Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Pencapaian ku ...

Salam Kasih Sayang...
kali ni cgu nak abadikan pencapaian sepanjang mengajar Prinsip Akaun... nak share sekurang2nya bl membantu cgu mendapatkan data bila cgu nak...
kali ni gak cgu nak share bila cgu mula mengajar ...  2002 di SMK Pasir Puteh Kelantan... praktikal 6 bulan ... pengalaman yg sangat berharga semasa mengajar di negeri Kelantan... cgu mengajar Matematik dan Pengajian Am tingkatan 6 rendah ...best!!! ikut hati mmg nak mengajar di Kelantan.. ada keistimewaannya... :)
2003 cgu mula mengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) ... masa ni cgu tak mengajar Prinsip Akaun lagi tetapi mengajar Matematik ... Ketua Panitia lagi masa ni .. sekolah baru ... semuanya kita yng corakkan... dah masa tu xde lagi yg bolh jadi ketua panitia jadi cgu terpilih... termangu2 gak pada awalnya... dapat pengalaman baru...
Januari 2004 cgu berpindah ke Sekolah Alam Shah Putrajaya... kerana mengikut suami. waktu tu suami cgu sambung belajar di KLIUC dengan kerjasama UUM ... alhamdulill…

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ... 1 anjakan

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#i…

Sijil LCCI : SPM Principles of Accounting Double Certification

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru je beberapa hari yang lepas keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. Lega rasanya penantian dah berakhir kan. kepada yang mendapat keputusan seperti yang diimpikan tahniah cgu ucapkan atas pencapaian cemerlang peribadi.. dan kepada yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. percaya dan yakin rezeki Allah akan bagi jika Dia nak bagi. mungkin bukan sekarang tetapi mungkin esok, lusa atau akan datang. yang penting sabar. :)
SIJIL LCCI ... khas untuk calon SPM 2012 yang mengambil Prinsip Perakaunan sahaja. lihat dalam slip mesti ada tertera di bawah slip LCCI : ??? ... keputusan sama ada 1,2,3,4,5,6... jika ada kod tertera maknanya layak lah tu dapat Sijil LCCI. 
cgu ingatkan Sijil LCCI ni kena mohon ... jadi buat anak2 didik cgu.. mohon sendiri Sijil LCCI ni ye. cgu takut tak berkesempatan untuk uruskan memandangkan ada tugasan2 lain yang perlu cgu buat. 
tahun ni lebih dimudahkan... boleh mohon secar…

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Esok 21hb Mac 2013, Khamis mulai 10 pagi dah boleh tau keputusan SPM buat calon2 SPM 2012. Mesti berdebar2 kan... buat anak2 didik cgu ingat pesan cgu apa yg dah cgu ajar dan sepatutnya buat sekarang ni hinggalah hari esok... 
Doa cgu semoga kalian semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang... Jumpa cgu esok ya...
Pastikan semua dapat Sijil Tugasan Projek Prinsip Perakaunan dan Borang LCCI... kalau blh anta terus ... senang sikit... or mohon sendiri...

nak cepat sebelum dapat slip boleh SMS je dulu...  boleh SMS ... 
SPM ke  15888
mulai 10 pagi hingga 27 Mac 2012