Monday, March 2, 2009

ICT BUKAN INSTRUMEN UTAMA PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

KEMUNCULAN peralatan canggih berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pasaran membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di bilik darjah. Bagaimanapun, topik yang diajar adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang diterjemah menerusi buku teks.

Penggunaan ICT bukanlah instrumen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaliknya ia hanya bertindak sebagai pelengkap bertujuan menjadikan kegiatan yang dijalankan menarik, penuh kreativiti dan tidak membosankan.

Mengimbau sejarah penggunaan buku teks dalam sistem pendidikan di negara ini, bermula 42 tahun lalu apabila kerajaan memperkenalkan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pada awalnya, skim itu memberi keutamaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai jumlah tanggungan ramai.

Kriteria ditetapkan ialah anak daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 ke bawah atau RM2,000 yang mempunyai ramai tanggungan membabitkan pelajar sekolah bantuan kerajaan.

Pelaksanaan SPBT juga bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga kurang mampu. Ia bagi memastikan murid daripada keluarga berkenaan tidak tercicir daripada alam persekolahan.

Boleh dikatakan majoriti atau kira-kira 85 peratus daripada pelajar layak menerima bantuan berkenaan menerusi SPBT.

Bagaimanapun selepas meneliti pelbagai faktor termasuk keberkesanan penggunaan buku teks secara khusus serta kepentingan pendidikan kerajaan memutuskan semua pelajar di sekolah kerajaan layak mendapat kemudahan berkenaan.

Menerusi Rang Undang-Undang Pembekalan 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada September 2007, kerajaan bersetuju SPBT diperluaskan kepada semua murid warga negara tanpa mengira pendapatan isi rumah.

Bagi melancarkan pelaksanaan skim berkenaan, Kementerian Pelajaran mewujudkan Bahagian Buku Teks (BBT) yang bertanggungjawab menentukan sekolah mematuhi peraturan mengenai pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks.

BBT juga memantau proses penerbitan buku teks yang perlu dilaksanakan berdasarkan kehendak kurikulum, sukatan pelajaran dan huraiannya.

Ia menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Objektif penulisan pula perlu sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sumber : Berita Harian Online 26 Jan. 2009

2 comments:

  1. salam puan, izinkan sye copy ni..sye nk wt rjukan tok asignment sye..
    tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...