Monday, April 6, 2009

Permohonan Sijil LCCI 2009

salam,

ramai yang tanya cgu berkenaan dengan permohonan Sijil LCCI. Cgu harap maklumat di bawah dapat membantu mana-mana pihak yang inginkan maklumat berkenaan.


Maklumat yang cgu terima daripada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan dengan;

"Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI
bagi Prinsip Perakaunan 3756”

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM. Kelayakan berdasarkan kod berikut:-

Kod Kelayakan Jenis Sijil LCCI
1 Distinction Level 2 Book-keeping and Accounts
2 Credit Level 2 Book-keeping and Accounts
3 Pass Level 2 Book-keeping and Accounts
4 Distinction Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)
5 Credit Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)
6 Pass Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)

2. Calon sekolah hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

3. Calon persendirian hendaklah memohon melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

4. Permohonan mestilah dibuat dengan melengkapkan 4 salinan Borang Permohonan Sijil LCCI yang boleh didapati di semua sekolah dan JPN.
• Salinan pertama - pihak sekolah
• Salinan kedua - pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) / Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)
• Salinan ketiga - Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran
Negeri
• Salinan keempat - Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Maklumat
dan Prosesan Data, Lembaga Peperiksaan.

5. Permohonan Sijil LCCI perlu disertakan dengan;
• 4 salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan memohon Sijil LCCI
• 4 salinan kad pengenalan
(Semua salinan hendaklah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A).

6. Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM25.00. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan sahaja. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima. Pihak SPP, JPN mesti memastikan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan belum tamat tempoh.

7. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan dan bayaran sebanyak RM25.00 hendaklah dihantar kepada pihak sekolah sebelum atau pada 9 April 2009.

8. Pihak sekolah hendaklah melengkapkan dua salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI.

9. Pengetua sekolah hendaklah menghantar tiga salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Sekolah ke PPD/PPG sebelum atau pada 13 April 2009. Satu salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Sekolah disimpan di sekolah.

10. PPD / PPG hendaklah menghantar dua salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Daerah/Gabungan kepada Ketua Sektor, UPP, JPN sebelum atau pada 17 April 2009. Satu salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat Daerah/Gabungan disimpan di PPD / PPG.

11. SSP, JPN hendaklah menghantar satu salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat JPN yang lengkap dengan salinan slip keputusan SPM yang memaparkan kod kelayakan memohon Sijil LCCI dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan bersama satu salinan Borang Permohonan Sijil LCCI kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data, Lembaga Peperiksaan sebelum atau pada 20 April 2009. Satu salinan Borang Permohonan Sijil LCCI bersama satu salinan Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI Peringkat JPN disimpan di JPN.

12. Sijil LCCI akan dihantar ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri.

13. Permohonan Sijil LCCI selepas 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan hendaklah dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications atau di mohon terus kepada pejabat LCCI di alamat:

LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.,
Suite 10.01, 10th Floor,
Menara Yayasan Selangor,
18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

14. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau laman web www.lcciasia.com.

13 comments:

  1. bila baru boleh dpt sijil lcci yg telah apply?

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..maaf kalau nak bertanya ni..tapi nak tahu lanjut pasal LCCI la untuk calon persndirian...ni email saya..cik_melor_sayang@yaho.com

    ReplyDelete
  3. salam ckg..sy mahu brtanya...sy ex spm 09 dan mengikut result spm sy,sy layak utk ambil sijil lcci..sy ingin brtanya kpd ckg,apakah makna d sebalik nombor d sebelah prkataan lcci yg trdpt d dlm slip kputusn spm sy??apa yg sy faham no tu membuktikn adakah kita layak utk dapt sijil lcci atau tdk...tp sy pelik kenapa stiap rakan2 sy brbeza nonya...apa perbezaannya no2 tue??

    ReplyDelete
  4. salam ckgu...sya ex calon spm 2009... bleh x ckgu bgtau mcm mna nk download borang untuk dpt sijil lcci.....dlm slip spm sya d tulis sya layak mndpat sijil lcci..tp sya x tau mcm mna nk dpt borang nk apply sijil tu...

    ReplyDelete
  5. saya calon 2008..... saya tidak memohon lcci pada tahun tersebut selepas ambil keputusan...... bolehkah saya memohon sekarang?
    ....pickyin@yahoo.com...

    ReplyDelete
  6. salam cikgu,
    saya sudah dapat keputusan pd bulan 3 tp saya bulan 5 baru teringat nak hantar.
    masih boleh hantar lg ke cikgu?

    ReplyDelete
  7. salam cikgu..
    maaf kalau nak bertanya ni..tapi nak tahu lanjut pasal LCCI la untuk calon persndirian... saya lepasan SPM 1995.ni email saya..nhm.0808@yahoo.com

    TQ cikgu

    ReplyDelete
  8. salam cg..sy calon spm09..saya tidak memohon lcci pada tahun tersebut selepas ambil keputusan...... bolehkah saya memohon sekarang?
    .. irsyadjamil_rmc@ymail.com

    ReplyDelete
  9. salam cg. . .bagaimanakh saya boleh memohon kembali sjil Lcci stelah 2 thun terlepas pluang ntk memohonnya?. . . spartacus_freaker@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera cikgu.. Saya calon SPM tahun 2009..
    Masa tingkatan 5 pengetahuan tentang LCCI masih tak berapa, jadi saya ingat ia tak berguna..
    Apabila sekarang, rakan2 berkata bahawa saya memerlukan sjil itu..
    Adakah saya masih boleh memohonnya sekarang?
    Ini email saya.. omegajans@gmail.com
    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu...sy calon spm 2009, sy blum apply utk sijil lcci lg smpi skrg..adkah sy msih bleh apply sijil itu skrg? Ini email sy hondacrv2442@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu...sy calon spm 2009, sy blum apply utk sijil lcci lg smpi skrg..adkah sy msih bleh apply sijil itu skrg? Ini email sy hondacrv2442@gmail.com

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023