Sunday, December 30, 2007

PENGENALAN PRINSIP PERAKAUNAN

SEJARAH PERAKAUNAN

  • Permulaan menyimpan rekod sejak tamadun purba.
  • Catatan tertua – catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M.
  • Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudian menjadi lebih maju setelah terciptanya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M.
  • Wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran apabila sistem kewangan bermula pada abad ke‐5 dan ke 6 S.M. Rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.
  • Pada tahun 850 M, sistem angka Hindu‐Arab digunakan yang dicipta oleh orang India.
  • Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada 1200‐1500 S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan dapat menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik.
  • Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak dan beliau telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini.
  • Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan. Pengenalan kepada perakaunan kos.
  • Pada akhir abad ke 19 dan ke 20, bidang perakaunan mencapai taraf profesional.
  • Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee)‐IASC ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney untuk menerbitkan Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards)‐IAS supaya akaun‐akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.

BADAN PERAKAUNAN PROFESIONAL DI MALAYSIA

a. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) – MASB

Ø Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977

Ø Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.

Ø Fungsi dan kuasa MASB;

o Menerbit piawaian perakaunan baru

o Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada

o Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan

o Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam


b. Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) – MICPA

Ø Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.

Ø Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.

Ø Untuk menjadi ahli MICPA;

1. Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.

2. mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.



c. Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA

Ø Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.

Ø Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.

Ø Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).





4 comments:

  1. I am impressed! Blog message posted here is absolutely my friend. I justified want to guess hide up with comments and calibre work. IE browser bookmarks to your blog just in the present climate, I l light on in arrears to see my friends more in the subsequent! The color of the layout is not bad, it is effortless on the eyes.

    ReplyDelete
  2. nota yg sangat membantu.terima kasih.^^

    ReplyDelete
  3. very helpful notes

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...