Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Maal Hijrah,

rasanya cepat sungguh masa berlalu... dah setahun berlalu... macam2 dugaan dan cabaran yang telah dilalui... sempena menyambut maal hijrah kali ni cgu nak kongsi sesuatu yang cgu dapat daripada kawan cgu... nasihat yang boleh dijadikan panduan.. bukan mudah untuk mencari seorang sahabat, teman atau pun kawan...

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

PERTAMA, Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

KEDUA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada diri mu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

KETIGA, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan unt…

Soalan Sebenar Prinsip Perakaunan SPM 2009

salam...



seharian cgu cuba melihat semula soalan tahun ini... alhamdulilla semuanya dah berakhir... sekarang masa untuk bertawakkal... doa banyak2...



komen cgu... soalan tahun ni memang dah diduga... kl ikutkan soalan percubaan banyak membantu bagi persediaan SPM 2009... target mengena ... negeri Putrajaya... bila tengok semula memang tajuk bab yang sama... cuma bentuk soalan yang berbeza...



soalan 1 : dokumen dah lama menjalankan perniagaan... soalan yang paling mudah... banyak latihan pasti dapat jawab dengan baik... imbang tak imbang belakang cerita... yang penting buat sampai imbangan duga...



soalan 2 : penyata kewangan milikan tunggal... memang dah diduga... ramai yang kata susah... seperti mana yang cgu dh bgtau... jangan terkejut dengan perubahan soalan... apa yg diminta adalah sama... yang dikatakan soalan ini susah sebenarnya hanyalah butiran yang digunakan... sekiranya kita faham butiran tersebut ianya tidak menjadi masalah... cgu yakin u all dapat menyelongkar markah daripada s…

Ramalan Prinsip Perakaunan 2009

Salam...

Peperiksaan Prinsip Perakaunan SPM 2009 Tarikh : 01 Disember 2009 Kertas 1 : 8.00 - 9.15 Kertas 2 : 10.00 - 12.30 Good Luck to all my students... "aidil haikal, eshadiq, abdul rahman, irfan rosli, afiq, farhan, zhahir, hakimi, fadzli, shahir, nik, wan faiz, syed, amir asyraf, fahim, nabil, amin, azeem, safuan, adam, nawawi, azman, muzakir, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman, akma, khairuddin, muzammil, hadri, firdaus, taufik dan raja faris". "shah ridzuan, azzharfan, tijah, mimi, amal, din, amir, faisal, tirmidzi, lutfi, loqman, irfan, hariz, syahirah, illya, safwan, syafiq, husna, fika, azrin, mira..... dan semua yang pernah cgu ajar secara langsung dan tidak langsung".. Buat yang terbaik untuk pencapaian diri sendiri.... doa cgu kalian semua berjaya dengan cemerlang... gunakan segala apa yang telah diperolehi dengan bijak... insyaallah.... Beberapa hari ni ramai yang sms n call cgu tanya berkenaan dengan soalan ramalan... cgu pun tak tau…

RENUNGAN BERSAMA

Salam... juz received ths email fr my fren.. subhanallah...

don't know whether it's just co-incidence or what?
but definitely something worth pondering...
something to thing about...

"THE FIRST EARTHQUAKE IN PADANG HAPPENED AT 17.16 HRS AND THE SECOND ONE AT 17.58 HRS.""THE NEXT MORNING EARTHQUAKE AT JAMBI AT 8.52 HRS"FIRST, GO AND CHECK THE TIME WITH OFFICIAL MEDIA REPORT. THIS IS FROM THE STAR… THEN CHECK THE SAME VERSE IN QURAN…SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 16( 17.16 HRS )Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.SURAH KE 17 -AL ISRAA : AYAT KE 58(17.58 HRS )Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan…

Malam Bingkisan Memori

Salam...

Coretan hari ke empat berada di Hospital Putrajaya... tempat yang sama wad 2b,bed 3...
jam10 pagi cgu dapat roomate baru... lepas bersalin... baby girl... dh ada nama "arissa"... orang yg ketiga katil sebelah cgu ni bertukar ganti... ermmmm... kul 6ptg baby dh boleh keluar... kl tak best gak boleh main dengan baby... macam baby anna (kawan husna CIC).. :)

kehadiran dr azmi mmg dinant manala tau.. boleh balik... ermm tapi bukan boleh balik tambah hari lagi di wad ni ada la... huhuhu... its ok janji cgu boleh layan internet n "I dream of jeannie"... terhibur skit...



petang... aidil, muzakkir, amin, nik n zhahir bersama iza datang melawat... tq coz sudi melawat cgu di hospital ni... terharu gak dengan kehadiran kalian... bnyak gak perkara baru yg diketahui... esp Malam Bingkisan Memori... rupanya tukar nama... maklum la tak g sekolah jd byk benda tak tau.. dapat gk tengok gambar malam tu... memang dh dijangka... semua cantik2 n handsome... :)
Tahniah la kepada yg …

Malam Selingkar Kasih 2009

Salam...

Coretan hari yang ke empat di Hospital Putrajaya (wad 2b, bed 3)... masih di tempat yang sama... roomate pun dah bertukar 2 kali... yang kedua ni pun dah balik... dok sorang mlm ni... huhu

hari ni Ilham sekeluarga datang melawat cikgu... alhamdulilla ilham dah beransur pulih... gembira n senang hati tengok ilham seperti dulu... dia pun tertanya2 kenapa cgu kat hospital... soalan yang cgu beri semua dia jawab dengan betul... amin... moga ilham pulih sepenuhnya... cgu yakin ilham mampu hadapi semua ni dengan tabah... kuatkan semangat...

rakan2 guru memang sibuk hari ni... faham... dah biasa setiap tahun macam ni... lagi tertekan bila nazir nak datang observe pulak tu... gud luck kak aini, kak nora, zefry n shahrizan untuk pemantauan esok... pasti berjaya... u all memang hebat...

call petang tadi... tanya khabar... nda pun call gak... tq atas ingatan ini... tak kisah pun kalau tak datang ... no heart feeling... apapun kita saling mengingati... :)

n malam ni yang paling sedih rasanya.…

Soalan Trial Negeri2 2009

Salam...

atas permintaan di sini cikgu link kan untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan Prinsip Perakaunan 2009. Ada lebih daripada 10 set. Sumbangan daripada rakan seperjuangan Cikgu Narzuki... harapan ianya dapat membantu semua yang memerlukannya... Semoga prestasi Prinsip Perakaunan tahun ini meningkat dengan cemerlang...

Soalan Trial Akaun 2009...
Klik di sini.

tqvm to Cgu Narzuki... may Allah bless You... Amin..

Indahnya Kehidupan ini... amin

Salam...

coretan kali ni semasa cgu di dalam wad 2b bed 3 Hospital Putrajaya.. memang bosan.. tp cgu percaya apa yg berlaku semua ada hikmahnya... mmg tarikh ni dah cgu ketahui sejak sebulan yg lepas... itula namanya kebesaran tuhan... operation cgu ditangguhkan... dalam hati ni bercampur-campur perasaan... setuju atau pun tak setuju... gembira sedih... namun selepas penerangan doc cgu kembali tenang dan mula berfikir semula... dan cgu percaya apa pun yg terjadi semua ada sebabnya... cgu terima plan doc dengan hati terbuka... (tapi kekadang tu macam nak lari je... bosan... asyik masuk ubat).. observation for 2 weeks... maknanya cgu dapat jumpa lagi anak2 murid cgu next week... alhamdulillah... selepas itu mungkin kah cgu terpaksa hadapi semula 'operation'??? argk... berserah kepadaNya...

Sebelum....

1. Peperiksaan PMR dah berakhir... happy bdk2 f3... moga impian kita tercapai tahun ni 100% 8a... harapan kalian bertawakkal byk2... memang penat sungguh tahun ni menguruskan PMR... t…

KURSUS ORIENTASI SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Salam...

Cgu baru je selesai kursus di Bidara Puteri Beach Resort. Alhamdulillah segala persoalan terjawab. Jelas la apa yang perlu dibuat selepas ini. Namun masih banyak yang perlu dipelajari demi anak bangsa...

Bahan-bahan yang diperolehi semasa Kursus sama je dengan bahan daripada kursus orientasi di mana-mana negeri.. sukatan pelajaran (kena beli sendiri di DBP ... yg ada tandatangan), huraian sukatan pelajaran dan latihan semasa kursus... soalan2 daripada bab-bab yang diagihkan kepada kumpulan2...

Soalan latih tubi JPWPKL / PPWPP.... Klik di sini.

Al Fatihah buat Amirul Azuan

Salam...

Hari ini cgu dikejutkan dengan satu berita pemergian buat selamanya seorang pelajar di bawah jagaan cgu Pelajar PK saudara Amirul Azuan B. Abdillah, f4... Mari lah sama2 mendoakan semoga dilindungi dan diberkati olehNya... Semoga arwah mendapat tempat bersama2 dengan orang yang beriman... cgu harap rakan2 seperjuangan arwah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan arwah sepanjang hidupnya...

Teringat cgu kali terakhir cgu berjumpa dengan arwah di tangga sekolah hadapan bilik guru bawah... memang tutur bicara nya mengatakan apa yg berlaku "...... inilah yang terakhir" .. tapi cgu tetap menegur dan menasihati arwah... dalam hati cgu cuma satu agar arwah akan sedar dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kerana ini bulan ramadhan... tapi sekarang terbukti apa yang arwah cakap dengan cgu... Allah lebih menyayanginya... mudah2an arwah mendapat ketenteraman di sisi Nya...

Buat keluarga dan saudara mara arwah takziah diucapkan... Al fatihah....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Salam...

Lama dah cikgu tak update blog ni... macam2 berlaku dalam masa terdekat ni... nak kata tak sibuk memang sibuk... Kepada semua pengunjung blog cgu, cgu mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan... sama ada disedari atau pun tidak disedari... Semoga raya tahun ini memberi makna yang sangat mendalam... dan yang paling penting moga pada tahun ini segala ibadah kita diterima olehNya.. amin.

Kepada anak didik cgu 5b n 5j...
"aidil, eshadiq, rahman, khairudin, taufiq, irfan rosly, afiq, farhan, zahir, hakimi, fadli, shahir, nik, faiz, syahmi, amir asyraf, muzammil, nabil, fahmi, amin, azeem, hadri, safuan, adam, firdaus, nawawi, azman, muzakir, raja, haziq, zuhdi, irfan razak, khalil, amini, azlan, arif, izman dan akma"..
Terima kasih di atas ingatan kiriman kad raya... rasanya tahun ni yang paling banyak cgu terima... hehehe...
ingat pesan cgu.. jangan lupa buat 'kuih sedap2'... kl sedap cgu nanti suka... gunakan masa yang ad…

Jom Sertai Kempen iLoveMalaysia

JOM SERTAI CONTESTKepada semua pembaca blog cikgu yang disayangi, adakah anda ingin memiliki sebuah iPhone 3Gs tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos? Jika YA, apa kata anda sertai contest I Love Malaysia anjuran Exabytes (sebuah syarikat hosting terkemuka Malaysia) dimana melalui contest ini anda berpeluang memenangi hadiah utama yang mereka tawarkan iaitu iPhone 3Gs beserta beberapa hadiah saguhati.Contest ini sangat mudah dimana anda hanya perlu meletakkan banner kempen 'I Love Malaysia' mereka ini di website anda. Tidak perlu menjawab sebarang soalan mahupun menulis slogan. Mudah bukan? Jadi, sertailah contest ini sekarang kerana siapa tahu iPhone 3Gs itu mungkin akan menjadi milik anda. Kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya anda telah menunjukkan yang anda sangat sayangkan Malaysia. Tak gitu?Untuk sertai, anda boleh klik banner yang ada di sebelah website ini (ala, yang kat atas sebelah kanan tu) atau anda klik sahaja [di sini]Oh ya, sebelum terlupa pastikan…

Bengkel Prinsip Perakaunan Putrajaya

Salam...

Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pg hingga 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPWPP

Alhamdulillah... berjaya akhirnya program ini dijalankan... anjuran PPWPP dan kami berjaya lakukannya bersama-sama... Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini sama ada secara langsung atau tak langsung...

Kehadiran sungguh memuaskan... boleh dikatakan kehadiran penuh... mana2 pelajar yang tidak hadir pun disebabkan terlibat dengan aktiviti wakil sekolah seperti Kuiz Matematik dll... Sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya terlibat iaitu SAS, SMKPP16(1),SMKPP14(1), SMKPP8(1), SMKPP9(1), SMKPP9(2), SMKPP11(1) dan SMKPP18(1)..
Kepada semua pelajar yang menghadiri bengkel ini diharap semua nota dan bahan yang telah diberikan dapat dimanfaatkan... baca semula dan cuba buat semua semula bahan2 yang telah diber…

WAJAH & HATI YANG CANTIK & RAHSIA 13

Salam...

Hari ni cgu dapat email daripada kawan baik cgu... sungguh bermakna dan dapat dijadikan garisan panduan dalam melakukan kerja2 seharian sebagai hambaNya... harapan dapat di kongsi bersama dengan semua pembaca blog cgu....


Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

Agarwajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkanstress, perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',"AllahumaKamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah mem…

HARI AKADEMIK 2009

Salam...

alhamdulillah... selesai akhirnya Hari Akademik 2009... ramai gak yang datang... kerjasama yg sungguh baik antara guru dan ibu bapa... tahun ni ramai yang yg datang berjumpa esp untuk Akaun...

f5 : fahim, amir asyraf, amini, zuhdi, nabil, aidil haikal, abdul rahman, eshadiq, zhahir, amin...
f4 : haziq, afiz fazriz, nabil, luqman, faeeq...

teguran membina demi kecemerlangan... tidak terlintas untuk menindas... sentiasa fikir positif... yakin pada kebolehan sendiri... A pasti dengan usaha yang tinggi...

Pelajar form 3 pun ramai gak yg datang berjumpa...
3m : rizq, husni, amirudin, shaqiemi, azim ...
3j : faizal, hasif, adib, fuad, hafizudin, faris, al imran ...

minta maaf juga kerana cgu terpaksa balik awal... ramai lagi yg nak jumpa tapi anak2 cgu demam... ini pun penting juga... sapa tak sayang anak kn... hantar g klinik... insyaallah kalau ada peluang lagi boleh datang jumpa cgu... bila2 masa...

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

8 hingga 11 Jun 2009
Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara

Salam...
Selama 4 hari berkampung di UTP, Perak... emmm... ok gak... seronok dpt menyertai karnival kali ini... satu pengalaman baru yg tak mungkin dilupakan...

"Kontinjen Wilayah Persekutuan Putrajaya"

Tahun ini kemenangan tidak memihak kepada Putrajaya namun bg cgu semua peserta cemerlang dan menang kerana telah menunjukkan kesungguhan dlm setiap acara yg diwakili... tiada siapa yg nak kan kekalahan... namun kita terpaksa terima hakikat menang dan kalah adat pertandingan... dari kekalahan kita bangun untuk lebih cemerlang pada masa akan datang...

Tahniah kepada negeri Sabah yang menjadi Johan Keseluruhan...

Keputusan adalah seperti berikut:

Sketsa Kerjaya - Sabah [Kerjaya TLDM]Kain Rentang Kerjaya - Sabah [memang cantik, kemas dan tersusun, sedap mata memandang... memang sudah dijangka]Media Maklumat Kerjaya - Terengganu [kreatif, kemas, tersusun, maklumat kerjaya padat]Eksplorasi Alam Kerjaya - Kuala Lumpur [su…

Selamat Bercuti

Salam....

seronoknya hari ni sekolah cgu dah mula cuti sekolah... bg cgu wpun cuti tp tetap sama... tak cuti juga... banyaknye keje nak buat... masih ada yang tidak selesai...

kepada semua anak didik cgu... pesan cgu... cuti cuti gak tapi jangan lupa buat ulangkaji... form 4 dan 5 exam masih tak selesai lagi... kita jumpa selepas cuti...

di sini cgu upload beberapa soalan yang boleh semua pelajar buat sebagai ulangkaji... mana tau ada soalan yang seakan sama seperti soalan peperiksaan.... sila rujuk bahagian "Latih tubi
2009"...

skema jawapan cgu akan upload kemudian...

Kerjaya Bidang Perakaunan

April 27, 2008 — Cg Narzuki AKAUNTANBidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian. KETERANGAN TUGAS1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;5. Menye…

Cemerlang Dokumen

Salam...

Rasanya dah lama cgu tak upload apa2 bahan dalam blog ni... kekangan masa... yang tak dapat dielakkan... sibuk sangat dengan kerja2 harian...

kesibukan diri menyebabkan cgu selalu terfikir cara mudah untuk anak didik cgu bagaimana untuk cemerlang dokumen memandangkan soalan ini bocor setiap tahun sehingga tahun hadapan... setiap tahun cgu tukar cara penerangan dan pendekatan... tapi kali ni cgu rasa inilah tips yang terbaik untuk anak didik cgu... dengan cara mudah untuk difahami...

apapun terpulang kepada semua sama ada ianya boleh digunakan ataupun tidak... pemahaman pada diri masing2...

Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh email cgu... tq.

Tips 1 : Cemerlang Dokumen.... Klik di sini

Taklimat Penataran Prinsip Perakaunan Putrajaya

Salam,

Pada hari Jumaat 17.4.2009, satu taklimat penataran bagi Prinsip Perakaunan peringkat Putrajaya telah diadakan di SMK Presint 8(1) jam 3.00 hingga 5.00 petang bersama Pegawai daripada LPM... alhamdulillah akhirnya kami di sini mendapat pendedahan yg sebenarnya...

Menurut pegawai tersebut ini adalah taklimat penataran yg pertama sebenarnya... untuk subjek Prinsip Perakaunan akan ada taklimat penataran yang kedua... dan akan bermula tidak lama lagi...

Seperti sedia maklum, SPM 2009 dan SPM 2010 masih lagi menggunakan format Pentaksiran 2004... cuma soalan ada sedikit perubahan.... mengikut kehendak dan keperluan apabila berlakunya MOU antara LPM dan LCCI....

Bentuk soalan masih sama iaitu
Kertas 1 : 40 soalan objektif (40 markah)
Kertas 2 : 6 soalan subjektif (80 markah)

Bagi Kertas 2 : -
Bahagian A (68 markah)Soalan 1 : maks 28mSoalan 2 : *Anchor item - 20 hingga 25mSoalan 3 : **Anchor item - 10mSoalan 4 : Bab lain - 10m
Bahagian B (12 markah) Pilih satu soalan sahaja
Soalan 5 : Bab lain

Permohonan Sijil LCCI 2009

salam,

ramai yang tanya cgu berkenaan dengan permohonan Sijil LCCI. Cgu harap maklumat di bawah dapat membantu mana-mana pihak yang inginkan maklumat berkenaan.


Maklumat yang cgu terima daripada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan dengan;

"Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI
bagi Prinsip Perakaunan 3756”

1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM. Kelayakan berdasarkan kod berikut:-

Kod Kelayakan Jenis Sijil LCCI
1 Distinction Level 2 Book-keeping and Accounts
2 Credit Level 2 Book-keeping and Accounts
3 Pass Level 2 Book-keeping and Accounts
4 Distinction Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)
5 Credit Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)
6 Pass Level 2 Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)

2. Calon sekolah hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputus…
Apakah yang anda perlu tahu..

Apakah LCCI?
London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan. Sejak tahun 1881, pengiktirafan LCCI telah banyak membantu para pelajar mencapai kejayaan dalam dunia pekerjaan. Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCImerupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan.
Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI untuk memasuki universiti dan badan professional.
LCCI mempunyai pelajar di seluruh Asia melebihi 24 buah Negara dan terkemuka ter…