Friday, January 9, 2009

PERLAKSANAAN FORMAT BARU PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010

Salam....

Hari ni cgu dapat surat berkenaan dengan perlaksanaan format baru pentaksiran Prinsip Perakaunan bagi pepriksaan SPM...

Surat berkenaan berkaitan dengan perkara berikut:-

"2. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 2/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 November 2008. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan digunakan mulai tahun 2010 di Tingkatan Empat.

3. Sehubungan itu, format baru pentaksiran mata pelajaran Prinsip Perakaunan berdasarkan sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan mula dilaksanakan mulai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011."

Alhamdulillah... ini bermakna SPM 2009 dan 2010 masih lagi menggunakan format yang lama...

Kepada semua pelajar cgu tahun ini... tahniah kerana memilih dengan bijak untuk mempelajari subjek Prinsip Perakaunan... nasihat cgu jangan putus asa... teruskan perjuangan hingga ke akhir destinasi.... cgu sentiasa terbuka dan memberi peluang kepada mana2 pelajar yang hendak bertanya atau berjumpa dengan cgu...

Semoga berjaya...



5 comments:

  1. cikgu,
    adakah topik penggajian termasuk dalam soalan SPM 2009?ataupun hanya akan dikeluarkan pada tahun 2011?thank's

    ReplyDelete
  2. clarissa, topik penggajian tidak dimasukkan lagi dalam SPM 2009... sukatan yang baru akan digunapakai mulai tahun 2010... harap maklum

    ReplyDelete
  3. salam cg....
    diamanakah sy boleh muat turun soalan2 pronsip akaun????

    ReplyDelete
  4. salam.
    ckgu ada fb or ym . nak tnye soalan brkenaan dgn akaun .

    ReplyDelete
  5. Selamat sejahtera....

    Saya Susila, seorang guru baru untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5 di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Saya dengar tahun depan ada kertas 3 untuk Prinsip Perakaunan SPM. Di manakah saya boleh dapatkan training untuk menggunakan Asset Base software untuk buat kertas projek/kertas 3 untuk mengajar murid-murid saya? Bila saya kena ajar mereka tentang kertas 3? Jabatan Pelajaran Selangor akan memberikan training inikah? Saya amat terkeliru. Please help me. Thank u

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023