Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

19 Disember 2012 Pengumuman Keputusan PMR 2012

Salam Kasih Sayang, agak mengambil masa lama untuk cgu update blog ni... dulu bila cuti sekolah je cgu rasa cgu la paling banyak masa untuk update dan buat macam2 di blog atau pun apa jua kerja2 cgu... tapi sekarang... agak sibuk dengan komitmen kerja2 yang perlu diselesaikan atas tanggungjawab dan amanah yang diterima... Alhamdulillah hari ni cgu bersyukur dengan izinNya dan rezeki yang diberi olehNya masih lagi cgu berpeluang untuk teruskan blog ini... pejam celik... esok dah keluar keputusan PMR 2012... berdebar gak jantung cgu ni... ini lah hati seorang guru... kalau keputusan keluar kekadang tu mengalahkan orang yang ambil peperiksaan tu... maknanya cgu sayangkan sangat anak2 murid nya tu... risau dan nak anak2 murid nya Berjaya 100% 8A.. cgu yakin anak2 murid yang belajar dengan cgu pasti keputusan PMR 2012 8A... senang je PMR kan... ;) oh ya! tak silap cgu boleh gak semak keputusan dengan cara lain iaitu... secara online... cuba kat sini http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

28 Nov 2012... Good Luck!!! Akaun SPM 2012...

Salam Kasih Sayang...
Hari yang dinanti dah tiba... alhamdulillah... masing2 dah tak sabar rasanya nak menjawab soalan akaun yang hanya lagi beberapa jam je kan... malam tadi sempat bersama2 dengan anak2 murid cgu... belajar di surau... nampak di wajah masing2 bersemangat untuk bertempur dengan satu lagi kertas yang terakhir. Sabar itu separuh daripada iman kan... 

buat anak2 murid cgu 5B 2012...  amirul asyraf, aufa, syahir, hadi, azhar, amir hisyam, akmal, azril, afiq, nazmi, izzuddin, aizat, nabil, isyazwan, luqman, amin, ilmam, azmin, syafiq, azizan, rashid, ridzuwan, arif, faisal, nadzmi, danial, afif dan izz...
cgu doakan kalian semua dapat menjawab soalan dengan baik... cgu halalkan dan redhakan segala ilmu yang diberi... gunakanlah hingga bila-bila... nasihat cgu jawab semua soalan yang dikemukakan dengan hati yang tenang... moga Allah memberi petunjuk kepada kalian semasa menjawab nanti...
Positifkan diri... kita dah berusaha yang termampu... selepas ini tawakkal dan ingat sentias…

Kelas Pecutan Akhir Akaun SPM 2012

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia...
Alhamdulillah masih lagi Allah memberi peluang kepada cgu untuk menjalani ibadah seterusnya... 
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca dan pengikut setia blog cgu ni... moga tahun ni kita dapat berhijrah dengan lebih sempurna kerana Dia... :)
Sekejap je masa berlalu kan... lagi 13 hari je SPM Prinsip Perakaunan kan... apapun nak tak nak tetap kena harungi bila dah tiba masanya...
Seperti tahun2 sebelumnya... atas permintaan... cgu akan buat kelas pecutan akhir akaun... ini je masa yang cgu ada dan boleh luangkan bersama mereka yang hendak belajar akaun dengan cgu..

Jadi sesiapa yang berminat tolong hubungi cgu secepat mungkin.
Tempat terhad.. cgu terima 20 orang pelajar je... sebab tempat tak mencukupi... 


Tak sabar rasanya nk kongsi ilmu dengan sesiapa saja yg nak belajar dengan cgu...
niat cgu cuma hanya nak membantu kepada sesiapa yang hendak dibantu... ;)

Good luck ... SPM 2012

Salam kasih syang, 

Sekejapnya msa berlalu kan. Esok dh mula SPM...



Kesempatan ni cgu ucapkan selamat maju jaya buat semua calon SPM 2012 terutama anak2 didik cgu... SAS JERKS 0812... moga semua dpt jawab soalan dgn baik tenang dan tepat...
Cgu maafkan semua salah silap... cgu dh halalkan dan redhakan segala ilmu yg diberi... ingat pesan cgu... jaga solat n ingat Dia sentiasa...

HARI GRADUASI PRA SEKOLAH SKPP11(3)

Jom tgk ... klik di sini.. 



Alhamdulillah selesai dh program hari... bersyukur gk sbb dpt meluangkn masa bersama anak2 ptg ni... Ikutkan hari ni mmg agk sibuk menyediakan kehendak audit kualiti.. apapun alhamdulillah audit pun selesai... Ilmu yg dipelajari dlm menangani mslh mmg betul dialami... tq dato' n dr...
Moga ini permulaan untuk adik meniti kejayaan dan kebahagiaan dunia n akhirat... mama sayang anak2 mama...

Happy Birthday CikguSila...

Salam kasih sayang...
29 Sept 2012 : Bengkel Transformasi Pendidikan... anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Pembentangan daripada pegawai Lembaga Peperiksaan... berkenaan Penilaian Berasaskan Sekolah... baru faham dengan jelas... Perubahan/Transformasi ke arah yang lebih positif. Cgu setuju dengan perubahan ni... tgu post cgu seterusnya berkaitan PBS ye... memang menarik! 29 Sept 2012 : Majlis Solat Hajat Perdana... bersama dengan program Kembara Amal SAS... 
30 Sept 2012 : Kenduri Perkahwinan... sibuk dengan kerja dan tanggungjawab yang diberi sampai terpaksa mengabaikan kenduri anak sedara... maaf kak ros tak dapat nak bantu sepenuhnya kali ni. apapun didoakan semoga fadhil dan annur bahagia dan gembira hingga akhir hayat... 
01 Okt 2012 : CRK.... nak rehat... alhamdulillah permohonan CRK diluluskan.. tak ingat langsung tarikh ni birthday cgu... seronok gak... yang penting dapat rehat... rehat daripada memikirkan hal sekolah... terima kasih diuca…

SOALAN PERCUBAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2012

Salam kasih sayang...
Alhamdulillah dah selesai kan peperiksaan percubaan SPM semua negeri... sekarang adalah masa untuk menjawab soalan-soalan percubaan setiap negeri... nasihat cgu buat lah soalan2 semua ni satu per satu... jangan sampai tertinggal... cgu yakin sangat kalau dapat jawab semua soalan trial pasti keputusan cemerlang yang kita akan dapat ... Pasti A+... nak kan?
kalau nak soalan-soalan trial akaun 2012 boleh dapatkan di laman web rakan alam maya cgu...

BLOG CIKGU NARZUKI
BLOG CIKGU KAIRUL
mata pelajaran add maths pun ada kalau nak ... g blog ni...
BLOG CIKGUJEP
n banyak blog cikgu2 lain yang boleh kita search dalam internet ni... google je la...
moga usaha kita kali ni berjaya kan... dapat buktikan kepada diri kita sendiri yang aku boleh berjaya dengan cemerlang... amin...

Teknik Menjawab SPM...

Salam Aidilfitri ... Salam Kasih Sayang...
Hari ni hari raya yang ketiga... alhamdulillah cgu masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini... hari ni tak g beraya pun... hubby cgu dah mula bekerja... kat rumah kemas2 n masak dgn anak2... selain berinternet.. hehe... 
cgu tak kongsikan lagi apa aktiviti yang cgu jalankan di minggu akhir ramadhan yang lepas... mmg tak sempat nak upload... macam2 perkara yang nak dibuat... ni pun ada gak keje tapi bila dah cuti mmg tak nak buat keje2 sekolah dah skang ni... rasa nak buat jadual baru kehidupan di hari cuti... ;)
Sekolah cgu dah selesai trial SPM 2012... 1 Ogos hingga 15 Ogos 2012 yang lepas... alhamdulillah menanda pun dah siap... biasa la ada yang meningkat dan ada yang menurun... tetapi kebanyakannya dah meningkat... nanti cgu upload soalan2 SBP di blog cgu ni... jd blh la buat... mana tau ada yang mengena semasa SPM sebenar nanti kan...
10 Ogos 2012... cgu dijemput untuk berkongsi ilmu dengan guru dan pelajar2 akaun di SMK (P) Sri Am…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... 2012

Salam kasih sayang... 
Alhamdulillah... hari ni hari terakhir kita semua umat Muhammad berpuasa. Sekejap rasanya kan. Esok dah hari raya... 
Kesempatan ni cgu ucapkan kepada semua peminat setia blog cgu dengan ucapan ...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ampun maaf dipinta atas segala-galanya... mudah2an selepas ini kita lebih diberkati dan dirahmati oleh Nya...

Jadual Waktu SPM 2012

Salam kasih sayang...
alhamdulillah hari ni dah 15 hari berpuasa. sekejap masa berlalu. cgu bersyukur setakat ni masih lagi diberi peluang untuk menjalani ibadah ni.. bersama dengan suami dan anak2 tercinta... 
Sepanjang dua minggu lepas banyaknya aktiviti yang dah cgu buat... cuma tak sempat je nak post dlm blog ni... tu la kekadang tu macam2 nak tulis tapi ada je kekangan yang menyebabkan terbantut untuk update blog ni... ;)
Sambil tunggu hubby cgu balik... baik cgu update blog ni...  banyak yg nak share ni...
Bengkel Teknik Menjawab di KISAS ... 28 Julai 2012
 alhamdulillah Allah izinkan cgu berkongsi dengan pelajar2 KISAS... sebuah sekolah yang menjadi idaman cgu satu ketika dulu... walaupun tak dapat nk belajar di situ akhirnya Allah beri juga peluang untuk cgu berbakti kepada KISAS... mudahan apa yang dikongsikan boleh diterima dan meningkatkan prestasi masing2... apapun pelajar KISAS memang best... setenang2nya hati ni sepanjang perkongsian... sejuk dan nyaman sekali... Doa cgu…

Ramadhan 1433

Salam Kasih Sayang...
Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Buhari, Kitab al-Iman no. 38 -
Hari ini hari pertama kita semua umat Muhammad saw menunaikan kewajiban berpuasa di bulan Ramadhan... Alhamdulillah cgu dapat melaksanakan nya setakat ni dengan jayanya... ;) Harapan cgu tahun ni dapat menjadi lebih cemerlang sebagai umat Muhammad saw... buat anak-anak mama Hariss Hakim dan Hamiza Husna... moga puasa tahun ni dapat PENUH 100%... A+... 
Buat semua pembaca setia blog cgu...  Selamat Berpuasa... moga tahun ni menggunakan masa yang ada peluang yang diberi dengan perkara2 kebaikan... jaga tingkah laku, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga pemikiran, jaga pendengaran, dan jaga semuanya... moga tahun ni adalah tahun terbaik daripada tahun sebelumnya...  makan kurma sentiasa... sedap... :)

Sambutan Isra' dan Mikraj SAS 2012

Salam kasih sayang...
hari ni sambutan isra' mikraj di sekolah... alhamdulillah Allah memberi peluang kepada cgu untuk menimba ilmu daripada Imam Muda kedua Ustaz Hassan Adli. Betul apa yang ustaz kongsikan tadi. memang Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Satu perkara benar2 berlaku dalam hidup cgu hari ini... 
Menitis air mata bila bercerita dengan hubby tadi... sambil menulis di blog ni pun sebak terasa. Selama ni ramai rakan2 guru bgtau dan dengar cerita orang sana sini. ikutkan hari ni sepatutnya cgu ke sekolah anak cgu untuk Karnival Prasekolah Peringkat WP Putrajaya. Husna masuk pertandingan mengeja bahasa inggeris. tetapi disebabkan sekolah cgu ada juga program kelas tambahan jadi cgu tak pergi sekolah husna. dalam hati memikirkan anak2 didik yang tak siap lagi kerja kursus. dah bulan julai tapi masih tak murnikan lagi... balik sekolah terus g ambil husna di sekolah. tapi masih tak keluar lagi masih di dewan. cgu terus ke dewan. sampai dewan tercari2 anak cgu...…

01 Julai 2012 : Kelas Konsep Asas Akaun

Salam kasih sayang...
baru je selesai makan tengahari bersama anak2... alhamdulillah... selesai program hari ni.. cgu buat kelas konsep akaun hari ni... semua stud tuisyen cgu datang kecuali 2 orang arham dan nazmi...  aura yang sangat cantik... seronok sepanjang melaksanakan kelas tadi... 


doa cgu semoga kalian semua memahami dan jelas selepas ni dalam menjawab soalan2 yang dikemukakan dalam prinsip perakaunan...  cgu dah kongsikan ada 3 perkara yang mesti pelajar pandai untuk mendapatkan akaun A+ iaitu...  konsepformula / formatteknik menjawab




cgu sangat percaya bila pelajar kuasai ketiga2 dalam mempelajari akaun pasti SPM A+.











Hari Akademik SAS 2012

Salam Kasih Sayang...
Alhamdulillah selesai dah hari akademik SAS tahun ni... cgu tidur lewat semalam untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum diselesaikan... persediaan untuk headcount pelajar pun ala kadar je... yang penting ada dan cgu tau dan kenal anak2 murid cgu...
tahun ni 18 orang semuanya yang dapat dan sempat berjumpa dengan cgu... cgu memulakan sesi pun lewat sebab cgu g hospital putrajaya dulu hantar bapak cgu medical check up... alhamdulillah selesai awal... kul 10 cgu dah ada kat sekolah semula...
tak sempat nak duduk lagi dah ada parent yang terus nak jumpa... alhamdulillah... semuanya dipermudahkan hari ni dengan baik... tiada yang membebankan... perkongsian antara guru dan ibu bapa serta pelajar... mudahan doa cgu anak2 murid yang berjaya jumpa cgu hari ni mengambil tidakan positif untuk terus bangun berusaha ke arah yang lebih cemerlang.... dalam diri cgu hanya sentiasa doakan anak2 murid cgu berjaya cemerlang mendapat A+ prinsip perakaunan SPM....
terima kasih …

Sekolah No 1 Guna Perkhidmatan Live Streaming

Salam Kasih Sayang...
Esok temasya sukan tahunan sekolah cgu. sekejap je masa berlalu. dah bulan Jun. kalau ikutkan dulu sukan tahunan mesti awal2 tahun. tapi sekarang ni mesti selepas cuti pertengahan tahun...
tahun ni agak berbeza berbanding tahun sebelum2nya... tahun ni boleh tengok acara yang akan dipertandingkan secara live... best nyer... ni la yang menjadi angan2 cgu utk live mengajar kepada sesapa yang nak belajar... ;) mana tau lepas ni On pula live bersama CikguSila kan... hehe...
apa lagi...
ops!! ... tunggu dulu... Esok 23 Jun 2012, 8.30 - 9.30 pagi... malam ni pun dah ada live... Jom tengok secara live di sini TEMASYA SUKAN TAHUNAN SAS 2012
nak lancar cgu galakkan guna google chrome..

Page FB cikgusila.com

salam kasih sayang...

dapat gak update blog ni. setelah beberapa hari menyepi...
pergi sekolah macam biasa... sepatutnya hari ni cikgu pergi ke Kidzania tapi tak dapat nak pergi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan... balik sekolah pun awal... sampai rumah makan ubat dan tidur...

tak tau nak buat apa... tengok blog banyaknye komen2 yang tak sepatutnya... Jadi cgu remove terus comment box yang ada dalam blog cgu ni... dah lama cgu nak remove tapi tak sempat lagi nak buat.. jadi mana2 sesapa yang nak bertanya atau nak komen apa2 email terus ke cgu ...

cikgusila@gmail.com atau komen di page facebook cgu (lebih mudah di page FB kan...)


FB setakat ni mmg cgu on9 sentiasa... nk komen biar lah komen yang membina... mana2 komen yang negatif mmg cgu akan remove terus... ;) ... apapun bg masa kpd cgu utk reply... kekadang tu sempat membaca semua komen tp nk reply masa tersebut mmg tak dapat... kl ada kesempatan masa tu mmg akan reply masa tu gak... ;)













08 Jun 2012 Seminar Topik Sukar

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah akhirnya dengan izinNya dapat cgu melaksanakan Seminar Topik Sukar anjuran Pusat Tuisyen Persada Pintar di Presint 15, Putrajaya. Masa yang diberikan 3 jam... tu pun cgu rasa ramai pelajar yang dah mula nak termuntah n etc...maklumlah topik sukar yang dibincangkan...

buat semua peserta seminar siang tadi doa cgu semua akan cemerlang dan dapat A+ akaun SPM 2012...

jumpa lagi di seminar seterusnya... yang akan dilaksanakan bulan Julai hingga bermulanya SPM.... sentiasa berkunjung ke blog cgu... semua jadual cgu akan letak kan dalam blog ni...






Hari Guru...Hadiah?.. Kenaikan Pangkat?

Salam Kasih Sayang...
Alhamdulillah... hari ni seperti tahun sebelumnya... hari guru disambut dengan ala kadar je... banyak ucapan yang diterima daripada anak murid... bekas2 anak murid... rakan2 dan sedara mara... terima kasih cgu ucapkan di atas semua ucapan yang disampaikan... Hadiah? ada gak dapat... tak sebanyak cgu sekolah rendah rasanya... lebih banyak dapat... biasa la... bila semakin besar hadiah semakin kurang... bagi cgu sekadar ucapan dah memadai... 
pagi2 anak mama sorang ni dah call ... sapa lagi kl bukan Mozack... ingat mama sorang ni kan... <3 ... terima kasih... moga ank mama sorang ni berjaya capai apa yang diimpikan... selalu doa dapat bw mama g Spain... ;)
Ucapan Menteri Pelajaran berkenaan dengan kenaikan pangkat... hati berbunga2 pada awalnya... mungkin nama ada dalam senarai... bila semak... ni jawapannya...

nak kata sedih... memang sedih tapi bila fikirkan semula ... lagipun cgu ada cuti tanpa gaji 4 bulan tahun 2007... masih lambat lagi nak dapat... terperasan …

Selamat Pengantin Baru ... Shameera & Naim

Salam Kasih Sayang...
Alhamdulillah ... selesai dah satu projek untuk tahun ni 2012... rasa sekejap sangat masa berlalu... pejam celik dah bulan Mei... macam2 dah berlaku... apapun cgu rasa bersyukur akhirnya semuanya yang dirancang berakhir dengan jayanya... kepada makcik sedara ku Cik Mah & Pakcik Tapa, tahniah dah dapat menantu yang pertama... dan buat pengantin nya... shameera dan naim, selamat pengantin baru... semoga bahagia dan gembira dunia dan akhirat... ;)
Ila dan Naim... shameera ni sepupu hubby... kira rapat la juga dengan kami sekeluarga... cgu pun dah anggap macam adik sendiri... :)
cgu bersama dengan keluarga mertua... bahagianya rasa dapat kumpul semuanya... sorang je tak de... adik ipar yang bongsu... adik ipar sorang lagi pun xde... hubby yang amb gambar... 
Terima kasih tak terhingga buat cik mah dan pakcik tapa kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada cgu untuk buat barang2 hantaran perkahwinan... wow! dah lama gak tak buat sebenarnya... tapi tak pe la... belu…

Sayang anak2 mama...

Salam Kasih Sayang...

Hari ni keje seperti biasa... memandangkan minggu peperiksaan di sekolah... petang ni takde la cgu balik lambat... 2.30 pm terus balik rumah... macam biasa hubby cgu yang datang ambil di sekolah... ;)

dalam kereta terkejut bila tengok markah yg adik dapat... tak sangka 100%... BM dan BI... Matematik adik cakap 97% tapi kertas jawapan tak dapat lg... alhamdulilllah... mama memang yakin dengan setiap kelebihan anak2 mama... buat yg terbaik dan sentiasa positif dalam apa jua tindakan yang hendak dilakukan... adik memang kerap buat apa yg mama suruh... cuma adik ni ada satu sikap yang kalau dia nak dia akan nak dapatkan juga... ikut perangai sapa ye... mama kot... ;)... tak kisah lah ... asalkan Allah sentiasa lindungi anak2 mama daripada segala kejahatan... Mama selalu doakan anak2 mama cemerlang dalam semua aspek... ;)


keputusan abang lak tak dapat nak dinilai lagi... PBS... no more exam... apapun mama yakin anak mama sentiasa mengikut arahan daripada cgu2 yang men…

Selamat Hari Ibu...

Salam Kasih Sayang...


Hari Ibu disambut setiap tahun... tahun ni mmg terharu dengan persediaan anak2 mama... terkejut dengan pemberian hakim dan husna... macam berpakat dua beradik ni... apapun mama bersyukur ada anak2 seperti hakim dan husna... mama sayang hakim... mama sayang husna... n mama sayang daddy...


 kad abang yang buat... love tu adik yg bagi...
bila tanya adik dapat kat mana? adik beli kat book shop... pandainya anak mama... <3
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu di atas segala pemberian yg telah Kau berikan kepada ku... moga Kau kuatkan semangat ku dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan yang Kau berikan kepadaku dalam mendidik anak-anakku menjadi seorang hambaMu yang sentiasa mengingati diriMu... amin
Tak lupa juga buat kedua2 ibu tersayang ...  Mak Ku ...Sitinah Mamom dan Ibu Mertua ku Badariah Abu Bakar...  Ketahuilah... diri ini amat menyayangi kalian berdua... tanpamu siapa la aku...  Ya Allah, berila kesihatan dan kesejahteraan yang baik kepada ibu2 ku sentiasa...  Selamat…

Tetamu-tetamu hebat di SAS hari ni...

Salam Kasih Sayang...
Hari yang agak sibuk sangat hari ni... tetapi... sebenarnya memang dah selalu sibuk kat sekolah... mungkin disebabkan hari ni kehadiran Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed... sempena Minggu Sains dan Matematik... ramailah orang datang termasuklah jemputan kepada sekolah2 berdekatan di Putrajaya dan Selangor... Terpegun dengan sikapnya. memang baik dan nampak betapa bersihnya di wajahnya... cerdik pandai... moga adalah student cgu yang ambik aura kejayaan Dr Faiz ni... jadi inspirasi... belajar bersungguh2... mana tau ... ada angkasawan datangnya daripada SAS kan... 
Kenali lebih dekat  dengan Dr Faiz . Klik je... Mejar Dr Faiz Khaleed

tu yang pertama... kehadiran Dr Faiz...  kedua... lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Daerah Rembau... dapatlah mereka jumpa Dr Faiz sekali... seronok sangat... murid2 Darjah 6... blh jd sumber inspirasi... cgu, cgu eliza, cgu azmi dan cgu asmadira yang membawa rombongan lawatan ni... nak kata penat tak juga sbb dah buang negatif ja…

JOM DATANG HARI USAHAWAN MUDA SAS

Salam kasih sayang,
Alhamdulillah tahun ni 2012 SAS berjaya merancang untuk adakan Hari Usahawan Muda... tahun lepas tidak dapat dilaksanakan atas sebab beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. lagi beberapa hari je lagi nk menjelang nya Hari Usahawan Muda ni... 
Bila ye?   SABTU ni... 28 APRIL 2012 ...  8.00 pagi hingga 4.30 petang... tempat? mana lagi mesti lah di SAS Putrajaya...
Jom pakat ramai2 kita pergi ke SAS Sabtu ni... penuhi ruang yang ada tanda sokongan usahawan2 muda yang baru ...  Banyak gerai jualan makanan, permainan dan macam2 lagi... menarik sangat... Jom datang!!!








BENGKEL GENGGAM PENYATA : SIRI 1 2012

Salam kasih sayang,


"ya allah! Kau berikanlah kejayaan kepada kami semua dalam mendidik anak2 kami dalam mempelajari ilmu perakaunan yang sebenar"
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cgu melaksanakan program akademik seterusnya iaitu Bengkel Genggam Penyata Siri 1 2012. Dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, ketua bidang teknik dan vokasional, Pn Jamaliah Bahagian Akademik Teknik dan Vokasional PPWPP, rakan2 guru Prinsip Perakaunan Putrajaya... Kak Nor, Kak Midah, Kak Masturah, Kak Mas, Kak Laily, Fiza, Syella dan Pn Thalsiah... sentiasa di sisi cgu yang memberi dorongan dan semangat untuk terus cgu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh... cgu selalu ingat apa yang Prof Dr Muhaya cakap...

 "gembira melihat pelajar2 boleh berbincang di dalam kumpulan masing2 yang diberi secara random mengikut sekolah yang berbeza"
"semoga kejayaan ini milik kami semua"

‎"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita k…