada tips untuk SPM 2009, just email to me at watieabadi@yahoo.com
    Just for earlier preparation for my student. Thanks a lot

    ReplyDelete
  7. Askum cikgu..saya juli sangat berminat dengan soalan yang cikgu ada...terima kasih sangat2 sama2 kita menjadi pendidik yang cemerlang.keep in touch jiz1303@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. salam ckgu. sy pljr tgktn 5.
    maaf, sy nk tye for Q2.
    perlu ke sy tnjkkan jln kerja bg maklumat tambahan di kertas yg berasingan atau hya mghntar jawapn yg lgkp tnpa mnunjukkan jln krja??
    adakah ini syarat kelayakan utk dptkan sijil lcci?
    glad to hear from ckg as soon as possible.
    trime ksih

    ReplyDelete
  9. salam cgu.
    sy nk tnye for Q2.
    adakah mmbuat jln kerja (cnth pngiraan susut nilai dn perkara di maklumat tmbahan)mrupakan dinilai oleh pmeriksa utk mndpatkan sjil lcci??. i'm glad to hear from ckgu as soon as possible.
    tq

    ReplyDelete
  10. bediqgurl_9, jalan kerja memang penting kerana dapat menunjukkan cara pengiraan pelajar. di situ banyak membantu. kalau nak a+ mesti kita kena buat macam skema kan. belajar dgn cgu kt sekolah macam mana nak jawab dengan cemerlang ye... good luck

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023