Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Salam Ramadhan...

Salam kasih sayang...
Alhamdulillah hari ni dah selesai sehari kita berpuasa. Masih tak terlambat untuk cgu mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada tahun ni 2013.  Alhamdulillah juga sbb Allah masih memberikan peluang kepada kita menyambut ramadhan seterusnya. Moga ramadhan tahun ni memberi hidayah dan petunjuk serta segala amalan yg kita buat akan diterima olehNya. 
Buat suami tercinta hariss, anak2 hakim dan husna, mak siti, mak badariah, bapak, pak ariffin, adik beradik ; kak ros sekeluarga, kak mah sekeluarga, abg li sekeluarga, abg man sekeluarga, kakak sekeluarga, moh, nani, hamdi sekeluarga, lin sekeluarga dan boy. Tidak lupa makcik dan pakcik sedara dua2 pihak, guru2, rakan2 seperjuangan, anak2 didik dan semua pembaca blog cgu.. Cgu ucapkan selamat menyambut ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan. Doa cgu agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa berada di sisiNya. Semuanya kerana Dia. Moga tahun hadapan kita masih bersama lagi... Sayang selamanya.
Sekadar perkongsian perc…

Program Bicara Tokoh Bersama YBhg Dato' Abdul Raof Bin Hussin

"SAS terunggul bertaraf dunia"


Cabaran demi cabaran yang pasti akan ditempuhi...  "Ya Allah, aku yakin sekiranya Kau izinkan ianya berlaku pasti akan berlaku. Buat suamiku izinkan dan restuilah utk aku menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga buat anak2 mama Hakim dan Husna. Percayalah ke mana pun mama pergi, mama sentiasa ingat dan doakan anak2 mama berjaya apa jua yg anak2 mama impikan. Ya Allah, seandainya aku tidak layak utk menjalankan tanggungjawab ini, Kau tunjukkanlah jalan seterusnya utk aku terus jalani kehidupan seterusnya. Seandainya aku layak, Kau kuatkan lah semangat, minda, fizikal dan mental aku untuk harungi cabaran demi cabaran yang akan aku harungi. Tingkatkan kesabaranku.  Kini, aku pasrah padaMu ya Allah untuk aku sentiasa bersedia hadapi segalanya bagi melahirkan insan yang akan berguna kepada agama bangsa dan negara. Hanya Kau yang tahu nawaitu ku ini. Amin"