Skip to main content

PENYATA PENYESUAIAN BANK

ü Tunai adalah aset mudah cair yang penting. Penerimaan dan pembayaran tunai mesti dikawal dengan baik.

ü Kedudukan tunai digunakan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar pelbagai perbelanjaan dan menjelaskan hutang.

ü Selepas menerima Penyata Bank pada setiap bulan, peniaga akan membandingkannya dengan Buku Tunai.

ü Biasanya baki yang ditunjukkan dalam Penyata Bank berbeza dengan baki dalam Buku Tunai. Perbezaan tersebut disebabkan oleh perbezaan semasa merekod dan kesilapan.

Sebab wujudnya perbezaan baki di Buku Tunai dan Penyata Bank :-

Peniaga – Buku Tunai

Bank – Penyata Bank

1. Mengeluarkan cek

2. Menerima cek

3. Mengkreditkan buku tunai untuk cek tak layan (mengeluarkan jumlah ini daripada baki buku tunai)

4. Mendebitkan buku tunai untuk hasil faedah dan kutipan oleh bank (ia merupakan satu jumlah tambahan ke atas baki buku tunai).

5. Mengkreditkan buku tunai untuk belanja bank (ia merupakan satu belanja yang akan mengurangkan baki buku tunai).

1. Cek masih belum dikemukakan (cek yang dikeluarkan oleh perniagaan kepada pemiutang tetapi belum ditunaikan oleh penerima cek).

2. Cek masih belum didepositkan/dikreditkan (cek daripada pelanggan telah didepositkan dalam bank).

3. Cek tak layan (cek tidak diterima oleh bank untuk penjelasan disebabkan oleh baki akaun penghutang tidak mencukupi atau kesilapan pada cek).

4. Hasil faedah atas simpanan tetap ditambah ke dalam akaun peniaga dan kutipan oleh bank automatik ditambah ke dalam akaun peniaga.

5. Bank mencajkan belanja bank ke atas akaun peniaga.

Tujuan menyediakan Penyata Penyesuaian Bank;

1. Menyelaraskan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank sekiranya kedua-duanya menunjukkan baki tidak sama.

2. Menyemak dan membetulkan kesilapan rekod Buku Tunai.

3. Menentukan jumlah tunai sebenar yang terdapat dalam akaun semasa di bank.

Penyediaan Penyata Penyesuaian Bank

1. Tentukan sama ada terdapat perbezaan antara baki awal Buku Tunai dengan baki awal Penyata Bank.

2. Amaun perbezaan ini mewakili cek yang telah dikeluarkan oleh perniagaan dalam bulan sebelumnya tetapi dikemukakan kepada pihak bank oleh penerima cek dalam bulan semasa. Butir ini perlu diabaikan dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank bulan semasa.

!!! Penyata Bank ialah penyata yang dihantar oleh pihak bank pada setiap bulan kepada peniaga yang membuka akaun semasa di bank.

!!! Penyata Bank digunakan sebagai rujukan oleh peniaga tentang urus niaganya di bank seperti deposit tunai, deposit cek, bayaran melalui cek, caj bank dan faedah simpanan.


Butir yg menyebabkan baki Buku Tunai tidak sama dengan baki Penyata Bank

Penyata Penyesuaian Bank dimulakan dengan

Baki debit Buku Tunai

Baki debit Penyata Bank (overdraf)

Baki kredit Buku Tunai (overdraf)

Baki kredit Penyata Bank

Cek belum dikemukakan

TAMBAH

TAMBAH

TOLAK

TOLAK

Deposit/cek/simpanan belum dikreditkan

TOLAK

TOLAK

TAMBAH

TAMBAH

Buku cek, caj bank, faedah atas overdraf dan bayaran oleh bank atas perintah sedia

TOLAK

TOLAK

TAMBAH

TAMBAH

Dividen, faedah simpanan tetap dan pindahan kredit

TAMBAH

TAMBAH

TOLAK

TOLAK

Comments

  1. dearest teacher...actually i am an ipta student... this really help me bcoz i nvr ever xperience learn account as i am sci student... love to know more about acc...

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..sy merupakan seorang graduan yang bru bekerja di sebuah syarikat saudara saya.saya ditugaskan sebagai pembantu akaun.
    tp masalah sekarang nie saya dah lama tinggalkan dunia perakaunan nie,sy agak sukar untuk membuat akaun.so klu bley sy mahu mnta contoh2 akaun syarikat daripada cikgu..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya bekerja sebagai programmer di sebuat IPTA. Ditugaskan menyelia sistem kewangan.. Blog cikgu amat membantu..Terima kasih..Ridzuan
    http://air-biocera.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

LEJAR

Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.
Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niagaLajur butir – mencatat nama akaun Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga
Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.Akaun terbahagi dua iaitu;Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modalAkaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).
Mengimbang dan Menutup Akaun
Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.Tujuan menutup akaun untuk ;memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti…

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu