Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Jom Belajar Kimia!

Belum cuba belum tahu... kalau dah pergi baru tahu.. kunci cemerlang kejayaan kimia SPM dibongkar..  Jom ramai2 belajar.. ajak kawan2 ya.. 

Esok harinya... Good Luck!!!

salam kasih sayang... tinggal beberapa jam je lagi... esok 19 Nov 2015 berakhirnya penantian utk tahun 2015. Sekejapnya kan.. 😀
Pesanan akhir cgu buat semua .. hadapi hari esok dengan senyuman.. Moga Allah izin kan utk kita capai apa yg kita inginkan..  Ingat!!! 1. kertas 2 - jwb bahagian B dulu.. pilih soalan yg paling boleh dibuat.. selesai bah B baru jawab bahagian A.. setiap soalan dijawab dlm helaian yg baru.. nmpk kemas... ingat selalu pesan cgu.. biar kita mudahkan orang.. inshaallah kita juga akan lebih mudah kan.. Mudah apa.. Dapat A+... amin 😀 tengok semula satu per satu soalan yg pernah dijawab ya.. 
2. kertas 1- lihat kata kunci.. baca soalan dengan betul.. semak berulang kali.. 
3. Bila dapat soalan KBAT apa nak buat?  1. tengok perniagaan apa?  2. tempoh perakaunan? 3. bentuk soalan? ingat semula apa yg kita telah belajar dlm  topik tu dan cb keluarkan maklumat yg ada utk jawab berdasarkan konsep asas akaun 'badleh' / magic hand... 😘 4. jawab guna pen.. pensel boleh dipad…

Analisis Topik Percubaan SPM Akaun 2015

Assalamualaikum...  Salam #sehatisejiwa...
lama nya tak buka blog ni... sorry la ya... cgu mmg sibuk dengan keje2 tanggungjawab yang dipikul... mmg tanpa sedar... tanpa rasa apa2... haha
ok la .. SPM lagi beberapa hari je ni... kalau ikutkan genap sebulan daripada tarikh hari ini 0210 - 0211... ada masa lagi untuk kita mulakan dan teruskan momentum yang dah ada... teruskan teruskan teruskan... KBAT???? set minda masing2 kbat aku boleh buat... paling penting 'senyum' ... senyum itu membahagiakan...  percaya la!!!
strategi seterusnya... murnikan pemahaman konsep untuk membantu jawab soalan kbat atau soalan yang uol rasa macam kbat... (tak pernah jumpa pun bentuk soalan tu)...
dalam masa bbrp hari nak menjelang ke 19 November ni... jawab la soalan2 percubaan spm yang ada... g laman web cikgu Narzuki ada byk soalan percubaan tahun ni...  kalau boleh jawab semua soalan negeri yang ada tu... 
cgu lampirkan bersama analisis yang telah cgu buat untuk rujukan bersama...  klik sini..
ANALISIS T…

Tarikh Prinsip Perakaunan SPM 2015

PERMOHONAN SIJIL LCCI CALON SPM 2014

Assalamualaikum dan salam kasih sayang Sekadar perkongsian berkaitan dengan permohonan sijil LCCI bagi calon SPM 2014. Bagi calon SPM 2013 ke bawah ... tak sama dengan yang ini ya... rujuk web LCCI ya..
Boleh mohon dengan print borang ini ya... BORANG LCCI : http://lcciasia.com/file/LCCI%20SPMDC%202014%20application%20form%20rev_1.jpg cikgu share kan di sini makluman terkini yang diterima daripada rakan cgu, cgu Salwa Mohd Sarif.. tq cgu. Sbb cgu dah terima borang yg awal adalah ada perbezaan dengan yang terkini...
"Maklum balas daripada pegawai LCCI berhubung isu RM26.50. Wsalam Cikgu, Bayaran untuk permohonan sijil LCCI bermula SPM 2014 adalah RM26.50. (RM25.00 + RM1.50 (GST)). Hal ini disebabkan semua permohonan untuk batch yang pertama akan diproses dalam bulan Mei (kerana tarikh tutup permohonan untuk batch pertama adalah 30 April). Oleh demikian, semua permohonan, termasuk permohonan yang dibuat dalam bulan Mac 2014 akan dikenakan GST. Hal ini adalah berdasarkan nasihat da…

Keputusan SPM 2014

assalamualaikum dan salam kasih sayang...
baru sempat nk share2... seharian agk sibuk dgn keje2 analisis peperiksaan... baru siap td.. tu pun ada lg yg msh perlu dimurnikan. esok ada masa lg. 
ptg td blk mmg sgt penat.. cuaca panas sakit kepala... lbh baik rehat dulu.. alhamdulillah suami sentiasa memahami dan menyokong segala apa yg nk dibuat.. 😘😘😘
Debaran mmg ada. tipula kl xde. wpun dh dengar desas desus tp tu la selagi x dpt hitam putih mmg xkn puas... bersama dgn pengetua dan su spm g amk result di jpwpp. bila pengumuman dibuat mmg ada satu kejutan... apapun msh lg memuaskan... kita dah rancang.. namun perancangan Dia adlh yg terbaik. 
apapun cgu tetap dgn pendirian cgu ranking bukan segalanya.. 
ni je yg sempat nk amk.. smpi terlupa nk bergambar2 dgn yg lain.. kl ada pun guna kamera ank murid... 😄
keputusan akaun kali ni alhamdulillah ada peningkatan 0.09 dr tahun sebelumnya... syukur alhamdulillah... ETR mmg x capai tapi cgu puas hati... NO CDE.. apa yg penting guna ilmu ni dlm k…

Kerja Rumah Semasa Cuti 14-22 Feb 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang,
Selamat bercuti buat semua anak2 didik cgu... seminggu cgu tak jumpa uols kan... tak jumpa bukan penghalang kita tak dapat belajar... guna kan medium apa jua yang boleh menghubungkan kita...  disebabkan cuti lama... jangan sia-siakan masa cuti ni ya... fahamkan semula apa yang perlu difahami...
TINGKATAN 5 CITA
cgu dah bekalkan 'Modul Hebat Akaun Gempak 2015' ...  buat m/s 1 hingga 16 (silibus tingkatan 4) hingga penyata kewangan milikan tunggal... soalan pendek2 je... nak cemerlang mesti usaha untuk berjaya ... :)



TINGKATAN 4 MAJU DAN 4 USAHA ... cgu nak setiap orang cari gambar yang berkaitan dengan klasifikasi akaun.. aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja... buat dalam bentuk folio... rujuk dalam mana2 buku... cgu nak hasilnya diterjemahkan dalam bentuk gambar... gunakan kreativiti masing2 untuk hasilkan folio ini...
Sebarang pertanyaan boleh email or pm cgu ya... :)



Februari 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang,
Hari ni cgu dah cuti sekolah sempena tahun baru cina... ermm... walaupun cuti tapi tak dapat nak bercuti ke mana-mana sebab anak2 masih sekolah... yang penting dapat rehat kan diri sekejap dengan keje2 sekolah... bersama orang tersayang lak... :)
sekadar nak kongsi perkara yang berlaku sepanjang Februari ni ... bulan ni mmg penting sebenarnya. tapi boleh tahun ni terlewat hanya kerana kesibukan pada tarikh2 tersebut...
1102 ... tarikh ni sebenarnya ulangtahun perkahwinan ... boleh tak ingat.. sepanjang minggu ni mmg tiada di sekolah .. ada bengkel.. dlm kepala ni dok fikir keje je... bila tengok tarikh mmg terkata tarikh ni macam penting je... tapi tak boleh nak recall ... tiba2 dapat wsap ... 

argk!!! baru ingat... tq buat suamiku ... En Hariss... moga pertalian ini kekal hingga akhir hayat...  
1302 ... sebabkan 1102 tu blh lupa hampir setengah hari... jadi tarikh ni mmg sentiasa berjaga... nak gak jadi orang pertama wish... hari ni birthday …

Kuiz Soalan SPM dan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan

Salam kasih sayang...
Nak berjaya mesti usaha dengan gigih.  nak berjaya mesti belajar sungguh2.  nak berjaya mesti fokus.  nak berjaya mesti dengar kata.  nak berjaya mesti senyum selalu. Nak berjaya mesti rajin buat latihan banyak2.  nak berjaya mesti ... ... ...
daripada suka sangat online cari macam2 perkara... jom cuba jawab soalan2 SPM dan soalan percubaan SPM tahun2 sebelumnya dalam web sifu cgu... cuba jawab soalan2 ni berulang2 kali...  cgu yakin 100% SPM mesti A+... nak kan A+? kalau nak jawab kuiz2 ni berulangkali ... smartphone ada kan ... :) 



Sambutan Maulidur Rasul SAS 2015

Kasihkan Rasulullah membawa ke syurga... Muaz Hassan Ad-Dimasyqu
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan lagi utk cgu menghadiri majlis ilmu agama yg dianjurkan oleh sekolah. Pengisian rohani... 💕💕💕
Nak tunjukkan rasa cinta kepada Rasullullah...  "org yg bukan islam membuat kajian tentang peribadi Rasullullah dan kehidupannya. tetapi malangnya umat islam sendiri yg tidak mengenali sirah nabi bahkan ada kalangan mereka yang meremehkan sunnah baginda dan meninggalkannya... fikir2kan lah..
mengapa menyambut Maulidur Rasul??? 1. taqlid/ikutan 2. adat melayu 3. cintakan rasul
adakah kita benar2 menjadi umat Nabi? siapakah idola kita???? adakah sunnah nabi sudah dilaksanakan di dalam kehidupan kita seharian?
terkesima .. blh dihitung dgn jari.. masih ada yg kosong.. moga selepas ini akan jadi lebih baik.. 😭😭😭
buat amalan disukai nabi... jaga pelihara dan raikan anak yatim, beri makan org yg susah, bantu org kesempitan, sampaikan hajat muslimin, menasihati org yg lupa, hindari perkara yg nab…

260115 Utusan ... KBAT dalam PdP

SAS ambil inisiatif anjur LADAP Fokus kepada pembinaan item soalandan kepentingan KBAT dalam PdP 26 Januari 2015 12:09 AM
00

4U 2015

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang...
tahun ni seperti kebiasaanya cgu tetap terpilih sebagai guru tingkatan...  tahun ni cgu pegang guru tingkatan pertama 4U... biasanya menjadi guru tingkatan kedua... bersama rakan tersayang Chin Sensei... Best!!!
Saja2 di awal tahun ni nak merakam wajah2 anak2 didik yang pastinya tahun hadapan akan berubah... 


arwie, nuriman azri, hidayat, aidi wafi, taufiq, nawfal, farhan, adlan, nuraiman, adam haikal, amir amsyar, azeem aqif, firdaus, amirul, afiq, mirza, taqiyuddin, darwish, ku azeem, shafiq, faiz, faris, faizzudin, daniel arif, fahmi, salman, ibad dan hafizi. Doa cgu moga uols kekal hingga F5... berjaya dunia akhirat...

ragam anak2 didik ... cepat sungguh masa berlalu... ingat lagi ada yg cgu ajar masa tingkatan 1 dan 2... :)







2015 ... tahun seterusnya ... :)

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang...
Lama gak cgu tak pok pek pok pek dalam blog ni... malam ni terdetik nak update blog ni... banyak perkara yang nak dikongsikan bersama... hanya untuk satu tujuan ... ilmu ni diperpanjangkan kepada yang memerlukan...
banyak komen yang cgu tak balas cgu minta maaf ... mmg kekangan kerja... jadi terpaksa lah tak ber blogging macam dolu2... huhu... rasa tahun ni nak aktifkan lagi blog ni... tahun ni cgu nak fokus dengan bahan2 yang baru untuk rujukan sama2... azam baru tahun ni... :)
Kepada semua yang baru naik ke Tingkatan 5, tahniah cgu ucapkan... teruskan dengan kecemerlangan. Jangan putus asa mempelajari ilmu ini. Doa sentiasa moga dipermudahkan segala apa yang dipelajari. Silibus tingkatan 5 mudah dipelajari... walau bagaimanapun kesinambungan daripada tingkatan 4 itu tetap ada...
Tahniah juga kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih masuk ke dalam kelas Prinsip Perakaunan. mungkin bagi mereka yang tidak ambil KH pilihan 4, subjek ini adalah perkar…