Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Kebesaran Tuhan...

Gerhana Matahari 26 Januari 2009... 17:51






Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pembetulan Kerja Rumah Semasa Cuti

Salam,

Ramai yang menghubungi cgu masalah2 yg dihadapi sepanjang dwld kerja rumah yang diberi...
kali ni cgu upload yang baru bg mereka yang menggunakan 'microsoft 2003'...

Tingkatan 4 ... klik di sini

Tingkatan 5 ... klik di sini

Kepada pelajar tingkatan 5...

ada pembetulan bagi :

Soalan B : PERKONGSIAN
Tarikh 30 Jun 2007 ditukarkan kepada 31 Oktober 2008
Soalan D : SYARIKAT BERHAD

Homework (26/1/09 - 1/2/09)

Salam....

Selamat Bercuti kepada semua.... Semoga cuti kali ini dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah... Dan yang paling penting jangan lupa buat kerja rumah yang telah diberi oleh semua guru2...

Pelajar 4B dan 4C...
Semua soalan hendaklah dijawab sama ada online ataupun manual... Kerja rumah yang dah siap boleh dihantar ke email cgu: rusilawati@sas.edu.my atau hantar di hari pertama selepas cuti tahun baru cina... sebarang pertanyaan boleh hubungi cgu...

Boleh download kerja rumah semasa cuti di sini;
.pdf - klik di sini
.doc - klik di sini

**Pastikan apabila hantar tugasan hendaklah tulis nama dan tingkatan...


Pelajar 5B/J...
Kerja rumah hendaklah dihantar secara online ke email: rusilawati@sas.edu.my... sebarang masalah boleh menghubungi cgu untuk pertanyaan... cuba jawab sehingga berjaya... Jangan lupa buat latihan mana2 bab semasa f4... Sentiasa ingat formula kejayaan ; M + U = K

Boleh download kerja rumah semasa cuti di sini;
.pdf - klik di sini
.doc - klik di sini

Homework cgu tak …

Renungan sejenak.....

Salam...

cgu tertarik dengan email yang cgu terima dari group Ansara Jasin... segala macam perasaan ada dalam diri cgu... apa pun dalam diri ini cuma perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan... semoga allah lindungi kita semua....

cgu nak kongsi dengan semua apa yang cgu terima dan cuba renungkan... terpulang kepada masing2 untuk menilainya....

Buat renungan...Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jad…

SAMBUTAN MAAL HIJRAH SAS 2009

Salam...

Hari ni 16 Januari 2009/18 Muharram 1430M, SAS mengadakan Sambutan Maal Hijrah.. walaupun sudah 18 hari berlalu namun bagi cgu ianya masih belum terlambat untuk kita sambut dan renungi apa erti hijrah....

Sambutan kali ni di SAS sungguh menyentuh hati tatkala kita gembira, bahagia, ketawa ada pihak lain yang sedih, menangis, takut... sungguh menyayat hati apa yang terjadi di Palestin tika dan saat ini... apa yang dapat cgu lakukan hanyalah berdoa dan memboikot segala barang yang menghasilkan pendapatan kepada Israel...

Di sini cgu ingin kongsi kepada semua pengisian ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sukki B Othman daripada Universiti Putra Malaysia...

Tajuk : "Pemantapan Sahsiah Menjamin Kecemerlangan Intelektual"

Dengan ILMU hidup menjadi mudah....
Dengan IMAN hidup menjadi terarah...

Tahun Hijrah wujudnya pada zaman Saidina Umar...
Selepas hijrah Nabi s.a.w dari Mekah ke Madinah, tiada lagi berlakunya hijrah kerana selepas itu semua umat telah memeluk agama islam..…

Renungkan....

Assalamualaikum,

Mungkin hanya berdoa sahaja tidak cukup untuk membantu krisis Palestin/Lebanon. jika semua umat Islam tidak kembali ke jalan Islam yang sebenarnya, umat islam yang tidak berdosa di serata dunia akan terus ditindas. Mungkin Palestin akan sembuh dari luka ini kerana iman yang dipunyai oleh mereka memungkinkan Allah menimpakan ujian ini. kerana hanya mereka yang mempunyai keyakinan dan kekuatan untuk menggalasnya. Allah hanya menimpakan ujian kepada seseorang yang mampu menghadapinya.

Impaknya pada kita? Sekarang kita mungkin sedar yang umat Islam di Palestin telah ditindas setelah sekian lama bermula 1948 apabila kependudukan yahudi bermula secara haram di palestin dan dengan beransur-ansur menghalau rakyat jati Palestin dari bumi yang diberkahi Allah itu. kemuncaknya? Serangan roket yahudi Zionis ini telah mampu membuka mata umat Islam di seluruh dunia akan penderitaan mereka di sana yang telah bermula bertahun dahulu.

Cukupkah usaha kita sekarang? Jika perang ini tamat m…

PERLAKSANAAN FORMAT BARU PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010

Salam....

Hari ni cgu dapat surat berkenaan dengan perlaksanaan format baru pentaksiran Prinsip Perakaunan bagi pepriksaan SPM...

Surat berkenaan berkaitan dengan perkara berikut:-

"2.Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 2/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 November 2008. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan digunakan mulai tahun 2010 di Tingkatan Empat.

3. Sehubungan itu, format baru pentaksiran mata pelajaran Prinsip Perakaunan berdasarkan sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan mula dilaksanakan mulai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011."

Alhamdulillah... ini bermakna SPM 2009 dan 2010 masih lagi menggunakan format yang lama...

Kepada semua pelajar cgu tahun ini... tahniah kerana memilih dengan bijak untuk mempelajari subjek Prinsip Perakaunan... nasih…