Monday, January 2, 2012

Peraduan... Testimonial... Belajar Dengan CikguSila...



Salam Kasih Sayang, 

Dah 3 hari berlalu... ikutkan 30 Disember 2011 cgu nak umumkan peraduan khas untuk bekas pelajar2 cgu... sempena blog cgu ni yang dah berusia 4 tahun... hari ni genap 4 tahun 3 hari... ;).. wlaupun terlewat tp cgu tetap akan teruskan niat cgu... boleh kan... ;)

Syarat Penyertaan adalah seperti berikut :-
1. Terbuka kepada semua bekas pelajar2 cgu tak kisah sama ada bekas pelajar SAS atau pun tuisyen.
2. Lelaki atau pun perempuan.
3. Kandungan yang hendak disampaikan mesti dalam bentuk cerita yang menarik. video pun boleh juga. mesti ada gambar... kreatif dan menarik. dengan kata lain tak kisah lah dalam apa jua bentuk...



Dah ada syarat mesti ada hadiah kan...
Hadiah yang menarik menanti kepada semua yang menyertai peraduan ini... sapa nak bagi kan... bukan senang cgu nak bagi hadiah kan... bukan kedekut tetapi cgu mmg bukan dididik untuk kebendaan... hehe...
Tapi kali ni... tahun ni, cgu nak beri penghargaan kepada anak2 murid yang memberikan sokongan dan semangat kepada cgu sepanjg cgu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru...

HADIAH
Tempat Pertama : RM200
Tempat Kedua : RM150
Tempat Ketiga : RM100
10 hadiah saguhati : apa2 je yang cgu rasa cgu nak bagi... yg penting ianya berguna.


Menarik kan? bila nak dihantar ni? tarikh tamat ialah pada 31 Mei 2012... lama kan masa yang cgu bagi... boleh buat yang terbaik... 5 bulan... 


Butiran yang mesti ada :
Nama, No Kad Pengenalan, No HP, Alamat, Kerjaya, Nyatakan batch bila cgu mengajar, Keputusan SPM yang diperoleh. 


Cara penghataran :
1. POS ke alamat sekolah. Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, 62520 Putrajaya.
2. Email ke cikgusila@gmail.com


Segala perbelanjaan yang digunakan adalah tanggungan sendiri. Peraduan ini hanyalah suka2 yang saja cgu nak anjurkan. tidak terlibat dengan mana-mana pihak. Rasanya jelas kan semua maklumat yang diperlukan...


itu je... ;)




No comments:

Post a Comment

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023