Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

AFF SUZUKI CUP 2010

Salam Kasih Sayang,

Dah berlalu seharian kita meraikan kejayaan Malaysia di Semi final AFF Suzuki Cup 2010... tak pernah2 Malaysia menang alhamdulillah tahun ni kejayaan di pihak kita... cgu pun baru bangun daripada keletihan... macam la kita yg main bola... hahaha...

Terima kasih bebanyak la kat Suzuki... sebab dia yg bagi tiket free... tu pun sbb konvoi keta swift... guna gak cgu beli swift... kereta idaman... berjaya gak cgu milikinya... ;)

 ermmm... cantik kan...
pertama kali ni tangkap gambar dgn keta sendiri... ;) rasa bangga akhirnya cita2 tercapai...  penat lelah keje... yeye

SPM Prinsip Perakaunan 2010

Salam Kasih Sayang,
Ya Allah Ya Rasulullullah...  aku mohon kepadaMu agar Kau lembutkan dan tenangkan hati pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak2 didik ku...
ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, firdaus maswan, alim, muzakkir, syed, hariz, afiz, hazim, nabil, farhan, fazzmal, lokman, izzudin, ahmad  nor izudin, 
muzammil, amirul amin, ai'zuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulhelmi, azzam, amirul haziq, umair, aizat,hannan, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, syahir, haziq, edika, azim, iqmal, asil, hairil, akif, azhan, syafiq aiman, 
ezmir syafiq, maisarah,amira, seha, aizat, ravi, hamzah, amir, rizwan, faisal dan hakim...
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Prinsip Perakaunan A+...
Amin.


alhamdulillah .... selesai dah tahun ni.. tahun depan dengan strategi yang baru.. Boleh tahan juga soalan tahun ni..
KERTAS 1 : "senang sangat".. r…

Salam Awal Muharram 1432H

Salam Kasih Sayang... Salam Awal Muharram...
Wow!!! indahnya hari ini...sambut tahun baru... seronoknya.. gembira hati tak terkata apa yg berlaku hari ni merupakan titik tolak permulaan.. azam dan semangat baru. terima kasih kepada semua esp hariss, mkbpk, ank2 mama, fara, emylia .  tidak lupa Dato' yang banyak membantu.. memberikan ilmu yang sungguh bermakna dalam diri cgu.. Terima Kasih.. syukur alhamdulillah... ;)
09 Disember 2010 ... SPM Prinsip Perakaunan... tinggal sehari je lagi nak periksa kan.. dekat sangat tu.. kepada semua anak didik cgu.. Kuatkan semangat... habis Biologi terus pulun Akaun.. percaya dan yakin 100%.. Set minda POSITIF!!! A+ 3x.. WOW!!SENANGNYA!!! ingat tu..belajar di akhir2 banyak membantu kejayaan yang cemerlang dengan syarat FOKUS!!! Cgu yakin 100% semua pelajar cgu BOLEH! Amin..
Buat semua anak didik cikgu, ehsan, zakwan, salleh, irfan, ainul, taufik, faridzuan, iqbal, faeeq, firdaus m.nor, yazid, rafid, amir aiman, hafiz, fuad, zulhaqim, wafie, azri, fi…

Domain Giveaway dari yanmieonline.com dan Ihosterz.com

Salam Kasih Sayang..Blogwalking petang ni banyak yang cgu telah pelajari dalam dunia blogging.. satu blog yg plg cgu suka ni la yg tgh cgu nak join contest yg dia buat.. yanmieonline.com.. cuba tgk blog ni.. memang best.. sejuk je mata memandang tgk dan baca blog dia.. Memang best.. i follow.. ;)


kali ni yanmieonline.com dan lhosterz.com menganjurkan contest domain diveaway.. menarik.. mana la tau rezeki cgu ada kat sini.. tak cuba tak tau.. yg ptg positif kan..Jom join sama2.. rezeki masing2.. dari dok tgk internet ni buat n tgk yg bukan2.. jom join ni.. ada faedahnya..
hadiah menarik.. sapa nak bagi free2 cam ni kan.. yg ptg kita usaha.. 5 pemenang : 3 pemenang akan dipilih menggunakan Random.org dan 2 pemenang lagi berdasarkan entri yang paling kreatif.. yg ni yanmie pilih sendiri.. dia kata tak pilih kasih.. so kita blh doa byk2 biar hati dia lembut pilih kita kan.. amin.. ;)Tarikh penyertaan bermula 24/11/2010 hingga 20/12/2010.. ada masa lagi ni..CEPAT!!!"SPONSER"Yanmieo…

132,707 ... TERIMA KASIH SEMUA ...

Salam Kasih Sayang,
 Hari ni cgu menggunakan "Housemaid Management Service" untuk membersihkan rumah cgu.. alhamdulillah semua nya dah kemas seperti sedia kala.. Hati pun gembira... rasa bahagia.. boleh la buat kerja yang tertangguh dengan tenang... sebab sedap mata memandang senang nak berfikir..(tu falsafah cgu..hehehe).. Sesapa berminat nak guna perkhidmatan ni blh je.. Call je Izwan (0122596759) atau Siti (0122439789)...area putrajaya... ;)
Buat pertama kalinya, hari ni cgu menatap komputer setelah sekian lama tengok sekejap2.. (maklumlah hati senang rumah cantik).. ;)... hari ni cgu ada masa untuk melihat segala apa yang cgu upload selama ini membantu atau tidak kepada semua yang memerlukannya.
WOW!!! Satu kejutan juga... setakat ni detik ini 132,707 yg dah download bahan2 cgu .. bagi cgu dah cukup ramai tu.. sebab students akaun cgu je tak sampai 500 lagi.. tu nak ucap kan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan selama ni.. daripada  cikgusila.blogspot.c…

TIPS PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010

Salam Kasih Sayang,
Dah selesai dua paper / 1 subjek hari ni.. ermm.. alhamdulillah..
Ramai yang sms.. email.. call cgu tanya tips akaun ada tak utk SPM ni.. cgu memang tak tau soalan apa keluar pada tahun ini.. tetapi apa yang boleh dibuat untuk persediaan cgu boleh kongsi dengan semua pelajar...
Kertas 1 : Nasihat cgu .. kuasai setiap teori dalam setiap topik dengan baik.. konsep dan prinsip faham dengan jelas. semua bab Tingkatan 4 dan 5.. baca dan faham dengan jelas dan tepat..
Kertas 2 : Kalau nak dapat A+ ... kuasai keseluruhan topik dgn baik.. sebab kita tak tahu apa soalan yang akan keluar.. apa jua soalan yg keluar kita dapat jawab dgn baik jika kita kuasai dengan baik... cuma di sini cikgu nak kongsi berdasarkan kepada soalan percubaan yang cgu terima sebanyak 18 set.. apa yg blh disimpulkan adalah seperti berikut :
Analisis tajuk yang keluar dalam trial SPM 2010 adalah seperti berikut : Download la kalau nak tgk.. Klik di sini Soalan 1 : Dokumen sumber ; kuasai dengan baik perniagaa…

GOOD LUCK SPM 2010!!!

Salam Kasih Sayang,






Lagi beberapa jam je semua pelajar2 cgu akan menduduki peperiksaan awam SPM untuk tahun ni 2010.. Cgu rasa semua dah bertungkus lumus utk menghadapi hari esok dan seterusnya.


Kepada anak-anak murid yang cikgu ajar ;
5B "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan"5C "muzammil, amirul amin, aizuddin, hakim, raqib, anuar, zamri, zulh, azzam,amirul haziq, aizat, hannan, umair, azfar, ahmad, ikram, farid, azri aizat, shahir, haziq, edika, azim, azhan, iqmal, hairil, asil, syafiiq dan akif"  amira, seha, syafiq, maisarah, aizat, ravi, hamzah, amir, faisal dan haikaldan semua kepada pelajar2 SAS khususnya serta semua pelajar 1Malaysia yang akan mengambil SPM mulai esok hari... cikgu halalkan segala ilmu yang diberi... cikgu ampunkan sega…

www.cikgusila.com

Salam Kasih Sayang,
alhamdulillah tercapai gak cita2 cikgu nak guna domain sendiri.. ;) gembira tak terkata.. cikgusila.blogspot.com tetap ada cuma bertukar domain ke cikgusila.com je..
Buat rakan-rakan guru, pelajar2 dan sesiapa sahaja terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini.. Moga semua mendapat keberkatan dari Nya..


Belajar Buat Blog Wordpress

Salam Kasih Sayang,

Hari ni cgu belajar buat blog Wordpress bersama twin cgu... cgu Azie.. best sangat.. kelakar pun ada.. walaupun cgu dh ada blog sendiri tapi tak sama dgn blogspot.. hehehe

akhirnya apa yg dicari dapat gak.. rasanya sekarang ni dah pandai tinggal nak memurnikan je... ;)

anak2 didik cgu.. homework masih dalam proses.. cgu sibuk sangat ni.. nak fokus dulu dengan pengurusan panitia untuk 2011.. lepas tu SPM lak... kelas tambahan untuk form 5.. apapun dalam masa yang sama cgu cuba upload homework...

Selamat Bercuti... tengok2 blog cgu selalu... ;)

Program Bersama Pelajar Tingkatan 5 2010

Salam Kasih Sayang...

alhamdulillah hari ni dapat juga akhirnya cgu luangkan masa bersama2 dengan pelajar2 tingkatan 5.. gerak hati kuat sangat tahun ni untuk mengikuti program ni.. Bacaan Yasin, solat taubat, solat hajat... sungguh tersentuh. imam tuan pengetua sendiri Tn Hj Mohamad Kamaludin Bin Taib... pertama kali dalam hidup cgu berimamkan majikan sendiri... ;) syukur alhamdulillah... memang idola cgu.. tokoh yg sentiasa akan cgu ingat sampai bila2.. pesanannya selalu Agama No. 1... memang itu yang perlu ada pada setiap insan yang bernama lelaki... ;)

dalam diri cgu, tak de fikir yang lain selain 3 perkara...

kejayaan 100% A+ Prinsip Perakaunan ... seiringan dengan 100% straight A+ SPM 2010... doa cgu moga "hariz, afiz, nabil, hazim, farhan, firdaus maswan, alim, syed, muzakkir, fazzmal, logman, izuddin, izudin zahir, hafiz, amir aiman, rafid, yazid, firdaus, azri, wafie, zulhaqim, aliff fuad, faeeq, iqbal, faridzuan, taufik, ainul, irfan, salleh, zakwan , ehsan, muzammil, am…

1Blog 1Panitia...

Salam Kasih Sayang,

alhamdulillah akhirnya berjaya gak mengadakan Bengkel Membina Blog bagi setiap panitia. Terima kasih kepada puan masariah selaku penyelaras program, cikgu jep tenaga pengajar.. cgu hanya membantu sebagai fasilitator tunjuk mana yang cgu tau je.. seronok sangat dapat membantu semua rakan2 dalam membina blog.. macam2 ragam... tapi satu perkara mengajar orang yang sebaya dan lebih tua dan guru pulak tu memang mudah.. dengar kata.. walaupun banyak karenah.. hehehe... inovasi terkini daripada guru2 SAS ke arah pengajaran dan pembelajaran ICT, Sekolah Berprestasi Tinggi..

selama ni ramai yang tanya cgu untuk subjek selain akaun ada tak... nah... tahun 2011 tidak menjadi masalah lagi kerana semua pelajar dapat mempelajari dan mendapatkan ilmu yang hendak dipelajari di blog panitia SAS.

cgu akan senaraikan semua blog rakan2 cgu untuk semua pembaca blog cgu.. (semua mata pelajaran yang di ajar di sekolah cgu).. sekarang ni memang blog yang dibina masih dalam proses pembina…

Majlis Graduasi PraSekolah SK Putrajaya Presint 16(2)

Salam Kasih Sayang,

tak sempat cgu nak chitchat dlm blog cgu ni.. ikutkan semalam macam2 nak cgu cerita.. tapi tak pe la cerita tu cgu bw ke hari ini kan..

baru balik kerja.. memang penat.. tapi dalam hati ni memberontak nak gak kongsi cerita dengan semua pembaca2 blog cgu ni.. hari ni cgu menghadiri Majlis Graduasi anak cgu yang sulung Hariss Hakim.. pejam celik dah besar dah anak cgu.. tahun depan dah sekolah Darjah 1.. ada persembahan pelajar.. berbakat gak anak mama rupanya.. (macam mamanya gak.. ;) ... )


Persembahan pertama pelajar2 Pra Sekolah SK Putrajaya Presint 16(2)
Bila tengok pencapaian akademik hakim... alhamdulillah .. Baik dan Memuaskan.. pandai anak mama.. ;)

semasa menerima anugerah..



 anak mama...
 bersama mus'ab n teacher zaleha...


gembiranya anak mama...

mus'ab...  pakcik hakim ni... sebaya.. kawan baik dan kawan gaduh gak.. kelakar tgk diorang ni kalau gaduh... hehehe

Anim, Fara dan Sila

Salam...

sementara menunggu utk hadiri 'workshop' ... update blog ok gak.. ikutkan memang kerja menimbun nak kena siapkan sebelum cuti akhir tahun. hari ni dan esok cgu nak rehatkan diri dan minda... mempelajari satu ilmu yang akan bantu untuk jalani kehidupan seterusnya. rehat sat utk fikir tentang kerja...

pagi tadi sempat jumpa kawan lama yang dah sepuluh tahun tak jumpa. sembang2 di Taman Warisan Putrajaya. ok gak. lama tak pergi ke situ. tak berubah betul Anim ni.. jumpa dgn fara sekali. ingat masa belajar di U dulu.. lama sungguh masa berlalu..

apa yg best tentang kawan cgu ni.. berjaya akhirnya dia jadi Akauntan Negara.. ada CA (chartered accountant).. bestnyer kan. cgu tak dapat2 lagi sampai sekarang.. kawan sorang lagi kt Shell. Syarikat yang ternama gak tu. tu la bila berkumpul, masing2 dengan cerita masing2. byk suka daripada duka. ;)


kira ok la lepas ni adalah tempat rujukan cgu jika cgu ada masalah2 untuk dapatkan perkembangan terbaru dalam bidang perakaunan ni..

Kejohanan Mendayung Piala DYMM Sultan Selangor 2010

Salam...

alhamdulillah dah selesai Program ni... berjaya jua akhirnya... "Sultan gembira".. itulah yang disampaikan oleh pegawai bahagian protokol istana Selangor.. lega rasanya... masing2 semua gembira bila dah selesai.. kalau rekod video masa tu.. memang best...  selesai satu program... next program menanti... macam2 sebelum cuti akhir tahun ni... apapun cikgu pentingkan dulu anak2 didik cikgu yang dah nak periksa SPM lagi beberapa hari je lagi...

tugas LO memang mencabar... pengalaman pertama macam tak percaya... ada byk kelemahan... apapun dah selesai...

lama gak cikgu tak update blog ni.. memang sibuk dengan kelas pagi petang siang malam... selagi SPM tak berakhir selagi tu la cikgu akan bantu sedaya upaya setakat apa yang cikgu mampu...

Gambar-gambar semasa Kejohanan Mendayung...




Siapa LO? & Tugas

Siapa LO? & Tugas oleh Pn Masariah Mispari Sekolah Sultan Alam Shah 22 Oktober 2010 11.50am
Definisi Pegawai Perhubungan (LO) seseorang yang bertanggungjawab untuk mengiringi dan melayan tetaku bermula ketibaan hingga selesai. tugas hakiki 1. mengiringi tetamu jemputan skop lawatan : mula hingga blik skop program : rasmi dan peribadi skop masa : everytime & fulltime
2. menolong, membantu & memastikan bagasi : beg, barang2 protokol : karpet kenderaan : penginapan keselamatan
3. menjadi DUTA organisasi utamakan hubungan  utamakan diplomasi & layanan promosikan organisasi : sekolah dan semua perkara promosi kepentingan bersama

4. menyediakan / mendapatkan maklumat program nama program, masa, tempat etika berpakaian kedudukan protokol - kanan ke depan selangkah peranan yang dimainkan penggilan hormat 'salutation' maklumat tetamu lain/VIP
5 Membantu hal peribasi 1. Berpesonaliti menarik segak dan berpesonaliti berpakaian kemas & menarik berwatak ceria dan bersemangat berkeyakinan sentiasa cool &am…

SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

Salam...
Lama gak cgu tak update blog ni.. macam2 berlaku.. dugaan yang diberi untuk cgu tempuhi... apapun yang berlaku semuanya ada sebab.. ;)

Terima kasih tak terhingga kepada cgu narzuki kerana dapat mengumpulkan soalan2 trial SPM 2010.. kepada semua anak didik cgu boleh dapatkan koleksi soalan tu di sini... cgu yakin dengan menjawab semua soalan trial ni pelajar2 akan dapat satu panduan dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar..

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2010

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 1Malaysia,

lagi beberapa hari je nak hari raya... bg cgu macam tak raya.. banyak nya kerja yg perlu diselesaikan... key in markah.. semak kerja kursus f4.. ;) semuanya ok!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Husna @ DEMC

Salam...

Alhamdulillah hari ni (1/9/10) husna discaj.. tak sabar dia nak balik rumah... mamanya pun sama... selepas beberapa hari di sini (7am@29/8/10 hg 2pm@1/9/10)... seronok tgk dia dah beransur pulih... pagi tadi tiba2 dia mengadu sakit pada bahagian paru2 dia.. pemantauan selepas ni.. doktor kata itu kesan yg biasa kekadang berlaku pada pesakit2 athma... cgu rasa cgu pun biasa alaminya... orang besar je kekadang tak tahan.. inikan dia 4 yrs.. sian anak mama... mama tau husna strong macam mama.. :)
hari pertama husna di DEMC.. nampak macam tak sakit je.. tapi sebenarnya sebaliknya...
tdo anak mama...

selepas mengadu sakit... mama suruh rehat... ;)
kakak kecik datang melawat... nampak di wajahnya gembira ada orang datang melawat...
terima kasih di atas sokongan yang diberikan... tq nenek, wak ti, irdina, atok, mak ngah, pak cu, mak su, uncle anuar, auntie fara, abah, ibu dan nenek n atok daddy datang melawat husna di DEMC... seronok husna... apapun yang terjadi ada hikmahnya.. bersyukur…

Rebutlah Malam Lailatul Qadar

Salam...

sedar tak sedar nak hampir sebulan kita berpuasa kan... sekejap je rasanya... alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada cgu untuk teruskan kehidupan seharian cgu hingga saat ini... dugaan yang diberi memberikan satu kesedaran supaya kita ingat selalu dengan Dia... moga anak cgu.. Husna cepat sembuh..
sambil2 dok menjaga anak cgu di hospital.. ada kesempatan melihat blog2 pilihan cgu... salah satunya blog ustaz nor amin... post terbaru ustaz mengenai malam lailatul qadar... baca di sini...

Doa khusus di Malam Lailatul Qadar

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku."   Terdapat juga beberapa doa yang disarankan ol…

108146

Salam 1Malaysia...

cgu baru sahaja lepas selesai edit soalan yg baru dibina... tanpa sedar bila tengok blog dah sampai 100K rupanya pengunjung blog cgu... terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dari mula hingga ke saat ini... dan mudahan sokongan dan kerjasama ini berterusan hingga ke akhir hayat cgu...

memang kebelakangan ini cgu terlalu sibuk dengan tugasan kerja kursus tingkatan 4.. beberapa kelemahan dan kelebihan yang cgu dah kenalpasti sepanjang hampir 4 minggu ni mengendalikan kerja kursus bersama dengan pelajar2 cgu...belum termasuk yang makan hati dengan sikap pelajar2... huhu
apapun bagi cgu yg penting pelajar mesti siap kerja kursus ni pada atau sebelum 30 September 2010.. (kl tgk jadual seperti penambahan satu minggu sehingga minggu pertama oktober)...

Template Kosong Dokumen

Salam...

dah masuk minggu ketiga pelajar2 menyediakan Kerja Kursus... macam2 karenah pelajar... seronok membaca setiap urusniaga yg dibina oleh pelajar sendiri... ;)

minggu ni pelajar dikehendaki menyediakan dokumen pula... buku skrap cgu dah pulangkan semula boleh dijadikan rujukan..

template kosong ni cgu dapat semasa cgu kursus hari tu.. terima kasih di atas sumbangan daripada JU WPKL.. jadi di sini cgu kongsikan dengan semua yang memerlukannya...

dapatkan Template Kosong Dokumen di sini. KLIK SINI

Tafaqquh Fiddin

oleh Ustaz Ramli....
Puasa....
ayat 183 . .. difardhukan ke atas kamu puasa... 2 perkara berkait rapatallah wajibkan kita puasa... dalam puasa ada taqwaallah akan anugerahkan pahala kepada kita.. dengan nilai/perkara yg kita lakukan setiap hari sepanjang bulan puasa tidak seperti hari-hari yg lain. terpulang kepada ketaqwaan diri.puasa dengan penuh keimanan, keikhlasan dan ketaatan akan diampun dosa2 kecil. dosa2 besar diampunkan dengan bertaubatpuasa menahan nafsu syahwat... bulan puasa bulan latihan mendidik jiwa, nafsu kita untuk dibawa ke bulan2 yg lain.baca al-quran... sehari sehelai / semuka... buat yg terbaik...fajar qazib (sebelum subuh).. fajar as-sodiq (masuk waktu subuh)...tak perlu lafaz... niat.. ialah yg terdetik di hati.. yg penting ada niat.. ikut mazhab syafie - niat setiap malam.. mazhab maliki dan hambali niat sekali malam pertama nak puasa.didik anak berpuasa... "kl makan je batal puasa"orang yg tidak boleh berpuasa.. diganti dengan secupak beras setiap ha…

Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM 2011

Salam...
Dah beberapa hari cgu tak update blog.. erm terasa beza nya tahun ni.. dengan banyak cuti sakit dan kerja yg bertimbun2 masih tak selesai... moga dipermudahkan semua tu...
Soalan untuk kertas 3 masih tak de lagi.. masih menanti dengan penuh kesabaran... cgu memang nak tgu dulu soalan barulah fikirkan macam mana untuk membuatnya... apapun software untuk memudahkan pelajar membuatnya dalam pembikinan... moga projek ini berjaya... terima kasih kepada anak didik cgu... siddiq... yg sudi nak membantu mempermudahkan urusan pembelajaran ini... 
Sabar menanti....  Soalan Kertas 3 : Klik di sini.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL GURU-GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Salam...
hari ni menghadiri kursus... selepas Majlis Makan Nasi Ambeng... sedap.. lama dah tak makan.. rupa2nya abang nahar n kak ita pun ada.. nasi ambeng sekeluarga la ni.. ;)
MODUL KONSEP PENGINTEGRASIAN ICT DALAM P&P
Objektif : 1. Menerangkan konsep pengintegrasian ICT dalam P&P 2. Mengenalpasti model pengintegrasian ICT dalam P&P 3. Menghasilkan bahan P&P berasaskan web
Macam mana nak guna web... memang menarik..
1. Membaca teks : laman web, ebook 2. Menjana soalan : word, google docs 3. Membuat persembahan : picasa , powerpoint dll
Menghasilkan Bahan P&P (web) menggunakan perisian eXe...
The BIG6 mendifinisi masalah
strategi mencari maklumat
lokasi & capaian
mengguna maklumat
sintesis
menilai Selesai 4 petang.. perlu diteruskan lagi... amat berguna... tqvm to cikgu Naza.. ;)

KELAS 'I SEE U' PRINSIP PERAKAUNAN 2010

Salam..

Alhamdulillah tahun ni diberi peluang lagi untuk membuat kelas I See U.. Salah satu program seterusnya untuk kecemerlangan pelajar yang mengambil SPM 2010. Kelas ini akan bermula pada minggu ini (24 Jun 2010) setiap malam Khamis jam 8 hingga 9.30 mlm...

ok.. pelajar-pelajar yang terlibat ialah :
5 Bestari

Ahmad Wafie ElssalAinul HazeemAmir AimanFazzmal HuzairieHariz SyahmiIrfan MurshidiMohammad HazimMohammad YazidMuhammad Faeeq WafiyMuhammad LuqmanMuhammad TaufikMuhammad ZakwanSyed Nazrin
5 Cita
Ahmad AsilAizat IbrahimAkifHairilKhairul AnnuarKhairul AzimMuhamad Farid SafwanMuhammad A'izuddinMuhammad AzhanMuhammad HaziqMuzammil Kehadiran adalah wajib. Di harap pelajar-pelajar yang terpilih dapat mengambil peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian masing-masing SPM 10 A+... amin

Contoh Jawapan Terbaik Soalan 1 : Dokumen Perniagaan

Salam...
Hari pertama cuti sekolah... sedang kemas2 barang cgu terjumpa kertas jawapan yang selama ni cgu cari... jawapan seorang pelajar cemerlang iaitu Muhammad Aliff Fuad Bin Abdul Kudus. Memang cgu sangat puas hati dengan cara penulisan jawapannya... sebab tu dapat markah 100% (32/32)...

di harap pelajar2 lain lihat contoh jawapan yang cgu berikan ini... jadikan sebagai panduan... kalau nak berjaya kita mesti ikut orang yang dah berjaya kan...


Contoh : BUKU TUNAI



Contoh : JURNAL AM

Contoh : JURNAL KHAS (biasanya dalam peperiksaan tak akan sampai menggunakan dua helai jurnal untuk menjawab jurnal khas.. )


Contoh : LEJAR (latihan yang berterusan, pelajar akan dapat menentukan sendiri berapa baris yang akan digunakan bagi satu akaun yang terlibat.. )

Contoh : IMBANGAN DUGA (jangan lupa untuk menulis jumlah imbangan walaupun tak seimbang.. ikut jawapan seperti mana di dalam lejar.. konsep BADLEH terpakai)

Alpha 248

Salam..
Ada beberapa soalan berkenaan dengan post yg cgu buat hari tu berkenaan dengan alpha 248... sebenarnya ilmu ni cgu dapat semasa cgu ikuti mentor cgu.. yg mana cgu sendiri ambil keputusan untuk kongsi kan bersama dengan anak didik cgu... ILMU + SISTEM + MENTOR... itu yang cgu cuba terapkan sekarang dalam mendidik anak2 didik cgu.. cgu nak tuliskan disini memang cgu tak tau nak explain macamana.. sebab ianya dengan perbuatan... :)
"bila berjumpa sendiri dengan guru baru la kita dapat apa yang kita nak sepatutnya dan adakalanya lebih daripada itu"... ;)

Program Bantu Rakan Prinsip Perakaunan

salam...

Hari ini cgu menonton video sambutan Hari Guru SAS 2010.. sedih sebab tahun ni cikgu tak dapat nak sambut hari guru bersama dengan rakan2 guru dan pelajar2.. apapun cikgu redha dan terima di sebalik semua ini ada sebabnya..ada hikmahnya.. memang best sambutan kali ini.. betul dengan apa yg rakan2 guru cerita dengan cikgu.. rakan2 yang memang berkaliber dan sebab tu jugak memang layak mengajar di SAS.. :)

sambil tu cikgu teringat program seterusnya bersama pelajar2 cikgu esp form 5.. sekaran dah bulan jun.. maknanya lagi empat bulan je SPM 2010.. strategi yg pertama selepas cuti sekolah...

PROGRAM BANTU RAKAN ( macam tutor tutee la... )
tak semua pelajar yang terlibat.. cuma beberapa orang yang cikgu pilih berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2010.. pengkhusasan kepada soalan 1 dokumen perniagaan.. namun demikian untuk bab-bab yang lain juga blh dibantu.. cikgu akan pantau dari masa ke masa.. Pelajar yang lemah akan dibantu oleh seorang fasilitator / tutor..


TINGK…

sehari menjadi seorang nelayan...

Salam...

alhamdulillah semuanya selamat. Semalam 13 Jun 2010 seharian cgu berada di laut. jadi seorang nelayan.. hehe .. seronok sangat.. pengalaman pertama yang tak dapat dilupakan.. mak cgu risau gak sebab cgu tak sihat.. tapi cgu kuatkan semangat dan set minda positif.. alhamdulillah kesakitan cgu dapat dilupakan begitu saja.. betullah dengan apa yg cgu selalu ingatkan kepada semua pelajar2 cgu.. set minda positif.. insyaallah segalanya akan positif..






lebih 25 tahun cgu fobia dengan laut, sungai atau pantai.. tak boleh nak tengok laut / kawasan yang dipenuhi dengan air.. terbayang2 seperti cgu ada di tengah2 laut terkapai2 meminta pertolongan.. (orang yg dikira rapat dgn cgu telah meninggal dunia lemas) sejak tu cgu takut dgn laut..





tapi sekarang cgu blh dah berada di laut dengan keadaan yang tenang dan biasa.. seronok sebenarnya.. rezeki semuanya ada di situ.. cgu bersyukur sangat allah mengizinkan nya.. di sebalik pasir sungai pun ada rezeki yg Allah dah beri kita.. tinggal cari je…

Keputusan Rasmi Cabaran PPT 2010

Salam...

Sekejap sungguh masa berlalu... sekarang je dah bulan jun bermakna SPM tinggal 4 bulan je lagi... mencabar... dan cabaran akan disahut dengan positif...

Cabaran Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 pun dah berakhir... hari ni baru cgu tengok analisis... Keputusan adalah seperti berikut :

TINGKATAN 4
Pemenang ialah kelas 4 BESTARI dgn Gred Purata 1.75... (4C : 2.19)

TINGKATAN 5
Pemenang ialah kelas 5 BESTARI dgn Gred Purata 4.55... (5C : 4.61)

Seperti yang dijanjikan... naik sekolah nanti cgu akan beri hadiah kepada semua pemenang satu kelas... belanja makan... minum beli sendiri... hehehe

kepada yang tidak berjaya jangan putus asa... tingkatan 4 masih jauh lagi.. (akhir tahun, ppt f5, trial spm, spm2011)... tingkatan 5 ada lagi dua peperiksaan (trial spm dan spm2010)... cgu harap semua pelajar teruskan usaha dengan lebih gigih... kalau cikgu boleh yakin dengan kamu semua, kamu semua kena yakin dengan diri sendiri yang kamu semua boleh lakukan yang terbaik... Prinsip Perakaunan A+... 1…

Hari Akademik SAS 2010

Salam..

Sementara menunggu rebus daging.. tengok2 berita apa yg patut dlm internet ni.. teringat lak hari ni hari akademik kat sekolah.. cgu lambat mulakan sesi.. hantar 4 orang pelajar tingkatan 4 ke ICT Camp di UNITEN... boleh tahan gak tahun ni yg hadir dan berjumpa dengan cgu.. terima kasih kerana berjumpa dengan cgu...

pelajar-pelajar dan ibu bapa yang datang berjumpa dengan jumpa bermula 10am - 12.30pm...

5Bestari
afiz fazriz, fazzmal, irfan murshidi, ehsan, rafid, hazim, faeeq, faridzuan dan zakwan.

5Cita
annuar, aizuddin, haziq dan syafiiq aiman.

4Bestari
irfan faiz

4Cita
hasif-irfan dan w.a.azim

3Jaya
zareeq, aizat, al-muhaymin, dan syahir

Moga perjumpaan kali ini dapat membantu pelajar2 meningkatkan prestasi masing2 demi kejayaan yang diimpikan... cgu hanya dapat memberi tunjuk ajar dan mendoakan kejayaan tapi kejayaan semua di tangan pelajar2.. u all sendiri yang mencorakkannya.. ingat pesan cgu "Be Positive"... perbanyakkan istighfar + alpha 248... insyaallah kejayaan milik k…

Kerja Rumah Semasa Cuti (5 - 20 Jun 2010)

Salam...

cgu minta maaf sebab lambat upload kerja rumah seperti mana yang telah dijanjikan... kesian anak cgu.. hakim demam. dah seminggu.. alhamdulillah darah ok cuma bakteria... baru hari ni cgu lega bila tengok hakim dah blh jerit2.. hehe..

sama juga dengan eNota sepertimana dijanjikan cgu tak dapat nak upload lagi disebabkan masalah teknikal.. cgu sedang berusaha untuk upload.. tak tau kenapa tak boleh nak upload... sabar ye... cgu akan panjangkan lagi tempoh untuk dapatkannya secara percuma...

Kerja rumah untuk semua pelajar tingkatan 4b & 4c / 5b & 5c... cgu harap semua pelajar dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi sepanjang cuti persekolahan ini. sikit je..

kerja rumah boleh di download di sini..

Tingkatan 4b & 4c


Tingkatan 5b & 5c


kepada semua tutee yang terlibat dengan PROGRAM BANTU RAKAN PRINSIP PERAKAUNAN... kerja rumah ialah jawab semua soalan dokumen perniagaan soalan SPM sebenar tahun 2004 hingga 2009. kalau dah siap boleh cuba soalan kerja rumah... :) "…

Download eNota ... PERCUMA

Salam...

Alhamdulillah setelah beberapa hari terbaring.. hari ni cgu dah boleh jalankan kehidupan seharian seperti sedia kala.. musim demam sekarang ni.. jaga kesihatan baik2.. kalau sakit kepala rasa sakit tekak n apa jua sekali kesakitan makan ubat cepat2..

Sepanjang dua minggu (bermula 31 Mei 2010 hingga 10 Jun 2010) cikgu akan beri eNota cikgu secara percuma kepada sesiapa sahaja yang nak menggunakannya... eNota ini telah cgu update untuk beberapa kesalahan yang telah dikenalpasti semasa pembelajaran cikgu di dalam kelas..

Kepada semua, gunakanlah enota ini sebaik mungkin.. fahamkan betul2 isi kandungannya... harapan cikgu semoga semua yang mengambil prinsip perakaunan SPM 2010 berjaya dengan cemerlang... GP meningkat.. amin

Format Pentaksiran SPM 2011

Salam...

Beberapa hari (kira-kira seminggu gak... ) cgu terlantar tak dapat nak melakukan kerja2 seharian.. alhamdulillah hari ni cgu dapat diberi peluang seterusnya untuk menjalani kehidupan seterusnya.. datang ke sekolah beberapa surat yg telah diterima.. antaranya format pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011..

apa yg telah cgu bgtau sebelum ini adalah sama seperti dalam format yg cgu terima..

sesiapa boleh dowwnload Format Pentaksiran tu di sini. Cuba baca dan fahamkan...

Klik sini. FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Salam..

Minggu ni dah bermula peperiksaan pertengahan tahun 2010. cepat sungguh masa berlalu. apapun cikgu lega dari satu sudut.. silibus dah selesai. lepas exam ni kena pulun latih tubi untuk memantapkan pelajar2 lebih memahami bagi setiap bab. biar pelajar selesai kan dulu exam ni. tunggu.. kesian gak dengan diorg ni apapun cgu harap u all terima rasional kenapa cgu buat "speed learning". Moga Allah restui niat cgu ni.. amin.. "alpha wave" ingat selalu..

exam kali ni cgu buat soalan seperti bentuk soalan spm.
tingkatan 5:
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (4 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B (Pilih satu soalan daripada 2 soalan)[80 markah]

tingkatan 4 : (seperti taklimat penataran spm 2011)
- Kertas 1 : 40 soalan objektif [40 markah]
- Kertas 2 : Bahagian A (3 soalan wajib jawab semua) dan Bahagian B ( Pilih 2 soalan daripada 3 soalan) [40 markah]
- Kertas 3 : Kerja Kursus ( cgu nilai untuk kerja kursus Buku Skrap Dokumen Perniagaa…

Kunci Utama Kejayaan Dalam Hidup

Salam...

semalam cgu dapat email dari mentor yang sangat cgu hormati.. email beliau kali memang best. betul apa yg dikata.. kebenaran yang pasti.. cgu kongsi dengan semua pembaca blog cgu.. hayati..



"Salam Semua

Semoga anda serta keluarga sentiasa diberi kerahmatan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan oleh yang Maha Esa di dalam apa sahaja yang anda lakukan Insya-Allah.

Masa berlalu dengan pantas dan kita bakal menghampiri pertengahan tahun 2010. Pejam celik pejam celik umur kita semakin meningkat dan kita sentiasa berlumba dengan masa sehinggalah tidak tahu bila sampai “time” kita.

Banyak peringatan yang kita selalu dengar sebenarnya tentang betapa pentingnya menghargai setiap masa yang kita ada. Samada dari Al-Qur’an atau Hadith. Mungkin anda pernah maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan.

Bercerita tentang kebaikan ini, bes…