Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Coretan Hati ... UPSR 2016

https://www.youtube.com/watch?v=MPHucA75fxs

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat sahabat semua..
--------------------------------------------
"Kami tidak bersedia 100% daripada segi fizikal dan mental sebenarnya. Kami tidak jelas 100% berkaitan dengan KSSR. Dengan kata lain kami memang tidak bersedia dalam semuanya. " Sebab itu kami juga tercuit hati.. anak yang baru 12 tahun dah rasa kecewa. Bukan kami sahaja rasanya ramai ibubapa di luar sana seperti kami. Bukan kami tidak menerima tetapi adalah tidak logik headcount yang dibuat selama ini biasanya tidak jauh beza tetapi hari ini memberikan maksud yang berbeza. Jauh perbezaannya. Semuanya adalah PBS.  ... cerita di hari selepas pengumuman UPSR 2016.  ----------------------------------------------
3 hari dah berlalu selepas keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Sekadar perkongsian satu pengalaman yang Allah beri kpd kami sekeluarga. Betul dan benar.. sejauh mana yang kita h…

SPM 2016... Good Luck!

Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid.

Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri agar mereka dapat menjawab dengan baik.

Allahumma
Ya zohir
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak2 didikku ... ibad, aidi wafi, azeem aqif, amin, salman, taufik, zainal, azrai, faris haziq, ali, danish, muaz, luqman, syahmi, arwie, iman, hazim, amrin, raja, nawfal, iqbal, nuraiman, tamish, hasif, ku azeem, daniel arif, afiq, ridhuan, faizzuddin, shafiq, amsyar, firdaus, amirul hazreen, faris naim, faris aiman, ady, adam, aiman, farhan, rahim dan alif fitri kerana Kau Maha Menampakkan

Allahumma
Ya Fatah
Ya Allah bukakan…

21 Oktober 2016 ... Jumaat

Salam kasih sayang... 
Apa cerita ya pada tarikh ini... cgu pun x sabar nak tgu hari esok...
Budak perakaunan mesti kena tahu apa yg akan berlaku pada tarikh ini... Apa nak kita buat? Tgk dan cuba kaitkan dgn apa yg telah dipelajari... 
ada ilmu kita amalkan inshaallah lebih lama manfaatnya... berbanding ada ilmu hanya utk periksa dan lps periksa x ingat apa2...
Kl kita kejar A, ilmu akan hilang... tapi bila kita kejar ilmu, A akan datang... 😘😘😘
Tunggu esok apa ceritanya...

BONUS? Selamat Hari Raya Aidiladha

assalamualaikum dan salam kasih sayang...
Selamat Hari Raya Aidil adha buat semua yang mengenali diri ini...
Pantun yang paling cgu suka masa raya ni ...
"Indah langit kerana awan Indah laut kerana kebiruan Indah Aidilfitri kerana kemaafan Indah Aidiladha kerana pengorbanan"
tu pasal raya... cuti seminggu kan... seronok dah habis Percubaan SPM kan... baru percubaan ... ingat tu... mana yg silap semasa percubaan tu jadikan pengajaran dan ingatan untuk lebih baik semasa SPM sebenar nanti...
Apa nak buat lepas trial ni ya???  Cgu cadangkan buat je soalan2 percubaan negeri2 lain... ada banyak soalan... kita ada 14 negeri... kl dapat semua negeri tu untuk semua subjek dah lebih baik... buat la sampai faham... biar mudah nak jawab soalan2 yang mencabar nanti...
KBAT ??? nak pandai jawab KBAT satu je tips daripada cgu ... FAHAMkan betul2 prinsip dan konsepnya... dalam mana2 subjek... sama je... cuba pandai guna konsep yang telah difahami... dan cuba jawab semua soalan2 percubaan yang a…

Preview eCeramah 2016 - Titik Pulang Modal

Video pdp & video teknik menjawab Prinsip Perakaunan merangkumi silibus Tingkatan 4 & Tingkatan 5... Lagipun SPM tidak lama lagi..  cepat hubungi Hariss 010 5320 369 melalui WhatsApp & Telegram segera... video 16 jam.... boleh belajar sampai pandai... insya allah.


Bagaimana eCeramah / eTuisyen / eTutor Berfungsi? Sama konsep sepeti ceramah / tuisyen / tutor berfungsi cuma
dalam bentuk video selama hampir 16 jam (27gb) merangkumi
semua topik yang perlu pelajar kuasai untuk SPM.
Sebarang persoalan tentang Prinsip Perakaunan boleh diajukan kepada penceramah melalui Whatsapp / telegram 010-5320 369 (hanya kepada pembeli berdaftar sahaja) di mana penceramah akan update di dalam blog iloveakaun.com. Walau bagaimana pun penceramah hanya akan menjawab persoalan yang difikirkan bersesuaian dengan sukatan sedia ada.
Sesi Ceramah Sesi 01_HoB* paling penting 
Sesi 2a_Pelarasan
Sesi 2b_PK Milikan Tunggal
Sesi 2c_PK Perkongsian
Sesi 3a_Kelab dan Persatuan
Sesi 3b_Rekod Tak Lengkap
Sesi 3c_Kos P…

Peluang lagi .. Luasnya Bidang Perakaunan...

Salam kasih sayang...
Satu peluang buat semua yang berminat dan berpotensi dalam bidang perakaunan. Siapa kata bidang perakaunan tidak penting? Cuba belajar dulu baru lah tau di mana pentingnya... 
Apa pun minat kita.. jom belajar ilmu akaun 😘😘😘.. kita mesti tahu apa itu belanja, hasil, aset, liabiliti dan ekuiti.. 

KUALA LUMPUR 21 Julai - Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) yakin sasaran meningkatkan jumlah akauntan bertauliah bumiputera sebanyak 18,000 daripada hanya 1,600 orang ketika ini menjelang 2020 mampu dicapai menerusi program intervensi yang dilakukan secara proaktif.
Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd. Hassan berkata, bagi mencapai hasrat melahirkan lebih ramai akauntan bumiputera bertauliah, MyPAC yang ditubuhkan tahun lalu telah bekerjasama rapat dengan beberapa penyedia perkhidmatan latihan dan rakan teknikal untuk memastikan bahawa ia berjaya mencapai objektif penubuhannya.
Beliau berkata, ketika ini terdapat tiga penyedia perkhidmatan yang member…

Tahniah CikguSila sebagai Penerima Anugerah Guru Terbilang SBP 2015

Alhamdulillah... admin sentiasa memberikan sokongan kepada CikguSila untuk terus berjaya, Insya Allah...


Sesiapa yang ingin mendapatkan eCeramah 2016 (profil penceramah disediakan jika perlu),  sila hubungi admin 010 5320 369 melalui WhatsApp / Telegram 
atau
Klik di sini untuk membeli eCeramah 2016

E-Ceramah 2016: Sesi Teknik Menjawab Soalan Prinsip Perakaunan SPM

Preview E-Ceramah 2016: sesi Teknik Menjawab Soalan

klik di sini untuk Preview Sesi Teknik Menjawab Soalan

atau
klik Beli E-Ceramah 2016

Kertas Prinsip Perakaunan SPM 2016 (16 Nov 2016)
Tinggal 178 hari lagi!!!
BERTINDAKLAH SEKARANG!!!
[ DAPATKAN SEGERA eCeramah 2016 ]

Sesiapa yang memerlukan profil penceramah eCeramah 2016,
boleh WhatsApp / Telegram admin...

Tahniah CgSila

Alhamdulillah Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya berjaya menjadi johan bagi Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah peringkat Putrajaya

PERMOHONAN SIJIL LCCI SPM 2015

Salam kasih sayang...
dah 5 hari berlalu keputusan SPM dikeluarkan... alhamdulillah berakhir sudah untuk tahun 2015... Tahniah buat semua anak2 didik cgu yang berjaya dan layak mendapat sijil SPM 2015. Buat yang gagal teruskan usaha... dan yakin ada hikmahnya. Gagal hari ini bukannya akan gagal selamanya kan..
Alhamdulillah tahun ni Prinsip Perakaunan SPM meningkat peringkat kebangsaan. Tahniah buat semua yang terlibat... bagi mereka yang berjaya cuba tengok slip keputusan SPM tu... ada tak ditulis 3756 (LCCI) - 1 ... kalau ada maknanya, layak mohon Sijil LCCI...


lihat contoh slip di atas... 
ada 2 keistimewaan siapa yang ambil Prinsip Perakaunan SPM... 1. Layak memohon Sijil LCCI 2. Layak mendapat pengecualian ACCA-CAT-FA1.
Istimewa sangat ke kedua2 ni? kl tanya cgu... YA!  bersyukur ... ambil satu subjek dapat result blh dapat lagi satu sijil selain SPM... dah jimat kos.. kl tak nak ambil buat sijil tu pun kena byr melebihi daripada harga nak bayar sijil tu... ada yang bagitau cgu, sijil lc…

HOMEWORK TAHUN BARU CINA 2016

Salam kasih sayang  buat semua anak didik cgu... 
Seronok kan dapat cuti lama tahun ni. Bila sebut homework je ada yang suka ada yang tak suka kan?
sebelum tu cgu nak ucapkan "Gong Xi Fa Cai" buat rakan2 cgu ...  my lovely sis Khoo n Chin, to adik Kho n Bancha ... dan buat semua rakyat Malaysia yang merayakanya tahun ni ...

Sebelum balik hari tu cgu dah pesan tengok blog cgu sama ada cgu bg homework atau pun tidak kan?
Nah homework masa cuti ni...
5U dan 5M  siapkan semua tugasan yang tertangguh... tak banyak ... sikit je... kl dah siap tengok video yg cgu dah beri sebelum ni... utk pemahaman dengan lebih jelas..
4U dan 4M lepas baca blog cgu ni... cuba search di internet ni apa yang dikatakan dengan klasifikasi akaun? lepas cuti ni kita akan bincangkan... 
1M cgu bagi rehat sat kali ni... buat ulangkaji semula apa yang dimaksudkan dengan peta i-Think dengan lebih jelas ya... mudah nanti untuk kita buat tugasan seterusnya bila di kelas pdp.. 
sikit je kan homework yang cgu beri? apapun be…

JANUARI 2016

Sekadar perkongsian segala aktiviti / program cgu atau panitia yang dijalankan sepanjang bulan Januari 2016... supaya ianya boleh dirujuk semula di hujung tahun nanti... :)
Minggu 1 - 04-10.01.16
PdP T5 - Belanjawan Tunai selesai PdP T4 - Pengenalan kepada Perakaunan ... buat kumpulan perbincangan  06.01.16 .... terlibat dengan Pendaftaran T1 (kaunter Koperasi 1M)
Minggu 2 - 11-17.01.16
11.01.16 - Anugerah Pengetua PAT 2015... alhamdulillah dapat gak dilaksanakan... tertangguh tahun lepas disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..
12-15.01.16 - Mesyuarat... semua PdP ditangguhkan... Minggu 3 kita jumpa ya ... 
Minggu 3 - 18-24.01.16
19.01.16 - Malam Perkasa Ilmu 01/2016 [08.00 pm - 09.30 pm]... mulakan dengan topik seterusnya... Penyata Penyesuaian Bank...
20.01.16 - [03.30 - 04.30 pm] Perjumpaan Kelab Pengguna Sekolah ... taklimat dan penyediaan papan kenyataan kelab.
21.01.16 - [03.30 - 05.00 pm] Mesyuarat UPP/PBS Bil 1/2016 
21.01.16 - [09.00 pm - 11.00 pm] ... Taklimat dan penyed…

Dialog Akademik TOV ETR 2016

Salam kasih sayang buat semua...

alhamdulillah selesai... penat gak menyediakan bahan2 yang diperlukan semasa majlis... tapi puas dengan hasilnya... bersyukur masih diberi peluang dan kesihatan untuk menyelesaikannya...
tahun ni buat awal sedikit... ramai gak ibu bapa yg datang berjumpa. yg sebelum ni tak pernah jumpa pun dah berjumpa kali ni... alhamdulillah... sokongan dua-dua pihak mmg penting... tak boleh hanya satu pihak.. bila bergabung akan jadi lebih luat biasa... biasanya kan... :)
buat yang tak dapat jumpa mudahan perjumpaan seterusnya diizinkan... moga apa yang diimpikan tercapai... 
apapun buat ank2 sas tercinta... jaga 5 perkara... 1. hubungan dengan Allah 2. hubungan dengan ibu bapa 3. hubungan dengan guru 4. hubungan dengan rakan2 5. hubungan sesama insan....
inshaallah jika jaga semua ni.. kita dapat apa yang diimpikan ... yakin boleh!






Majlis Watikah Pelantikan BUSAS 2016

250116 .... bersama Prof Madya Dr Mohd Aderi Che Noh.
jaga hubungan dengan semua... inshaallah akan mudah segalanya.. BUSAS membantu sekolah, guru agama, guru2 dalam semua aspek. kecemerlangan akan datang bersama keberkatan dengan akhlak yang baik.  Hormati guru setiap masa walaupun di mana kita berada. Moga 56 BUSAS yg terpilih tahun ni akan lebih cemerlang.  Kecemerlangan akhlak itu yg penting. SAS akan terus cemerlang sebagai seorang muslim. 

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas

18 Januari 2016... minggu ke 3.. alhamdulillah majlis watikah pelantikan pengawas dpt dilaksanakan.. macam awal je tahun ni..
Pada masa yg sama pelancaran kempen antibuli.. 


Moga pelantikan tahun ini memberi satu peluang kepada pengawas yg terpilih utk membuktikan kepimpinan yg ada dlm diri. Sekolah memberikan kepercayaan penuh kepada badan pengawas utk membantu dlm urusan pentadbiran sekolah agar kemas dan teratur. Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yg diberi dgn baik. Ianya satu ibadah.. ikhlas kan diri... 
Siapa KP tahun ni???
Kempen antibuli bermula.. harapan cgu gk moga tahun ni TIADA Buli.. "jgn mimpi kalau dh ada rekod jenayah nak hidup seperti org yg hidupnya cemerlang" ... Mungkin ada kebenarannya...😉😉😉
Seimbangkan akademik dan kokurikulum.. jadilah anak yg soleh...😘😘😘




DRAF JADUAL SPM 2016

Salam kasih sayang buat semua...
Jom Like dulu Page cgu ... 
Page FB cikgusila.com

Hari ni cgu meluangkan masa untuk melayari internet...  teringat tentang jadual SPM... tahun ni mesti dah ada.. betul mmg dah ada... tapi masih draf... bukan sebenar... tapi kita boleh rujuk untuk perancangan kita... cgu download daripada web LPM ... tak tipu la...
apa kata kita tengok untuk mata pelajaran akaun...  bila?  Hari ke 7... tak tau la berapa hb... tapi selepas subjek teras selesai... sebelum kertas sains tulen... [Add Maths/Fizik/Kimia/Bio] .. bagi sekolah cgu... mudahan ada waktu senggang beberapa hari sebelum kertas sains tulen ... kalau tak silap hari ke 8 Matematik Tambahan ... boleh kita pulun ...
sama macam tahun ni... Bahasa Arab kertas 2 petang hari yang sama dengan Prinsip Perakaunan ... no komen la cgu... sbb tu adanya draf... fikir masak2... cgu yakin pelajar yang ambil bahasa arab selalunya boleh terima dengan tenang dan yakin boleh hadapinya dengan cemerlang... inshaallah ... kita doa la…

Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2016

Salam kasih sayang...
saya kongsikan huraian sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 Prinsip Perakaunan dan lain-lain berkaitan untuk rujukan penyediaan buku rekod mengajar bagi tahun 2016..  kalendar utk rujukan sendiri pun ada..
Jom dapatkan di sini... 
klik link ni ya ...
https://drive.google.com/open?id=0ByjfVlXICBrzUnFhTGtCOUpCNHM


Good Bye 2015 ... Welcome 2016 !!!

assalamualaikum dan Salam kasih sayang...
buat semua keluarga, sahabat handai, anak didik dan yang mengenali diri ini... alhamdulillah .... berakhir 2015 dengan pelbagai kisah gembira, duka, tawa dan riang.. ada beberapa yang cgu nak kongsikan di sini...
kisah 1 - "-12kg" apa tu? bermula akhir tahun 2014... nekad nak turunkan berat badan.. penat beli ubat kurus sana sini tapi hasilnya sama je... mgkn salah diri sendiri yang tidak berdisiplin. akhirnya hujung tahun, awal Dis 2014 mulakan azam baru... sbb dah tak larat rasa badan terlalu berat...  cgu berjaya lakukan dengan pengurangan 12kg (terkini pada tarikh ini) ... alhamdulillah sakit yang ditanggung makin berkurangan... kl tgk mmg la x nmpk kurus sangat tp badan ni blh rasa lebih ringan, longgar2 dan rasa seronok.. yg penting sihat.. itu yg cgu nak. Allah izinkannya...  Ramai yang tertanya apa yang cgu buat... cgu kongsikan apa yg dibuat...
2 minggu pertama (Dis 2014) x silap cgu hingga krismas... mmg tak makan nasi langsung...…