Thursday, April 8, 2010

Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI

Salam..

Tarikh permohonan Sijil LCCI berakhir 15 April 2010. Minta kerjasama dengan semua pelajar2 cgu masih ada beberapa orang yang tidak menghantar borang lagi. hantar segera sebelum 10 April 2010. cgu lanjutkan masa lagi ni...

Untuk guru-guru yang masih tiada borang analisis permohonan sijil LCCI boleh dapatkan di sini.

Borang Analisis Permohonan Sijil LCCI


tq

Tuesday, April 6, 2010

Analisis dan Gred Purata Prinsip Perakaunan SPM 2009

Salam 1Malaysia,

cikgu dapat analisis ni daripada cikgu Narzuki. terima kasih di atas perkongsian data ini. analisis ni sangat berguna buat cikgu. hampir 90k orang pelajar ambil subjek ni. 81% lulus. maknanya sebenarnya prinsip akaun tak susah. senang je. ramai yang bertanya dengan cgu soalan akaun susah. belajar tak lagi dah mengaku kalah... cuba belajar dulu. jangan dengar kata orang. dah belajar mesti baru tau susah atau senang. dapatkan teknik yang betul. konsep yang mudah difahami.

Tahniah buat Putrajaya.. kak nor, kak midah, kak siti asiah, syaila, fiza, mira, kak laili, kak mas n fazilah.. GP kita lebih baik daripada peringkat kebangsaan 3.82... tahun ni kita teruskan perjuangan kita "zero fail". sama2 kita usaha untuk itu.. moga allah permudahkan segala urusan kita...

PERINGKAT KEBANGSAAN : Calon sekolah bantuan kerajaan

A+ = 6.7 % – Cemerlang Tertinggi
A = 12.7 % – Cemerlang Tinggi
A- = 6.4 % – Cemerlang
B+ = 7.0 % – Kepujian Tertinggi
B = 7.7 % – Kepujian Tinggi
C+ = 9.6 % – Kepujian Atas
C = 8.9 % – Kepujian
D = 11.4 % – Lulus Atas
E = 10.4 % – Lulus

LULUS = 81.0 %
GAGAL = 19.0%
Jumlah Calon = 85,382 orang

Gred Purata MP = 5.14

WP PUTRAJAYA : Calon sekolah bantuan kerajaan

A+ = 13.78 % – Cemerlang Tertinggi
A = 18.37 % – Cemerlang Tinggi
A- = 5.10 % – Cemerlang
B+ = 10.71 % – Kepujian Tertinggi
B = 7.65 % – Kepujian Tinggi
C+ = 12.24 % – Kepujian Atas
C = 12.76 % – Kepujian
D = 8.67 % – Lulus Atas
E = 4.08 % – Lulus

LULUS = 93.37 %
GAGAL = 6.63%
Jumlah Calon = 197 orang

Gred Purata MP = 3.82

Monday, March 22, 2010

Permohonan Sijil LCCI SPM 2009

Salam...

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam keputusan SPM 2009 esp bagi Prinsip Perakaunan... mohon kepada semua pelajar jangan lupa hantar Borang Permohonan Sijil LCCI secepat mungkin. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan. HANTAR SEBELUM 11 APR 2010.
Tengok dalam slip keputusan SPM.. di bahagian bawah ada tertulis LCCI ... ada yang dapat 1 dan 2.. tahniah sekali lagi.. semua dapat cemerlang

Level 2 Book-keeping and Accounts
1 : Pass with Distinction
2 : Pass with Credit


Di sini cikgu sertakan Borang Permohonan Sijil LCCI dan Peraturan Permohonan Sijil LCCI.. download semua... baca arahan dengan jelas...

Klik di sini...
Borang Permohonan Sijil LCCI
Peraturan Permohonan Sijil LCCI

Friday, March 12, 2010

Homework 5B,5C,4B,4C

Salam...

Happy Holiday!!! cuti cuti gak tapi jangan lupa homework tetap ada... Kali ni kerja rumah yang cikgu beri kepada semua pelajar 5BC dan 4BC tak sesusah kerja rumah sebelum ini... tak de pening2 kepala...nak perah otak fikir nak jawab macamana pun tak de... mudah dan senang... harapan cikgu kali ini dah tak de denda2 naik sekolah ni... semua wajib buat... dan hantar hari pertama selepas cuti masa Prinsip Perakaunan...

Arahan!!!
5BC & 4BC
Tulis satu penilaian ikhlas tentang pengajaran & pembelajaran cikgu di dalam kelas... persembahan dalam apa jua bentuk (semua kreatif kan)... boleh guna kertas warna... komen la apa nak komen... nak letak gambar pun boleh juga...

Extra Homework 4BC... Buku skrap jangan lupa... cari maklumat seperti yang dibincangkan di dalam kumpulan masing2...

Keputusan SPM 2009!!!

Salam...

Semalam keputusan SPM dah diterima oleh semua pelajar tahun lepas... ada yang datang jumpa cikgu dengan penuh keriangan, senyum, ketawa dan ada juga yang sedih, menangis... Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang berjaya dalam SPM 2009... apapun keputusan yang diterima harapan cikgu kalian terima dengan hati yang terbuka... apapun yang berlaku semuanya ada sebabnya...

Kepada semua pelajar cikgu 5B n 5J... tahniah satu pencapaian yang sungguh hebat bagi cikgu... dalam masa yang singkat kalian mampu untuk mendapatkannya... boleh dikira berapa kali cikgu masuk ke kelas kan... dan maaf juga kerana tak dapat nak bantu dengan sepenuhnya kerana masih ada pelajar yang mendapat C+, B+ dan B... apapun cikgu redha kerana ada sebab terjadi semua tu... terdetik dalam diri cikgu program personal touching mmg tak dapat dijalankan sepenuhnya... masa yang singkat... sakit??? cuti??? argk!!! refleksi...

bagi mereka yang tidak mendapat a... jangan putus asa... teruskan perjuangan...

Friday, February 12, 2010

HOMEWORK CHINESE NEW YEAR

Salam...

Alhamdulillah cgu sempat nak upload kerja rumah hari ini. Terima kasih kepada cikgu Muzakir kerana dapat menyediakan soalan untuk pelajar semua.

tingkatan 5B dan 5C

di dalam kelas tadi cgu ada memberikan soalan Penyata Kewangan Perkongsian. rasanya ada dua soalan. jadi hw untuk u all TBC ni ..
1. siapkan soalan penyata kewangan perkongsian. ada 2 soalan. buat kedua2 soalan. soalan 6 dan 7.

2. download soalan ini. KLIK KR

tingkatan 4B dan 4C

1. download soalan ini dan jawab soalan tersebut seperti arahan yang diberi. KLIK KR


2. siapkan latihan bagi bab carta akaun, akaun kontra dan inventori.

sebarang masalah boleh hubungi cgu melalui email atau facebook atau sms sahaja.

Pelajar tingkatan 5, cuba fahamkan dengan betul dan tepat konsep dalam perakaunan... jangan buang masa semasa cuti ni...

BYE SAS! 020104-040224