Friday, January 16, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH SAS 2009

Salam...

Hari ni 16 Januari 2009/18 Muharram 1430M, SAS mengadakan Sambutan Maal Hijrah.. walaupun sudah 18 hari berlalu namun bagi cgu ianya masih belum terlambat untuk kita sambut dan renungi apa erti hijrah....

Sambutan kali ni di SAS sungguh menyentuh hati tatkala kita gembira, bahagia, ketawa ada pihak lain yang sedih, menangis, takut... sungguh menyayat hati apa yang terjadi di Palestin tika dan saat ini... apa yang dapat cgu lakukan hanyalah berdoa dan memboikot segala barang yang menghasilkan pendapatan kepada Israel...

Di sini cgu ingin kongsi kepada semua pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sukki B Othman daripada Universiti Putra Malaysia...

Tajuk : "Pemantapan Sahsiah Menjamin Kecemerlangan Intelektual"

Dengan ILMU hidup menjadi mudah....
Dengan IMAN hidup menjadi terarah...

Tahun Hijrah wujudnya pada zaman Saidina Umar...
Selepas hijrah Nabi s.a.w dari Mekah ke Madinah, tiada lagi berlakunya hijrah kerana selepas itu semua umat telah memeluk agama islam... namun demikian wujudnya dua hijrah iaitu Jihad dan Niat...

1. Niat (Matlamat)
  • Apa itu niat? ---- tekad/azam
  • ada matlamat.
  • setiap amalan berasaskan niat.
  • niat itu wajib.
  • niat tempatnya di hati...
2. Jihad (Usaha)
  • Tadhiyyah - pengorbanan (waktu, tenaga, harta ... demi agama)
  • Mentaati Allah dan rasul waktu senang atau pun susah.
  • Thabat - teguh pendirian di atas agama islam sama ada aqidah dan syariat
FORMULA HIJRAH
  • M - U = A2
  • U - M = S2
  • M + U = K
(M-matlamat, U-usaha, A2-angan-angan, S2-sia-sia, K-kejayaan)

  • Perlunya menghayati hijrah nabi untuk membina sahsiah seorang pelajar yang beriman dan cemerlang....
  • Orang yang cerdik akan membuat persediaan sebelum mati manakala orang yang bodoh lebih mengikut hawa nafsu...
  • Jangan tinggal solat kerana akan mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Sempena Maal Hijrah......
  1. Belajar bersungguh-sungguh.
  2. Belajar adalah tanggungjawab.
  3. Menghargai dan bijak mengurus masa.
  4. Jujur dan ikhlas.
  5. Semangat belajar berpasukan. Kalau ingin berjaya, pastikan tiada pengkhianat dalam kumpulan.
  • Firman Allah, ayat al-maidah ayat 2 :
  • "Dan hendaklah tolong-menolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan jangan tolong-menolong pada melakukan dosa dan permusuhan...."
"Belajar dengan matlamat kebahagian dunia dan akhirat"

Kesimpulan:-

RESIPI KEJAYAAN
=
BERUSAHA + BERDOA + TAWAKAL

++++

RESTU IBU BAPA DAN GURU

insyaallah..... sudah menghayati maal hijrah....

Daun durian...
Daun selasih...
Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...