Skip to main content

5 Sebab Kenapa ClickBank Menjadi Pilihan Usahawan Internet

oleh Zamri Nanyan

Di antara beberapa syarikat yang menawarkan program affiliate dan servis pemprosesan bayaran kad kredit, ClickBank menjadi pilihan ramai.

Sebelum ini, penjanaan wang di ClickBank memang banyak dipelopori oleh usahawan-usahawan internet daripada luar negara kerana cuma pertengahan tahun 2008 sahaja ClickBank mula membuka pendaftaran daripada Malaysia. Kini, jika anda bergiat aktif di dalam bisnes internet, anda akan perasan bahawa semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia mula menjana pendapatan melalui ClickBank.

Namun begitu, kenapa ClickBank menjadi pilihan ramai walaupun terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh disertai oleh rakyat Malaysia.

Pasti ada sebab kenapa ClickBank begitu diminati dan saya berikan 5 daripada sebab-sebab tersebut.

1. Lebih 10,000 seleksi produk sedia untuk dipromosikan

ClickBank mempunyai ribuan produk digital daripada pelbagai kategori untuk affiliate mempromosikan produk-produk ini. Produk-produk yang terdapat di dalam “marketplace” ClickBank terdiri daripada ebook, perisian dan laman-laman web keahlian. Dengan tersedianya produk-produk ini di ClickBank, maka soal mendapatkan produk untuk dijual di Internet tidak lagi menjadi masalah. Anda cuma pastikan produk mana untuk djual dan terus lakukan pemasaran affiliate. Ini secara tidak langsung akan memudahkan lagi sesiapa sahaja untuk mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet.

2. Komisyen jualan dibayar tepat pada waktunya

Sesetengah program affiliate dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian. Mereka akan membuat pembayaran kepada affiliate mereka berdasarkan terma dan syarat-syarat tertentu. Malangnya ada sesetengah syarikat atau orang persendirian ini tidak jujur di dalam pembayaran komisyen affiliate. Ada yang lewat membayar komisyen dan yang lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak bayar komisyen affiliate.

ClickBank pula sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya di Internet dan mereka mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam bidang ini. Bayaran affiliate memang tepat pada masanya, dan bergantung kepada bagaimana anda membuat arahan di ClickBank, anda akan mendapat cek komisyen jualan affiliate anda setiap seminggu atau dua minggu sekali.

3. Pendaftaran percuma bagi affiliate

Tidak semua program affiliate sama. Ada program affiliate mengenakan bayaran sekali seumur hidup untuk menyertai mereka dan ada juga memerlukan anda membayar tiap-tiap bulan. Sebelum anda menjana pendapatan melalui program sebegini, anda sudahpun dikenakan bayaran.

ClickBank pula membenarkan sesiapa sahaja menjadi affiliate mereka secara percuma. Tiada yuran bulanan dikenakan dan tiada syarat anda membeli sesuatu untuk menjadi affiliate ClickBank. Anda cuma perlu daftar di https://www.clickbank.com/accountSignup.htm dan mula mempromosikan produk ClickBank sebagai affiliate.

Pada masa yang sama, ClickBank juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjual produk mereka sendiri di ClicBank. Cuma yuran pengaktifan sebanyak USD$49.95 sekali sahaja bagi setiap satu produk dikenakan. Pengaktifan ini membolehkan anda menerima kad kredit sebagai salah satu cara anda menjual produk digital anda di Internet.

4. Jenama yang dipercayai

ClickBank sudah lama bertapak di Internet dan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Kini, ClickBank juga menambah pembayaran melaui PayPal ke akaun mereka bagi memberi alternatif kepada kad kredit.

Sudah ramai orang menggunakan perkhidmatan ClickBank dan mereka tahu bahawa pembelian produk melalui ClickBank adalah selamat. Sekiranya anda menggunakan ClickBank sebagai servis menerima pembayaran melalui kad kredit, besar kemungkinan bakal pelanggan anda tidak akan ragu-ragu lagi berurusan dengan anda jika mereka lihat anda menggunakan servis ClickBank.

5. Laporan jualan “real-time”

ClickBank juga memberi laporan jualan secara “real-time” atau masa sebenar jualan dihasilkan. Contohnya, jika anda berjaya menghasilkan jualan pada masa sekarang, anda boleh login ke akaun ClickBank anda dan lihat laporan jualan terseput dipaparkan. Dengan cara ini, ianya memudahkan anda mengetahui berapakah jualan yang anda hasilkan pada masa-masa dan hari-hari tertentu.

Begitulah beberapa sebab mengapa ClickBank menjadi pilihan usahawan-usahawan internet tempatan dan luar negeri.

Penjanaan wang melalui ClickBank juga tidak lagi mustahil buat masyarakat Malaysia. Cuma anda perlu tanya diri anda sama ada anda tergolong di dalam kumpulan tersebut atau tidak.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan adalah salah seorang usahawan Internet dari Malaysia yang telah mula menjana pendapatan di Internet semenjak tahun 2003. Dengan usahasama Zamri Nanyan bersama Gobala Krishnan, mereka menerbitkan satu produk “best-seller” hangat bertajuk Sistem Rahsia ClickBank dan anda boleh mendapatkannya di http://www.RahsiaClickBank.com sekarang sebelum saingan anda mengetahui rahsia yang mereka kongsikan bersama di dalam pakej istimewa ini.

Comments

  1. Assalamualaikum,

    Artikel yg baik drpd seorang otai. :D

    Mudah-mudahan selepas ini lebih ramai yang akan terbuka hati utk cuba menjana pendapatan di clickbank. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu