Skip to main content

LEJAR


Buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan.


Akaun berbentuk T.

Lajur tarikh - Mencatat tarikh urus niaga

Lajur butir – mencatat nama akaun

Lajur folio – mencatat nombor rujukan Buku Catatan Pertama (mengesan catatan dalam akaun)

Lajur jumlah – mencatat nilai wang sesuatu urus niaga


  • Cara merekod urus niaga adalah berasaskan prinsip catatan bergu.

  • Akaun terbahagi dua iaitu;

    1. Akaun Perorangan – penghutang, pemiutang, ambilan dan modal

    2. Akaun Bukan Perorangan – akaun nyata (akaun aset) dan akaun nominal (akaun hasil dan belanja).


Mengimbang dan Menutup Akaun


  • Untuk mengetahui baki setiap akaun di akhir suatu tempoh.

  • Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam akaun.

  • Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi.

  • Tujuan menutup akaun untuk ;

    • memulakan akaun hasil dan belanja dengan baki sifar pada suatu tempoh perakaunan.

    • mengemaskini Akaun Modal; hasil menambahkan ekuiti pemilik dan belanja mengurangkan ekuiti pemilik.


Folio


  • Rujukan untuk mengesan sumber catatan pertama atau pasangan catatan bergu – rujukan muka surat akaun dalam Buku Catatan Pertama dan lejar.

  • Mengurangkan kesilapan merekod atau terlupa melengkapkan catatan bergu.

  • Diisi jika pengeposan telah dilakukan iaitu memindahkan catatan dam Buku Catatan Pertama ke lejar.


Pembahagian Lejar

Dua bahagian iaitu Lejar am dan Lejar subsidiari.

Lejar Am meliputi :
(a) Akaun Nominal (akaun hasil dan belanja)
(b) Akaun Nyata (akaun aset semasa dan aset bukan semasa)
(c) Akaun penghutang dan pemiutang aset bukan semasa (akaun kawalan penghutang dan akaun kawalan pemiutang)
(d) Akaun Modal
(e) Akaun Ambilan


Lejar Subsidiari (lejar kecil) meliputi :
(a) Lejar Belian / Lejar Pemiutang
(b) Lejar Jualan / Lejar Penghutang


  • Tujuan pembahagian lejar;

    1. Dapat menjalankan pengkhususan dan pembahagian kerja

    2. Dapat menugaskan seorang eksekutif akaun untuk mengendalikan satu bahagian lejar sahaja.

    3. Mudah untuk menguruskan pengurusan dan pengawalan.

    4. Dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan merekod.

    5. Dapat mengurangkan bilangan akaun dalam lejar yang terlalu banyak dalam lejar am.





Comments

  1. bagaimana merekod libiliti semasa sprt hutang ke dlm lejar pemiutang?

    ReplyDelete
  2. pening lhaa . apa maksud lejar am & khas ni ? bukan ka kita pakai lejar pemiutang & lejar penghutang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lejar Am ini untuk semua kecuali lejar penghutang/pemiutang.
      Lejar Khas ( Subsdiari ) ni untuk lejar penghutang/pemiutang.

      Contoh Am : Modal
      Untuk letak folio, Cth
      Akaun Modal LA1
      Akaun Kenderaan LA2 dan seterusnya

      Contoh Khas :
      Membeli 2 set computer dari Rztech Co secara kredit
      Buat lejar :::: Rztech Co LB1 ( Lejar Belian )
      Membeli 6 komputer dari Tyuas Enterprise secara kredit
      Buat lejar :::: Tyuas Enterprise LB2

      Mcm tu kot ? Ini kalau nak buat kerja kursus kena ada folio.
      Dalam buku text , jurnal sbgai buku cttan prtama.
      Saya tak sure sangat tp rasanya mcm tu la :)

      -LYC <3

      Delete
  3. boleh tak tunjuk cara nak wat lejar tu? step by step..

    ReplyDelete
  4. penghutang bhgian debit,pemiutang bhgian kredit...setiap butiran yg terdapat pada jurnal am,jurnal belian,jurnal jualan,jualan penghutang,jurnal pemiutang,bank,stok dan etc mesti buka setiap lejar setiap satu butiran...

    ReplyDelete
  5. lejar pemiutang , lejar penghutang kan sepatutnya

    ReplyDelete
  6. saya nak Tanya dalam lejar penghutang kena tambahh jugak penghutang yang lama?

    ReplyDelete
  7. Apakah maksud akaun perorangan?

    ReplyDelete
  8. Amik sub akaun ni mmg meningkatkan kesabaran diri..fuhhh

    ReplyDelete
  9. Cikgu nak tanya klu urus niaga cth beli almari dgn syarikat jati tunai rm500. Sepatutnya catatan bergu ialah akaun tunai dan akaun perabot.tpi pelajar buka akaun almari atau akaun Syarikat Jati.Jumlah betul nama butiran salah.jadi ada markah atau salah?

    ReplyDelete
  10. Akaun kawalan penghutang dan pemiutang tu di bawah lejar am ke ?

    ReplyDelete
  11. adakah ambilan kena masuk dalam akaun belian?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

PENGERTIAN DAN PENGELASAN

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Terbahagi kepada dua iaitu;1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan.Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa
Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan.Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan.Terbahagi kepada dua iaitu; 1. Liabiliti B…

Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 SPM 2011

Tugasan KerjaKursus Tingkatan 4 - 2014 Terbaru!!! klik di hyperlink

***************************************************************************

salam 1Malaysia,

alhamdulillah cgu masih diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab yg diberi olehNya...
tinggal beberapa hari je lagi kerja kursus perlu dihantar oleh semua pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM.... tenang kan fikiran untuk dapatkan hasil yang baik...

ramai yang minta cgu contoh kerja kursus... kali ni cgu akan upload CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4.... harapan cgu cuma satu agar contoh ini dijadikan sebagai panduan dan rujukan semata2... tidak boleh ditiru oleh mana2 pelajar mahupun guru atau sesiapa sahaja...

terima kasih kepada adik cgu "aliaa" yg turut memberi sumbangan dalam penghasilan contoh kerja kursus ini... :)

CONTOH KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010... setiap pelajar mesti ada ketiga-ketiga elemen..

Elemen 1 (pengenalan perniagaan)Elemen 2 (urusniaga, dokumen, buku catatan pertama, lejar, imbangan d…

TUGASAN TERKINI : KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 SPM 2012

Salam kasih sayang,
baru je cgu balik daripada bank islam... menyelesaikan urusan projek khas... alhamdulillah... sebelum pergi ke  bank cgu dah semak di laman web lpm tapi tak de lagi... sampai je tgk dah ada info terbaru... maknanya kerja kursus tingkatan 4 prinsip perakaunan tetap akan dilaksanakan... cgu menurut perintah... yang penting anak2 didik cgu mesti buat... dgr arahan cgu... hehe...
blh dapatkan soalan tugasan dan panduan serta pelaksanaan tugasan di bawah ini :
Soalan (wajib di print oleh semua pelajar)
Panduan dan Pelaksanaan (nak print boleh tak nak print pun boleh... ;) )
Selamat mencuba dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah... ;)

PENUTUPAN AKAUN DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

PERAKAUNAN ASAS TUNAI VS PERAKAUNAN ASAS AKRUANPerakaunan Asas TunaiPerakaunan Asas AkruanUntung dikira dengan mencari perbezaan antara tunai yang diterima sebagai hasil dan tunai yang dibayar sebagai belanja bagi suatu tempoh perakaunan.Untung dikira dengan membuat pemadanan hasil bagi tempoh perakaunan tertentu kepada belanja yang terlibat.Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatanFirma besar (urus niaga secara kredit)Hasil Diterima – Belanja Dibayar = UntungHasil sepatutnya – Belanja terlibat = UntungPELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN1.Belanja Terakru (belanja belum bayar)§Belanja yang dilakukan dalam tempoh perakaunan semasa tetapi belum dijelaskan dalam tempoh tersebut.2.Belanja Terdahulu§Perbelanjaan bagi tempoh perakaunan yang akan datang tetapi dijelaskan pembayarannya dalam tempoh perakaunan semasa.3.Hasil Terakru (hasil belum terima)Hasil yang diperolehi bagi sesuatu tempoh tetapi hasil tersebut belum diterima.4.Hasil Terdahulu