Skip to main content

aku seorang Guru...

salam kasih sayang,

16 Mei 2014, tahun yang ke 12 dalam dunia perguruan. banyakknya cabaran dan dugaan yg dilalui. terima kasih buat suami dan anak2 yang banyak memberi sokongan dan semangat utk terus bangun mendidik generasi sebelum dan sekarang. 

bukan suatu perkara yg mudah utk mengharungi setiap hari berhadapan dengan pelajar2 yang sememangnya terpilih antara yang terpilih. selalu dikatakan mudahnya mengajar anak2 ini tak kisah lah sesiapa sahaja semuanya akan bercakap perkara yang sama. aku diam dan hanya Dia yang faham. bila aku berada di dalam kelompok ni baru la aku sedar. aku bersyukur dapat team yang sangat bekerjasama dan saling bantu membantu dlm setiap apa yang dianjurkan. susah senang naik turun sedih gembira tawa tawar semuanya diharungi bersama. aku bersyukur... biarlah apa yg nak orang kata aku diam.. aku percaya akan ketentuanNya.. 
selagi aku diperlukan di sini aku tetap di sini... 

entah kenapa tahun ni sangat terharu dgn ucapan2 yang diterima daripada anak2 didik. masih aku ingat setiap kali hari guru pasti hadiah yg aku akan beri ialah sekotak tisu utk guru2 aku...satu ketika dulu.. entahla mungkin masa tu kat kg kotak tisu je la yg aku rasa cantik. nk ke pasaraya mmg la jauh. jauh beza dgn zaman sekarang. 

bila naik sekolah menengah berbeza pula.. masa tu dh dekat dengan pasaraya dan pandai membeli dan memilih.. walaupun kekadang tu hanyalah sekadar kad ucapan. dulu masa belajar mmg susah. kekadang tu mmg tak de duit pun kat tangan, jadi buatlah kad sendiri sebagai tanda ingatan. semua tu dh jadi kenangan.. 

sekarang aku lak jadi cikgu.. tak tau la anak murid cakap pasal aku kat belakang2 kan.. apapun tu semua ketentuannya..

semua ni ketentuanNya. terima kasih tak terhingga buat semua guru yang telah mengajar aku dan menjadikan aku juga seorang guru. betapa ilmu yang dicurahkan sangat bermakna buat aku dulu kini dan selamanya. 
buat cikgu2 dan pensyarah2
Sekolah Kebangsaan Bukit Badong
SRA Bukit Badong
SMA Jeram
SM Seri Tanjung Kuala Selangor
MRSM Jasin
Kolej MARA Kuala Nerang
Universiti Utara Malaysia
Maktab Perguruan Kota Bharu

❤️Selamat Hari Guru 2014❤️

tidak lupa buat rakan2 guru di ..
SMK Selising, Pasir Puteh 
SBPI Rawang
dan SAS

serta rakan2 guru yang mengenali diri ini.. Terima kasih Cikgu❤️
Selamat Hari Guru 2014❤️

Saya sayang semuanya... 😜

"Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"

tqvm buat cg rozaiman atas perkongsian gambar ni... HOTS!!! ❤️❤️❤️



Comments

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu