Monday, March 9, 2015

PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2014

Assalamualaikum dan salam kasih sayang
Sekadar perkongsian berkaitan dengan permohonan sijil LCCI bagi calon SPM 2014. Bagi calon SPM 2013 ke bawah ... tak sama dengan yang ini ya... rujuk web LCCI ya..

Boleh mohon dengan print borang ini ya...
cikgu share kan di sini makluman terkini yang diterima daripada rakan cgu, cgu Salwa Mohd Sarif.. tq cgu. Sbb cgu dah terima borang yg awal adalah ada perbezaan dengan yang terkini...

"Maklum balas daripada pegawai LCCI berhubung isu RM26.50.
Wsalam Cikgu,
Bayaran untuk permohonan sijil LCCI bermula SPM 2014 adalah RM26.50. (RM25.00 + RM1.50 (GST)). Hal ini disebabkan semua permohonan untuk batch yang pertama akan diproses dalam bulan Mei (kerana tarikh tutup permohonan untuk batch pertama adalah 30 April). Oleh demikian, semua permohonan, termasuk permohonan yang dibuat dalam bulan Mac 2014 akan dikenakan GST. Hal ini adalah berdasarkan nasihat dan saranan dari pihak Jabatan Kewangan Pearson LCCI.
Kami memohon maaf diatas kekeliruan ini kerana pihak kami sendiri baru menerima arahan ini, sedangkan keputusan SPM 2014 telahpun diumumkan dan borang LCCI telah pun diedarkan. Borang yang baru hanya boleh didapati melalui link dibawah dan juga melalui laman Facebook LCCI Asia.

Sekali lagi saya memohon maaf bagi pihak pihak Pearson LCCI.
Terima kasih.
Hisyam Md. Suhaimi
Key Account Manager
Pearson Dutch Lady Malaysia"

**Info dr LCCI:
Pelajar boleh bank in menerusi Akaun Maybank utk bayaran RM 26.50
Lepas tu sertakan (attach) je slip dgn borang permohonan.
Kat bawah ni no akaun LCCI .
5141 87354949 (Maybank)
LCCI international.... ( mcm dlm borang ) 
Sbrg pertanyaan blh call LCCI KL
03 2289 7000

harapan info ini membantu kepada semua... :)








Wednesday, March 4, 2015

Keputusan SPM 2014

assalamualaikum dan salam kasih sayang...

baru sempat nk share2... seharian agk sibuk dgn keje2 analisis peperiksaan... baru siap td.. tu pun ada lg yg msh perlu dimurnikan. esok ada masa lg. 

ptg td blk mmg sgt penat.. cuaca panas sakit kepala... lbh baik rehat dulu.. alhamdulillah suami sentiasa memahami dan menyokong segala apa yg nk dibuat.. 😘😘😘

Debaran mmg ada. tipula kl xde. wpun dh dengar desas desus tp tu la selagi x dpt hitam putih mmg xkn puas... bersama dgn pengetua dan su spm g amk result di jpwpp. bila pengumuman dibuat mmg ada satu kejutan... apapun msh lg memuaskan... kita dah rancang.. namun perancangan Dia adlh yg terbaik. 

apapun cgu tetap dgn pendirian cgu ranking bukan segalanya.. 
ni je yg sempat nk amk.. smpi terlupa nk bergambar2 dgn yg lain.. kl ada pun guna kamera ank murid... 😄

keputusan akaun kali ni alhamdulillah ada peningkatan 0.09 dr tahun sebelumnya... syukur alhamdulillah... ETR mmg x capai tapi cgu puas hati... NO CDE.. apa yg penting guna ilmu ni dlm kehidupan seharian... ke hadapan itu lbh penting.. biarlah dgn apa yg kita peroleh hari ini.. yakin dan percaya dgn rezeki yg kita akan peroleh seterusnya. 

buat anak2 didik cgu .. tahniah atas kejayaan masing2... terimalah keputusan masing2 dgn hati yg terbuka. 😄



Monday, February 16, 2015

Kerja Rumah Semasa Cuti 14-22 Feb 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang,

Selamat bercuti buat semua anak2 didik cgu... seminggu cgu tak jumpa uols kan... tak jumpa bukan penghalang kita tak dapat belajar... guna kan medium apa jua yang boleh menghubungkan kita... 
disebabkan cuti lama... jangan sia-siakan masa cuti ni ya... fahamkan semula apa yang perlu difahami...

TINGKATAN 5 CITA
cgu dah bekalkan 'Modul Hebat Akaun Gempak 2015' ...  buat m/s 1 hingga 16 (silibus tingkatan 4) hingga penyata kewangan milikan tunggal... soalan pendek2 je... nak cemerlang mesti usaha untuk berjaya ... :)



TINGKATAN 4 MAJU DAN 4 USAHA ...
cgu nak setiap orang cari gambar yang berkaitan dengan klasifikasi akaun.. aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja... buat dalam bentuk folio... rujuk dalam mana2 buku... cgu nak hasilnya diterjemahkan dalam bentuk gambar... gunakan kreativiti masing2 untuk hasilkan folio ini...

Sebarang pertanyaan boleh email or pm cgu ya... :)




Februari 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang,

Hari ni cgu dah cuti sekolah sempena tahun baru cina... ermm... walaupun cuti tapi tak dapat nak bercuti ke mana-mana sebab anak2 masih sekolah... yang penting dapat rehat kan diri sekejap dengan keje2 sekolah... bersama orang tersayang lak... :)

sekadar nak kongsi perkara yang berlaku sepanjang Februari ni ... bulan ni mmg penting sebenarnya. tapi boleh tahun ni terlewat hanya kerana kesibukan pada tarikh2 tersebut...

1102 ... tarikh ni sebenarnya ulangtahun perkahwinan ... boleh tak ingat.. sepanjang minggu ni mmg tiada di sekolah .. ada bengkel.. dlm kepala ni dok fikir keje je... bila tengok tarikh mmg terkata tarikh ni macam penting je... tapi tak boleh nak recall ... tiba2 dapat wsap ... 


argk!!! baru ingat... tq buat suamiku ... En Hariss... moga pertalian ini kekal hingga akhir hayat...  

1302 ... sebabkan 1102 tu blh lupa hampir setengah hari... jadi tarikh ni mmg sentiasa berjaga... nak gak jadi orang pertama wish... hari ni birthday hubby cgu... moga sihat sejahtera dan tercapai apa yang diimpikan...

1402 ... hari yang dinanti dah tiba... program perkongsian bersama guru-guru akaun ... sekadar perkongsian sekadar suka2 sebab ada permintaan... terima kasih kepada rakan2 yang berminat untuk hadir ... moga perkongsian ini membawa satu harapan yang gemilang buat kita dan anak2 didik kita... saya sendiri sentiasa belajar dan terus akan belajar untuk pastikan setiap anak didik saya berjaya dunia akhirat... biarlah ilmu yang diberi walaupun 1% dapat diingati dan digunakan sampai bila2... ikutkan tarikh ni hari kekasih ... kita jadikan hari ni hari kekasih gak tetapi kekasih ku akaun... iloveakaun ... :)


teringat masa mula mengajar... mmg tak tau apa2... kena buka buku sentiasa untuk dapatkan cara apa yang perlu diajar, tak serik2 bertanya dengan rakan2 senior... sangat akui pengalaman mengajar seseorang itu penting... sebab tu cgu sangat hormat guru-guru lama... pengalaman tak dapat dipertikaikan... hingga kini cgu pantang jumpa sifu2 untuk belajar sesuatu... mana-mana guru yang baru nak mengajar akaun kalau nak tanya apa2 dialu2kan... boleh je kalau nak kongsi2 apa yang ada... :)

balik daripada program bersama guru ... ke padang petanque lak... tahun ni satu peningkatan... alhamdulillah... walaupun SAS tak dapat wakil ke kebangsaan tapi cgu puas hati sebab satu peningkatan yang sangat baik. berlatih hanya sekali je hari jumaat jam 3 hg 6.30 petang di padang petanque KPT Presint 5... moga tahun ni usaha kami naiktaraf padang dapat dilaksanakan. 




Tahniah buat pasukan petanque Team SAS A mendapat tempat ketiga .... dan Team SAS B tempat keempat... di akhir perlawanan mmg antara SAS A dan SAS B... berlawan adik beradik... 

ikut kan tarikh 1402 ni gak merentas desa ... nampak meriah tahun ni ... tapi cgu tak dapat turut serta kerana program2 yang cgu cerita kat atas tu la... apapun tak pe... HALIMI tetap gemilang... tahniah buat halimi.... teruskan perjuangan sihat kita... biar orang buat jangan kita yang buat... :)

moga halimi terus gemilang ... 



Thursday, February 5, 2015

Kuiz Soalan SPM dan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan

Salam kasih sayang...

Nak berjaya mesti usaha dengan gigih. 
nak berjaya mesti belajar sungguh2. 
nak berjaya mesti fokus. 
nak berjaya mesti dengar kata. 
nak berjaya mesti senyum selalu.
Nak berjaya mesti rajin buat latihan banyak2. 
nak berjaya mesti ... ... ...

daripada suka sangat online cari macam2 perkara... jom cuba jawab soalan2 SPM dan soalan percubaan SPM tahun2 sebelumnya dalam web sifu cgu... cuba jawab soalan2 ni berulang2 kali... 
cgu yakin 100% SPM mesti A+... nak kan A+? kalau nak jawab kuiz2 ni berulangkali ... smartphone ada kan ... :) 




KBAT dan PdP ... Minggu ke 5 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang...

Biar video ini berbicara ....




Friday, January 30, 2015

Sambutan Maulidur Rasul SAS 2015


Kasihkan Rasulullah membawa ke syurga... Muaz Hassan Ad-Dimasyqu

Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan lagi utk cgu menghadiri majlis ilmu agama yg dianjurkan oleh sekolah. Pengisian rohani... 💕💕💕

Nak tunjukkan rasa cinta kepada Rasullullah... 
"org yg bukan islam membuat kajian tentang peribadi Rasullullah dan kehidupannya. tetapi malangnya umat islam sendiri yg tidak mengenali sirah nabi bahkan ada kalangan mereka yang meremehkan sunnah baginda dan meninggalkannya... fikir2kan lah..

mengapa menyambut Maulidur Rasul???
1. taqlid/ikutan
2. adat melayu
3. cintakan rasul

adakah kita benar2 menjadi umat Nabi?
siapakah idola kita????
adakah sunnah nabi sudah dilaksanakan di dalam kehidupan kita seharian?

terkesima .. blh dihitung dgn jari.. masih ada yg kosong.. moga selepas ini akan jadi lebih baik.. 😭😭😭

buat amalan disukai nabi... jaga pelihara dan raikan anak yatim, beri makan org yg susah, bantu org kesempitan, sampaikan hajat muslimin, menasihati org yg lupa, hindari perkara yg nabi benci-syirik, menentang sunnahnya, berbohong atas namanya.

berdoa
mendampingi penggantinya
menyampaikan dari nabi kepada orang lain

Jadikan lah Nabi saw sebagai idola kita.. 

nabi tidak pernah makan yg disembelih oleh org kafir... 
nabi tidak pernah minum arak
nabi tidak pernah berbohong, berkata kasar dan bercakap yg tidak elok





terbaik .... 

BYE SAS! 020104-040224