Monday, April 6, 2009

Apakah yang anda perlu tahu..

Apakah LCCI?
London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan.
Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional.
LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka terutama di Singapora, Malaysia dan Hong Kong. Peperiksaan LCCI telah dijalankan di Malaysia lebih daripada 70 tahun dan pelajar dari satu generasi ke generasi telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya dengan kelulusan kewangan LCCI.

Apakah Projek Dua Pensijilan SPM?
Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang layak menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International Qualifications.
Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing mereka dengan kehendak dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah.

Siapakah yang Layak Memohon Sijil LCCI?
Semua pelajar SPM Prinsip Perakaunan yang memperolehi gred 6C dank e atas akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’.
Selain itu, pelajar yang memperolehi gred 6C dan ke atas bagi SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119 akan layak mendapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’.

Apakah kebaikan memperolehi sijil LCCI?
Sijil LCCI memberikan beberapa kebaikan seperti berikut:
• PENGIKTIRAFAN - LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.
• ANTARABANGSA - Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.
• FLEKSIBEL - LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.

Bagaimana Saya Boleh Memperolehi Sijil LCCI?
Pelajar boleh memohon sijil ini melalui beberapa cara yang berikut:
a. Memohon secara terus dengan sekolah anda dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh keputusan SPM diumumkan.
b. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan pejabat LCCI International Qualifications Malaysia.
c. Memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos dengan Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualifications;
LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
Suite 10.01, 10th Floor, Menara Yayasan Selangor, 18A, Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Prosedur Permohonan:
a. Lengkapkan boring permohonan yang boleh didapati di semua sekolah, pejabat LCCI Malaysia, laman web (www.lcciasia.com) dan pusat latihan yang dilantik oleh LCCI.
b. Sertakan salinan keputusan SPM.
c. Sertakan salinan kad pengenalan.
d. Bayaran kos pentadbiran sebanyak RM25.00 dikenakan untuk setiap sijil LCCI. (Jika anda ingin sijil anda diposkan, sila kepilkan bersama sampul surat Pos Ekspress beralamat sendiri yang bernilai RM4.00).

5 comments:

  1. salam . cikgu sila , saya nak tanya . dgn mggunakan sijil lcci , ada x mana2 institusi pengajian tggi yg sy bole apply ? utk smbg dlm bidang accounting .

    ReplyDelete
  2. salam . cikgu sila , sy nk tny . ada x mana2 institusi pngajian tggi yg sy bole apply mggunakan sijil lcci utk smbg dlm bidang accounting ?

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu sila!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. saya dapat dan layak utk LCCI utk result spm saya tapi masih keliru untuk memohon sijil LCCI ni ,,

    ReplyDelete
  5. saya dah hantar borang LCCI tapi saya tak kepilkan sampul surat untuk dipos kembali. so, mcam mna saya nak dapatkan sijil tu?

    ReplyDelete

Permulaan Sesi Akademik 2022/2023