Thursday, May 7, 2009

Kerjaya Bidang Perakaunan

AKAUNTAN

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

KETERANGAN TUGAS

1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

10. Menyelia pekerja lain.

PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:

1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan, Kos
4. Akauntan, Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun

CIRI-CIRI PERIBADI

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

KELULUSAN

1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

PROSPEK KERJAYA

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.


Lebih lanjut di MNY Online

17 comments:

  1. Akaun 2 mmg bagus..
    tpi an ckgu..susah la...
    =(

    ReplyDelete
  2. nk clarification...ape yg membezakan akauntan dan bendahari?

    time kasih cikgu...:)

    ReplyDelete
  3. akaun tue x susah.. cuma perlu minat.. dgn minat segala yg diajar oleh cikgu mudah difahami.. tips utk belajar akaun nie satu jer.. setiap transaksi mesti ada debit dan credit.. kalo ada dua2 nie.. kunci kira2 tue mesti bleh tie.. hehehehe..

    ReplyDelete
  4. akauntan dan bendahari tu hanya gelaran bagi insan2 yg bekerja menjaga akaun sesebuah organisasi.. biasanya gelaran bendahari nie diguna pakai utk badan2 berkanun dan kerajaan ataupun sektor awam.. akauntan ni pulak digunapakai di syarikat2 ataupun sektor swasta.. pada dasarnya bidang kerja yg dilakukan adalah sama.. menjaga akaun.. yg beza hanyala tangga gaji, faedah2 pekerja, dan jumlah kerja yg dilakukan.. itu pada pandangan saya.. lainla jikalau cikgu ada pandangan lain =)

    ReplyDelete
  5. Mungkin pelajar juga perlu didedahkan dengan kerjaya perakauan yang ada hubungan dengan IT. Permintaan graduan perakaunan dalam bidang IT mendapat tempat yang agak tinggi kerana hampir 70% sistem perakaunan sekarang adalah berorientasikan IT/Komputer.

    Sebagai contoh, UiTM telah memperkenalkan Diploma Perakaunan Sistem Maklumat, lebih menjurus kepada IT + Perkaunan.

    ReplyDelete
  6. ckgu.. saya dalam pemilihan nak plih universiti bagi program bachelor accounting..
    1) bley x cikgu listkan universiti terbaik mengikut ranking dalam pandangan ckgu bagi bidang ni?
    mksd saya dri segi peluang pekerjaan, kemudahan, dll..

    2)sy dgr graduan UITM senang dpat kerja, betul ke?

    ReplyDelete
  7. kat mne nak lanjutkan plajaran slps spm & ape yg patut kami dpt untuk kemasukan ke ipt?

    ReplyDelete
  8. tumpang tnyer,kalo bidng perakaunan ngan perbankan mane yg lebih d perlukan dalm pasaran kerja dlam mase skitr 5 taon akn dtng

    ReplyDelete
  9. mcm mana kalau sye lepasan asasi sains tp berminat utk sambung ijazah dlm bidang perakaunan? boleh ke? risau tak dpt catch up sbb asas akaun hanya mse bersekolah dahulu..harap dpt bg pendapat..terima kasih =)

    ReplyDelete
  10. sy pljr lpsn spm perakaunan..sy x taw nk amek kos ape kt u nnt..bleh x ckg cdgkn bbrp kos yg bagus dan profesional..

    ReplyDelete
  11. sy lpasan spm...n aliran sains tulen...tp klu sy nak amik akaun...adakah senang tuk sy pelajari nye???

    ReplyDelete
  12. leena, boleh je kalau nk ambil akaun. stud cgu pun sains tulen. kalau nak ambil mesti ada minat. lagi satu mendapat keizinan daripada guru sekolah yang mengajar prinsip perakaunan sebab mulai tahun ini ada kerja kursus.

    ReplyDelete
  13. as salam..cikgu sy nk tnya,apa beza akauntan dan juruaudit?bgaimana pula dri segi pngkat dan gaji?yg mana lbih tggi?terima kasih..;)

    ReplyDelete
  14. akaun memang seronok..tapi perlu memahami mata pelajaran tersebut,bila belajar akaun mesti cepat rasa bosan..cam ne nak ilang an rasa bosan ?

    ReplyDelete
  15. salam. sy nak amik akaun tp sy pelajar sains tulen. macam mane cikgu?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cikgu. tumpang tanya, apa kelebihan/keistimewaan akauntan? moga dapat tolong saya utk menyiapkan folio. terima kasih :)

    ReplyDelete
  17. universiti mana terbaik utk akaun?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2013 Reserved to ILoveAkaun l Design by DayangDeno