Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

KEPUTUSAN UNDIAN KEDUA SIRI 1/FASA 2 PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1M PUTRAJAYA

Sesiapa yang mohon dah boleh semak undian Fasa 2 ... 
klik sini ...  SEMAKAN PPA1M
yang berjaya Tahniah! dan yang masih tidak berjaya teruskan berdoa..  mana tahu berjaya di undian Fasa 3...



RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRINSIP PERAKAUNAN 2014

Sekadar perkongsian buat rakan2 guru seperjuangan yang berada di mana sahaja... moga ianya membantu.
Selamat menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang baru bagi tahun 2014. Moga tahun ni lebih baik dan memberi makna diberkati dan diredahai daripada sebelumnya...
Dapatkan di sini ye... klik je... mudah kan.
Rancangan Pengajaran Tahunan Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Rancangan Pengajaran Tahunan Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Takwim Prinsip Perakaunan 2014

Last Giveaway in 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

klik gambar ni

Segmen : Jom Blogwalking

assalamualaikum dan salam sejahtera...
tertarik dengan blog ni... 2 hari yang lepas mmg cgu sempat blogwalking... byk2 yg cgu terjah... ni la satu blog yang cgu rasa sangat special... ada istimewanya... hati mmg tertarik... kecekalan, kesabaran, kekuatan, semangat, jiwa cekal, tabah semua ada... daripada tak tau jadi tau... 
jom sama2 kita klik..

best kan ... 

Takwim Persekolahan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni 21122013... lagi 11 hari sahaja mula sekolah bagi sesi 2014. apa pun kehidupan sebagai seorang pendidik mesti diteruskan... saja2 nak kongsi apa yg nak dibuat sebelum masuk tahun baru 2014 ni..
Sebelum tu cgu nak ucapkan TAHNIAH kepada semua anak2 didik cgu esp SASSIANs batch Warriors 1115 ... mencapaikan impian diri sendiri secara langsung impian keluarga dan sekolah... keseluruhan keputusan SAS PMR 2013  Naik dan mencapai ETR GP/% cemerlang...  Tahniah!!! Teruskan kecemerlangan SPM2015 pula ya... 
  sekadar perkongsian GPS 2003 - 2013 ... kedua tertinggi terbaik selepas 2010... 
bagi yang nak buat semakan semula boleh dapatkan borang di sini... 
Permohonan Semak Semula / Kes T PMR 2013 dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan iaitu SEBELUM 19 Januari 2014
Berbalik persediaan 2014..
nak bersedia apa pun masih lagi dalam kepala ni ... macam2 nak buat... nak share dulu Takwim Persekolahan 2014... boleh la buat perancangan ... esp nak bercuti…

Selamat Bercuti ...

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang ...
Bersama anak2 didik akaun yang cemerlang... 
Tak sempat cgu nak share citer dalam blog ni... bila dah habis exam paper akaun baru la rasa lega. hilang satu tanggungjawab di kepala satu perkara.. alhamdulillah... apa yang penting anak2 didik semua buat hanyalah bertawakal... doa banyak2.. sentiasa fikirkan yg kita terima keputusan yang cemerlang A+ ye.. selalu cgu dah beritahu dalam kelas.

"Pilih apakah sangkaan yang bermain di minda kita serta kenal pasti bisikan hati kita agar ianya menjadi doa-doa yang bagus sahaja untuk diri kita. Tuhan mengikut sangkaan hambaNya.." ~ Dr Azizan Osman


Hari ni dah mula cuti sekolah. yang cuti sekolah tu terutama form 4 ingat2 lah SPM 2014... bersedia daripada awal sangat membantu. Buat la jadual persendirian semasa cuti ni dengan mengulangkaji semula semua mata pelajaran yang diambil. tak rugi belajar daripada awal. kalau perlu pergi tuisyen, pergi lah... cuma nasihat cgu.. kalau tuisyen sekali pun car…

Good Luck!!!

Akhirnya sampai juga harinya pada tahun ni seperti tahun sebelum2 nya. Tinggal bbrp jam je lagi calon2 prinsip akaun akan menduduki kertas 2 SPM2013. Berdebar gak cgu menanti apa soalan tahun ni ye. 
Sempat hari ni cgu temukan bekas pelajar cg yg ambil akaun tahun 2011 dgn anak2 didik cg utk kongsi apa yang sepatutnya. Bercakap drpd pengalaman masing2 dan berisemangat kpd yang lain. Terima kasih buat Firdaus aka mamu, Zaki dan Rizwan. Cg yakin dan percaya anak2 semua semangat berkobar2 utk hadapi hari2 seterusnya dalam SPM hingga akhir kan. 
10A+ sasaran semua. Impikan dan bayangkan setiap saat. Sehingga la keputusan yang nyata diperoleh. 
Buat semua anak2 didik cgu dan yang pernah belajar dengan cgu sama ada secara maya ataupun berjumpa di mana2 kelas mahupun bengkel2, cg ampunkan segala salah dan silap, cg halalkan segala ilmu yg telah diberi, cg redha kan segalanya...  Moga masing2 dapat buktikan kepada diri sendiri kejayaan semua A+ milik sendiri scra x lgsg utk ibu bapa, sekolah dan …

Makin Cantik! Makin Hensem! Makin Kaya!

Terima kasih cikgu

Alhamdulillah selesai program hari ini. Seminar akaun bersama sifu yang sangat cgu hormati... Moga perkongsian julung kali ni mendapat keberkatan dan izinNya dalam meningkatkan prestasi akaun SPM2013...  Perkongsian bersama Kisas, SMAP Kajang, ASiS dan SSP... Memang best!
Satu kejutan buat cg di akhir sesi. Hanya Allah yang tahu perasaan cgu.. Betapa terharunya masa ni. Ya Allah aku bersyukur dengan setiap pemberian mu.. Terima kasih buat semua walaupun masih awal tapi cgu terima dan gembira. Terima kasih atas segalanya....
Moga perkongsian ini dapat diteruskan hingga tahun2 seterusnya...
Doa cgu semoga yang hadir berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.. Amin

PMR boleh dibilang dengan jari... Good Luck!

KENYATAAN AKHBAR: PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 201325 September 2013

KUD Karnival Putrajaya 2013

Penatnya... Baru je balik daripada Karnival KUD di Putrajaya Presint 2... Bersama cg Eliza. Menarik! Banyak sangat barangan yg x pernah cgu tahu rupanya ada. Sebenarnya memang terlalu ramai usahawan bumiputera kat negara kita ni. Bagus! Cg pun usahawan juga... 

Barangan makanan minuman banyak sangat sampai kenyang dibuatnya. Pertama kali mencuba benda2 yang baru..antaranya skyfruit. Terlupa lak nak tangkap gambar. 

Banyak sangat booth kraftangan daripada daun pokok getah ni. Ingat lagi masa kecil dulu mmg selalu tolong mak jual gubahan bunga daun getah ni. Cantik! Tapi rasanya sekarang ni kalau suruh buat memang cg dh x ingat. Kena belajar semula.. 
Ada satu lagi yg cgu nak share.. Booth pembekal mesin2 dan alatan utk buat kuih muih.. 

Mesin ice cream goyang. Nak beli je rasanya.. Letak kat koperasi lps tu jual rm1 2 btg... Mesti laku kan.. Ada tak sapa2 nak sponsor? Hihi
Cukup la kali ni... Nak bersedia untuk kelas akaun malam ni.. Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan kami. Berilah rezeki yg …

Selamat Hari Merdeka 2013

Baru balik dari sekolah. Sambutan menjelang ambang merdeka. Alhamdulillah kita masih di bumi yang indah, aman dan sentosa. 
Seronok rasanya tahun ni dengan semangat anak2 didik. 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56... Moga Allah sentiasa melindungi kita semua daripada bahaya dan gangguan-gangguan yang tidak diingini...

Good luck boys!!! ... Trial SPM 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Isnin ni 26hb dan 27hb Ogos 2013 dah percubaan spm prinsip perakaunan. 
Selamat maju jaya buat semua anak2 didik. Cg sentiasa doakan kejayaan! Pasti  A+ ye... 
Buat yg terbaik dan buktikan kepada diri sendiri!
Alhamdulillah dengan izinNya dapat gak buat kelas persediaan akhir sebelum trial. Cgu percaya walaupun sekejap pasti u all fokus dan dapat apa yg tlh disampaikan. 

Salam Ramadhan...

Salam kasih sayang...
Alhamdulillah hari ni dah selesai sehari kita berpuasa. Masih tak terlambat untuk cgu mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada tahun ni 2013.  Alhamdulillah juga sbb Allah masih memberikan peluang kepada kita menyambut ramadhan seterusnya. Moga ramadhan tahun ni memberi hidayah dan petunjuk serta segala amalan yg kita buat akan diterima olehNya. 
Buat suami tercinta hariss, anak2 hakim dan husna, mak siti, mak badariah, bapak, pak ariffin, adik beradik ; kak ros sekeluarga, kak mah sekeluarga, abg li sekeluarga, abg man sekeluarga, kakak sekeluarga, moh, nani, hamdi sekeluarga, lin sekeluarga dan boy. Tidak lupa makcik dan pakcik sedara dua2 pihak, guru2, rakan2 seperjuangan, anak2 didik dan semua pembaca blog cgu.. Cgu ucapkan selamat menyambut ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan. Doa cgu agar semuanya sihat sejahtera dan sentiasa berada di sisiNya. Semuanya kerana Dia. Moga tahun hadapan kita masih bersama lagi... Sayang selamanya.
Sekadar perkongsian perc…

Program Bicara Tokoh Bersama YBhg Dato' Abdul Raof Bin Hussin

"SAS terunggul bertaraf dunia"


Cabaran demi cabaran yang pasti akan ditempuhi...  "Ya Allah, aku yakin sekiranya Kau izinkan ianya berlaku pasti akan berlaku. Buat suamiku izinkan dan restuilah utk aku menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga buat anak2 mama Hakim dan Husna. Percayalah ke mana pun mama pergi, mama sentiasa ingat dan doakan anak2 mama berjaya apa jua yg anak2 mama impikan. Ya Allah, seandainya aku tidak layak utk menjalankan tanggungjawab ini, Kau tunjukkanlah jalan seterusnya utk aku terus jalani kehidupan seterusnya. Seandainya aku layak, Kau kuatkan lah semangat, minda, fizikal dan mental aku untuk harungi cabaran demi cabaran yang akan aku harungi. Tingkatkan kesabaranku.  Kini, aku pasrah padaMu ya Allah untuk aku sentiasa bersedia hadapi segalanya bagi melahirkan insan yang akan berguna kepada agama bangsa dan negara. Hanya Kau yang tahu nawaitu ku ini. Amin"




Terima Kasih Cikgu ...

Best pulak dengar lagu Najwa Latiff bersama Upin Ipin ni ... rasa lak dihargai ...  Love!!!
sapa tak tengok lagi ... jom klik ... :)



SELAMAT HARI GURU 2013

Salam kasih sayang...Hari ni 16 Mei 2013.. Hari Guru kan... Kesempatan ni cg nak ucapkan kepada semua cgu2 yg pernah mengajar cgu di .. 1. SK Bukit Badong 2. SRA Bukit Badong 3. SAM Jeram 4. SM Seri Tanjung, Kuala Selangor 5. MRSM Jasin 6. Kolej MARA Kuala Nerang 7. UUM 8. MPKB
Terima kasih atas tunjuk ajar dan sentiasa memberi bimbingan hebat utk saya jalani kehidupan hingga ke saat ni dan seterusnya. Tanpa kalian guru2ku siapa saya.. Love!
Buat mak n bapak juga guru pertama cg yg mengajar segalanya.. Terima kasih mak. Terima kasih bapak. Sayang mak bapak..
Terima kasih buat mentor2 cgu ... Prof Dr Ibrahim Ahmad, Datin Ira, Dr Azizan, Cg Eddy, Cg Nasir, Ticer Sazlina atas ilmu kehidupan dunia akhirat. Love!
Dan tak lupa buat semua rakan2 seperjuangan yg pernah bersama2 mendidik SBPI Rawang, Sekolah Sultan Alam Shah ... Selamat Hari Guru.. Moga tahun ni lebih mematangkan kita menghadapi cabaran setiap hari demi kejayaan anak2 didik kita... Tiada yg terindah selain melihat anak2 kita berjaya dunia…

Hari Mengundi

Alhamdulillah dh selesai tanggungjawab hari ini... Moga apa yang berlaku selepas ini akan lebih diberkati... Parti mana pun yg menang cgu harap dapat laksanakan tanggungjawab yg diamanahkan dgn baik.



CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH

Salam kasih sayang, Penat hari ni tetapi seronok. Syukur alhamdulillah SAS Johan cabaran interaktif pengguna kelab pengguna sekolah 2013... dan akan mewakili WP PUTRAJAYA ke peringkat kebangsaan... Byk info pengguna yg cgu dpt hari ni semasa ceramah kepenggunaan kpd guru2 td... antaranya x tau pun selama ni tepung cap lili, minyak masak avene yg G subsidi. Mgkn x perasan di mn2 pasaraya. Dan byk lg... ada ms nant cgu share lg info pengguna ye. Nk bersiap2 utk menyiapkan bahan2 utk esok... nk bersama2 ank2 akaun putrajaya di Masjid Putra... kita jumpa esok ye...

Pencapaian ku ...

Salam Kasih Sayang...
kali ni cgu nak abadikan pencapaian sepanjang mengajar Prinsip Akaun... nak share sekurang2nya bl membantu cgu mendapatkan data bila cgu nak...
kali ni gak cgu nak share bila cgu mula mengajar ...  2002 di SMK Pasir Puteh Kelantan... praktikal 6 bulan ... pengalaman yg sangat berharga semasa mengajar di negeri Kelantan... cgu mengajar Matematik dan Pengajian Am tingkatan 6 rendah ...best!!! ikut hati mmg nak mengajar di Kelantan.. ada keistimewaannya... :)
2003 cgu mula mengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) ... masa ni cgu tak mengajar Prinsip Akaun lagi tetapi mengajar Matematik ... Ketua Panitia lagi masa ni .. sekolah baru ... semuanya kita yng corakkan... dah masa tu xde lagi yg bolh jadi ketua panitia jadi cgu terpilih... termangu2 gak pada awalnya... dapat pengalaman baru...
Januari 2004 cgu berpindah ke Sekolah Alam Shah Putrajaya... kerana mengikut suami. waktu tu suami cgu sambung belajar di KLIUC dengan kerjasama UUM ... alhamdulill…

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ... 1 anjakan

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#i…

Sijil LCCI : SPM Principles of Accounting Double Certification

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru je beberapa hari yang lepas keputusan SPM 2012 sudah diumumkan. Lega rasanya penantian dah berakhir kan. kepada yang mendapat keputusan seperti yang diimpikan tahniah cgu ucapkan atas pencapaian cemerlang peribadi.. dan kepada yang tidak mendapat keputusan seperti yang diingini, teruskan perjuangan, perjalanan masih jauh. percaya dan yakin rezeki Allah akan bagi jika Dia nak bagi. mungkin bukan sekarang tetapi mungkin esok, lusa atau akan datang. yang penting sabar. :)
SIJIL LCCI ... khas untuk calon SPM 2012 yang mengambil Prinsip Perakaunan sahaja. lihat dalam slip mesti ada tertera di bawah slip LCCI : ??? ... keputusan sama ada 1,2,3,4,5,6... jika ada kod tertera maknanya layak lah tu dapat Sijil LCCI. 
cgu ingatkan Sijil LCCI ni kena mohon ... jadi buat anak2 didik cgu.. mohon sendiri Sijil LCCI ni ye. cgu takut tak berkesempatan untuk uruskan memandangkan ada tugasan2 lain yang perlu cgu buat. 
tahun ni lebih dimudahkan... boleh mohon secar…

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Esok 21hb Mac 2013, Khamis mulai 10 pagi dah boleh tau keputusan SPM buat calon2 SPM 2012. Mesti berdebar2 kan... buat anak2 didik cgu ingat pesan cgu apa yg dah cgu ajar dan sepatutnya buat sekarang ni hinggalah hari esok... 
Doa cgu semoga kalian semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang... Jumpa cgu esok ya...
Pastikan semua dapat Sijil Tugasan Projek Prinsip Perakaunan dan Borang LCCI... kalau blh anta terus ... senang sikit... or mohon sendiri...

nak cepat sebelum dapat slip boleh SMS je dulu...  boleh SMS ... 
SPM ke  15888
mulai 10 pagi hingga 27 Mac 2012

Terima kasih semua...

Salam kasih sayang... Alhamdulillah akhirnya cikgusila.com mencecah ke angka 2juta... banyak cabaran dan halangan dlm menghasilkan blog ni pada awalnya. Namun akhirnya tetap cgu teruskan apbl mendapat sokongan 100% drpd suami. Dgn izinnya juga sbb tu cgu berkongsi dlm blog ni...
Ini juga titik permulaan untuk cgu teruskan perjuangan cgu dlm mendidik anak2 yg ingin mempelajari ilmu ini... moga Allah izinkan niat cgu ini... Tak sabar rasanya nk kongsi lagi byk perkara kpd semua...
Tunggu post seterusnya ye... nk cepat ... like page fb cikgusila.com... jadilah follower cgu... klik sebelah tu je... ♥

Buku "I Love Akaun" ...

Salam Kasih Sayang...
Pertamanya nak bagitau yang buku cgu dah siap print... bestnyer... akhirnya matlamat dan impian nak kongsi dengan semua dah tercapai... yay! tq buat Cerdik Publications atas terbitan buku ni... 

ni la rupanya buku cgu... ok? ... :)

bukan 1 in 1, 2 in 1 tapi All in 1... segalanya telah cgu kongsi di sini... ada penerangan konsep yg mesti difahami... sebab cgu sangat percaya.. bila faham konsep mesti boleh faham akaun dengan baik... seterusnya keputusan pun baik ... ;)

Ciri-ciri eksklusif buku ni...

ada teks [menepati sukatan Prinsip Perakaunan ting 4 dan 5 SPM] contoh dan penyelesaian soalan dan jawapanpeta konsep .. mudah untuk lebih faham dengan jelasgrafik yang menarikpintar kalkulator .. soalan pendek nk uji pengiraan yg ada dlm topikingat!... kata kunci dan perkara2 yang mesti diingat dalam satu2 topikuji minda... soalan ringkas uji kefahaman pelajarteknik... ni yg best... blh dikatakan setiap topik ada teknik dan format serta formula yg tlh cgu ringkaskan bg muda…