Skip to main content

260115 Utusan ... KBAT dalam PdP

SAS ambil inisiatif anjur LADAP

Fokus kepada pembinaan item soalan 

dan kepentingan KBAT dalam PdP


  0  0 Google +0
kbat
Dr. Ismail Zain (depan, empat dari kiri) bersama para peserta Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang juga warga pendidik Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya yang terlibat menyertai program pendedahan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah itu, baru-baru ini.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu satu elemen yang pen­ting dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) selain merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21. 
Ia seiring dengan keperluan sistem pembelajaran negara pada masa ini yang menitikberatkan elemen tersebut malah dalam sistem penilaian di mana KBAT menjadi fokus terhadap pembinaan item soalan. 
Menyedari hakikat ini, pihak pentadbiran Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya telah mengambil ini­siatif mengadakan program latihan pendedahan KBAT kepada semua guru-gurunya melalui Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). 
Ia dibimbing bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas Jusa B Institut Pendidikan Guru, (IPG) Ipoh yang juga merupakan penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain.
Menurut Dr. Ismail, KBAT bukan hanya difokuskan pada pembinaan soalan semata-mata tetapi ia melibatkan keseluruhan proses pembe­lajaran dan pengajaran itu sendiri.
“Soalan-soalan KBAT tidak sepatutnya diulang sepertimana yang berlaku pada soalan yang bercorak tradisional tetapi harus mempunyai ciri-cirinya sendiri yang berasaskan konsep KBAT.
“Oleh itu, murid tidak sepatututnya ‘menjangka’ apakah bentuk soalan yang akan keluar sepertimana yang berlaku terhadap bentuk soalan tradisional, tetapi memikir dan mengkaji setiap sudut perspektif berpandukan aras-aras pemikiran yang dicadangkan oleh Blooms,’’ katanya.
Mengenai penganjuran program latihan pendedahan KBAT dengan pihak SAS, ia memberi pendedahan kepada guru mengenai konsep KBAT yang mudah dan konsep asas mengenainya termasuk kaitannya dengan proses pembelajaran.
Sementara itu, Pengetua SAS, Haidzir Hussin berkata, KBAT perlu dihayati oleh guru dan ianya merupakan elemen penting yang harus diberi perhatian yang utama dan diaplikasikan dalam proses pembe­lajaran dan pengajaran.
“Melalui program ini segala aktiviti dan penerangan yang diberikan oleh Dr. Ismail amat membantu dan merupakan satu bentuk nilai tambah ilmu dan kemahiran buat guru-guru dalam proses melaksanakan KBAT,’’ katanya.
Bagi guru kanan Kemanusiaan dan guru mata pelajaran Geografi, Masni Khamis, menganggap program itu mampu membantunya mencungkil kreativiti pelajar daripada perspektif yang berbeza. 
“Kursus yang sangat berinformasi, sangat bermanfaat kepada guru malah lebih baik dijalankan secara berkala sebagai peneguhan kepada input sedia ada,’’ katanya.
Guru kanan Matematik dan Sains, Zaini Razak berkata, KBAT sepatutnya digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memahirkan pelajar berfikir lebih jauh dan berpanda­ngan luas atau luar dari kotak.
Beliau yang mengajar mata pelajaran Biologi berkata, program itu membantu melahirkan pelajar yang pintar dan berpengetahuan luas.Selain itu, kata Ketua Panitia Ma­tematik, Norasiah Ambia, program itu sangat bermanfaat dalam memberi pemahaman sebenar berkaitan KBAT kerana elemennya sangat pen­ting dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi membolehkan para pelajar bersaing di peringkat global.
Program tersebut direka dalam bentuk khas berkatian dengan peng­aplikasian KBAT dalam kalangan guru iaitu P.E.N.D.I.T.A (Program Enhancing, Developing, Improving, Integrative Teaching Abilities) - Program untuk Peningkatan, Pembangunan & Penambahbaikan Kebolehan- Kebolehan Pengajaran Secara Integratif. 
Manakala Ke.M.A.S (Knowledge Ma­nagement & Application Skills) – Mengurus Pengetahuan & Aplikasi Kemahiran – model khas untuk mu­rid menggunakan pengetahuan dan mengapliaksi kemahiran terutama KBAT dalam proses pembelajar­an terutama mereka yang terlibat dalam kerja projek PT3. Hubungi 019-5713745 atau layari www.tutor.com.my/motivasi untuk maklumat lanjut.

*****************************
Pelaksanaan PdP dalam dan luar bilik darjah ... guru hanya sebagai fasilitator ... :)

sekadar perkongsian pelaksanaan PdP minggu ke 2 hingga 4.... :)

mesti latih anak murid supaya berfikir... kemahiran berfikir aras tinggi... apa lagi aktiviti nak buat ya... :):):)







Comments

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu