Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,
Hari ni seharian cgu berada di SMKPP9(1) mengendalikan satu program kecemerlangan bersama2 dengan calon SPM Prinsip Perakaunan 2011. Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan. Rasa puas. Terima kasih kepada pihak PPWPP Pn Jamaliah Yaakob yang banyak memberi sokongan sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Rakan-rakan guru ; kak nor, kak midah, kak laili, kak ton, syela, fiza, fazila, wani, amira yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program ini. Program dibahagikan kepada 3 perkara.. kira 3 in 1 la ni... Seminar LCCI oleh Ms Vicky Wong n En Hisham, Ceramah Cemerlang Penyata Kewangan oleh Cikgu Sila dan Bengkel Genggam Penyata dikendalikan bersama dengan Fasilitator terpilih.. banyak juga input pelajar hari ini. Harapan pelajar-pelajar mengambil peluang yang diberi ini dengan positif dan digunakan dalam meningkatkan prestasi masing2 dalam Prinsip Perakaunan... ;) .. kehadiran pun memuaskan.
Gambar-g…

PERKAMPUNGAN ILMU : 30 MEI 2011

Salam Kasih Sayang, Alhamdulillah program kecemerlangan seterusnya dapat dilaksanakan pada 30 Mei 2011 (Isnin)... Kemahiran Hidup Tingkatan 3 di Auditorium 11.00 hg 1.00 ...  Penceramah daripada KPDNKK En Zul Al Rashid membincangkan bab Kepenggunaan... 
 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 :  di Bilik Tutorial... masa 8.30 hg 10.30 mlm... Kehadiran : 42/51... pelajar yg tidak hadir terlibat dengan program sekolah di Singapura dll.. Pengisian ilmu membincangkan Bab akhir iaitu Maklumat untuk Membuat Keputusan... Pengiraan dan Tafsiran Nisbah... seterusnya membincangkan Kerja Kursus Tingkatan 5 SPM...

Hakim Berkhatan... 01 Jun 2011

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni anak cgu yg sulung Hakim 7 tahun dah selamat berkhatan. tertunai dah janji selepas beberapa bulan asyik nak sunat je... pengalaman pertama cgu menjaga anak berkhatan... kelakar pun ada... takut pun ada... ;)

Terima kasih kepada Dr Sahril... Klinik Sahril di Balakong... sepanjang di klinik memang cgu seorang yg temankan anak cgu berkhatan... daddy hakim mmg tak berani.. tgk darah mesti pengsan... apa nak buat... alhamdulillah cgu ni ok je.. maklum lah pengalaman 'operation' beberapa kali menyebabkan cgu berani tengok semasa prosedur berkhatan dilaksanakan...

sepanjang prosedur dilaksanakan asyik nak tergelak je tgk gelagat Hakim... memang anak mama... berani... Dr pun cakap hakim berani... dah la badan besar... tak macam Darjah 1... ;)... hakim berani tanya dr... macam2 dia tanya... yang itu lah yang ini lah... tak menangis pun... guna Laser... memang nampak senang je... darah terus kering... kira ok la tu.. masa jahit pun dia ok lagi…