Saturday, November 6, 2010

Anim, Fara dan Sila

Salam...

sementara menunggu utk hadiri 'workshop' ... update blog ok gak.. ikutkan memang kerja menimbun nak kena siapkan sebelum cuti akhir tahun. hari ni dan esok cgu nak rehatkan diri dan minda... mempelajari satu ilmu yang akan bantu untuk jalani kehidupan seterusnya. rehat sat utk fikir tentang kerja...

pagi tadi sempat jumpa kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa. sembang2 di Taman Warisan Putrajaya. ok gak. lama tak pergi ke situ. tak berubah betul Anim ni.. jumpa dgn fara sekali. ingat masa belajar di U dulu.. lama sungguh masa berlalu..

apa yg best tentang kawan cgu ni.. berjaya akhirnya dia jadi Akauntan Negara.. ada CA (chartered accountant).. bestnyer kan. cgu tak dapat2 lagi sampai sekarang.. kawan sorang lagi kt Shell. Syarikat yang ternama gak tu. tu la bila berkumpul, masing2 dengan cerita masing2. byk suka daripada duka. ;)


kira ok la lepas ni adalah tempat rujukan cgu jika cgu ada masalah2 untuk dapatkan perkembangan terbaru dalam bidang perakaunan ni..

tak sabar menanti hari esok... ;)

Wednesday, November 3, 2010

Kejohanan Mendayung Piala DYMM Sultan Selangor 2010

Salam...

alhamdulillah dah selesai Program ni... berjaya jua akhirnya... "Sultan gembira".. itulah yang disampaikan oleh pegawai bahagian protokol istana Selangor.. lega rasanya... masing2 semua gembira bila dah selesai.. kalau rekod video masa tu.. memang best...  selesai satu program... next program menanti... macam2 sebelum cuti akhir tahun ni... apapun cikgu pentingkan dulu anak2 didik cikgu yang dah nak periksa SPM lagi beberapa hari je lagi...

tugas LO memang mencabar... pengalaman pertama macam tak percaya... ada byk kelemahan... apapun dah selesai...

lama gak cikgu tak update blog ni.. memang sibuk dengan kelas pagi petang siang malam... selagi SPM tak berakhir selagi tu la cikgu akan bantu sedaya upaya setakat apa yang cikgu mampu...

Gambar-gambar semasa Kejohanan Mendayung...





Friday, October 22, 2010

Siapa LO? & Tugas

Siapa LO? & Tugas
oleh Pn Masariah Mispari
Sekolah Sultan Alam Shah
22 Oktober 2010
11.50am

Definisi Pegawai Perhubungan (LO)
seseorang yang bertanggungjawab untuk mengiringi dan melayan tetaku bermula ketibaan hingga selesai.
tugas hakiki
1. mengiringi tetamu jemputan
skop lawatan : mula hingga blik
skop program : rasmi dan peribadi
skop masa : everytime & fulltime

2. menolong, membantu & memastikan
bagasi : beg, barang2
protokol : karpet
kenderaan :
penginapan
keselamatan

3. menjadi DUTA organisasi
utamakan hubungan 
utamakan diplomasi & layanan
promosikan organisasi : sekolah dan semua perkara
promosi kepentingan bersama


4. menyediakan / mendapatkan maklumat program
nama program, masa, tempat
etika berpakaian
kedudukan protokol - kanan ke depan selangkah
peranan yang dimainkan
penggilan hormat 'salutation'
maklumat tetamu lain/VIP

5 Membantu hal peribasi
1. Berpesonaliti menarik
segak dan berpesonaliti
berpakaian kemas & menarik
berwatak ceria dan bersemangat
berkeyakinan
sentiasa cool & berbudi bahasa
sentiasa sedia menolong

2. berpengetahuan & ketrampilan protokol
majlis, atur cara, fungsi
pengetahuan am/umum
tempat yang akan dilawati
tokoh yang akan ditemui
organisasi tetamu
organisasi sendiri

3. komited
penuh tanggungjawab
seronok bekerja
ikhlas membantu
betul-betul bersedia

4. tidak mengira masa & tempat
tidak mengira masa kerja
berkeupayaan mendapat informasi dengan cepat
sentiasa update program

5. Mahir Berkomunikasi
guna bahasa yang mudah difahami
penghormatan yang sesuai
ketrampilan komunikasi
sesuai dengan topik, suasana & tempat
ada power dalam komunikasi

6. lolasi yang perlu diketahui
laluan protokol
kenderaan
hotel'
tempat
jenis

PERSEDIAAN SEBAGAI LO
dapatkan semua maklumat yang perlu
pastikan semua maklumat betul dan terkini
hadir semua taklimat, latihan dan raptai
menyelidik dan mengenal pasti lokasi
persediaan & penampilan diri
persediaan mental & fizikal
maklumat rakan setugas
Persediaan ketibaan
mengenalpasti exco pengiring 
mengenalpasti rakan kumpulan

ketibaan
masa tiba
laluan utama VIP
hal keselamatan

Kepulangan
hadiah/cenderamata/bawakan
mengiringi VIP ke pintu
Pantang LArang
elakkan situasi yang tidak memuaskan kpd tetamu
elakkan memandang rendah kepada tetamu
elakkan berkata saya tidak tahu
elakkan mengeluarkan kenyataan peribadi
elakkan memberi jawapan secara rambang
elakkan isu sensitif

cabaran utama
tetamu tidak menepati masa
perubahan sering kali berlaku
sukar mendapat kerjasama tetamu
VVIP bertaraf tinggi
short

RUMUSAN
mesti benar2 bersedia
tahu peranan sebenar
kepentingan sikap diplomasi
elelmen masa terlalu kritikal
masalah utama 
musuh utama majlis
mesti ada kesabaran dan keikhlasan
the power of communication amat perlu


Tuesday, October 19, 2010

SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

Salam...
Lama gak cgu tak update blog ni.. macam2 berlaku.. dugaan yang diberi untuk cgu tempuhi... apapun yang berlaku semuanya ada sebab.. ;)

Terima kasih tak terhingga kepada cgu narzuki kerana dapat mengumpulkan soalan2 trial SPM 2010.. kepada semua anak didik cgu boleh dapatkan koleksi soalan tu di sini... cgu yakin dengan menjawab semua soalan trial ni pelajar2 akan dapat satu panduan dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar..

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

Saturday, September 25, 2010

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

  1. Elemen 1 (pengenalan perniagaan)
  2. Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan duga, penyata kewangan) 
  3. Elemen 3 (rumusan)

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 1Malaysia,

lagi beberapa hari je nak hari raya... bg cgu macam tak raya.. banyak nya kerja yg perlu diselesaikan... key in markah.. semak kerja kursus f4.. ;) semuanya ok!!!

Wednesday, September 1, 2010

Husna @ DEMC

Salam...

Alhamdulillah hari ni (1/9/10) husna discaj.. tak sabar dia nak balik rumah... mamanya pun sama... selepas beberapa hari di sini (7am@29/8/10 hg 2pm@1/9/10)... seronok tgk dia dah beransur pulih... pagi tadi tiba2 dia mengadu sakit pada bahagian paru2 dia.. pemantauan selepas ni.. doktor kata itu kesan yg biasa kekadang berlaku pada pesakit2 athma... cgu rasa cgu pun biasa alaminya... orang besar je kekadang tak tahan.. inikan dia 4 yrs.. sian anak mama... mama tau husna strong macam mama.. :)
hari pertama husna di DEMC.. nampak macam tak sakit je.. tapi sebenarnya sebaliknya...

tdo anak mama...


selepas mengadu sakit... mama suruh rehat... ;)

kakak kecik datang melawat... nampak di wajahnya gembira ada orang datang melawat...

terima kasih di atas sokongan yang diberikan... tq nenek, wak ti, irdina, atok, mak ngah, pak cu, mak su, uncle anuar, auntie fara, abah, ibu dan nenek n atok daddy datang melawat husna di DEMC... seronok husna... apapun yang terjadi ada hikmahnya.. bersyukur kepada Mu di atas segalanya... doakan husna sihat sejahtera.. ;)







BYE SAS! 020104-040224