Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

TAHNIAH!!! PELAJAR SAS PMR 2008

Salam,

Hari ni cgu rasa gembira di atas kejayaan anak2 didik cgu semua... tahniah kepada semua pelajar2 terutama kepada 3C dan 3M di atas kejayaan masing2.... dan untuk mata pelajaran cgu Kemahiran Hidup (100% A) tahniah kalian tidak mengecewakan diri sendiri dan cgu.... cgu bangga dengan kalian satu batch menaikkan semula peratus sekolah... cgu harap batch ni akan terus maju hingga SPM 2010... Jangan terlalu gembira dan leka kerana kalian akan menempuhi alam yang lebih mencabar...

Kepada Mentee Khas cgu... Al-Affiz, Qhairunajmi dan Zakwan... Tahniah!! Impian jadi kenyataan ... 8A... kamu dah buat yang terbaik... kalau berusaha pasti berjaya kan... Yakin pada diri penting untuk kejayaan sendiri... Doa cgu kalian teruskan usaha hingga berjaya hingga mencapai cita2 masing2... all the best...

Kepada SAS, Tahniah buat semua rakan2 seperjuangan atas kejayaan ini... terima kasih di atas semua kerjasama yang diberi bermula daripada proses pendaftaran sehingga hari terakhir peperiksaan PMR 2008.…

Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru Bermula 2011

Salam...

Berita terkini yang baru cgu perolehi daripada rakan guru seperjuangan... maklumat berkaitan dengan perlaksanaan format pentaksiran baru yang akan bermula pada tahun 2011... Ini bermakna SPM 2009 hingga 2010 (2 tahun) masih lagi menggunakan format pentaksiran yang lama...

Mesti menggembirakan semua pihak... Apapun sejauhmana kebenarannya tunggu surat hitam putih daripada pihak berkenaan...

Terima kasih yang tak terhingga kepada mana2 pihak yang ambil berat tentang pelaksanaan format pentaksiran baru ini...

Kelas Prinsip Perakaunan 2009

Salam,

Hari ni cgu pergi ke sekolah dan selesaikan kerja utk pengagihan kelas tahun 2009 bersama cgu Aini Farin... alhamdulilla untuk tahun 2009 kelas akaun dan seni ada dalam jadual waktu persekolahan...

Semua pelajar yang mengambil akaun di dalam kelas 5 Bestari seramai 27 orang sahaja... ini semua adalah keputusan daripada pihak pengurusan sekolah yang mana pelajar yang layak mengambil akaun mesti di antara 90 ranking terbaik keseluruhan... terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan di atas peluang yang telah diberikan...

Pelajar2 yang berjaya memasuki kelas perakaunan adalah seperti berikut:-

ABDUL RAHMAN B AHMAD RIDZUAN
AIDIL HAIKAL B. MOHAMAD KASSIM
AZLAN BIN ABDUL RAZAK
AZMAN B. SAMPOL
IRFAN B MAT ROSLY
MOHAMAD AKMA RIDZUWAN B. ARIDI
MOHAMAD MUZAKKIR B ABD GHAFAR
MOHAMAD QAIYYUM HAKIMI B HAMIDI
MOHAMED NABIL BIN MOHAMED NAZRI
MOHD AMIR ASYRAF BIN MOHD HAMZAH
MOHD NAWAWI BIN ABDULLAH
MUHAMAD AFIQ BIN KAMARUDIN
MUHAMAD AMINI B MILATUSAMSHI
MUHAMAD NORFAZLI B. MUHAMAD AMIN
MUHAMAD ZH…

Selamat Pengantin Baru My Beloved Sister

Salam,

Buat Kak Yati & suami,

Selamat Pengantin Baru.... Semoga Berbahagia dan bergembira hingga ke akhir hayat...

Masih tak terlambat kan... lagi pun Majlis di rumah abang Unic 09.01.2009 ni... Selamat hingga selamanya... Jangan nakal2 ye esp 2 my sis... :)

01 Disember 2008

Salam,

Alhamdulillah dah berakhir peperiksaan SPM kertas Prinsip Perakaunan tahun ni... cgu yakin anak2 didik cgu semuanya boleh buat... jangan putus asa... soalan 2 dan 3 memang agak berlainan sikit tapi... kalau u all betul2 faham konsep mesti boleh buat... apapun sekarang masanya untuk semua bertawakal dan berdoa agar segala urusan selepas ini berjalan dengan baik dan lancar...

Soalan 1 - Dokumen memulakan perniagaan (28 markah) .. ok... kebanyakan latihan cgu memulakan perniagaan... harapan semua boleh buat...

Soalan 2 - Penyata Kewangan Kelab dan Persatuan (20 markah) ... wow!!! cabaran baru... apapun soalan ini memang bagus... menguji kefahaman dan kebijaksanaan pelajar dalam ilmu perakaunan... pernah dibincangkan tetapi tak pernah buat latihan...

Soalan 3 - Perkongsian (10 markah) .... kena faham betul2 kehendak soalan dan butiran yang diberi... bagi cgu soalan ini agak sukar berbanding dengan latihan2 yang selalu diberikan...

Soalan 4 - Syarikat Berhad (10 markah) ... soalan yang t…

SPM PRINSIP PERAKAUNAN 2008

Salam...

dh lama cgu tak update blog ni... banyak nyer rasa nk ditulis kali ni...

cuti sekolah pun dah bermula... kepada anak2 didik cgu "Selamat Bercuti".... kepada semua pelajar F4 Akaun... cuti ni jgn cuti saje... buat ulangkaji... nak g tuisyen pun boleh... tahun depan cgu akan buat ujian saringan semula... sapa lulus berjaya masuk kelas akaun.... lulus 70 ke atas...

13 hingga 17 Nov yang lepas cgu menghadiri Kursus Kenegaraan di KIWA Sepang.... ini la pertama kali yg cgu rasa kursus BTN yang paling seronok cgu hadiri berbanding pada tahun 2000... banyak pengalaman dan pengajaran dalam menghadiri kursus ni... cgu mmg galakkan sangat anak2 didik cgu hadirinya suatu hari nant... kita kena sedar sebagai anak Malaysia... pertahankan apa hak kita sebagai rakyat Malaysia... kena tahu Perlembagaan Malaysia....

Lagi beberapa hari je lagi SPM 2008... Isnin ni 01 Disember 2008.... satu hari... pertama kali selepas beberapa tahun Akaun 2 hari... tetapi tahun ni berbeza sikit... so cgu …

JANGAN SIMPAN DUIT... KERTAS DAN ELEKTRONIK

Salam...

Dah lama cikgu tak baca email... bila hari ni dapat baca, cikgu tertarik dengan email yang cikgu terima dari group AnsaraJasin... tajuk email "Jangan simpan duit... kertas dan elektronic"... cikgu dah lama dengar pasal ni tapi ambil mudah dengan ni semua... tapi bila cikgu baca artikel ni memang betul ada kebenarannya... artikel ni cikgu tak ubah2 seperti mana yang cikgu terima... Cikgu nak kongsi dengan semua dan harapan anak2 didik cikgu generasi akan datang cuba teliti dan fahami betul2...


Jangan simpan duit..kertas and electronic..

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg. Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih …

BENGKEL PENYARINGAN MENGESAN MURID PCB

Salam....

Lega rasanya dah berakhir kursus selama tiga hari dua malam di Hotel Brisdale Kuala Lumpur... Mesyuarat berkenaan dengan PCB - PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT (Gifted & Talented)... Satu program yang baik oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia... Penceramah disampaikan oleh Pn Aliza, Dr Rosadah dan Encik Baharin... Peserta guru-guru daripada sekolah kluster kohot 1 dan 2 sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah, sekolah kluster kohot 1... jumlah sekolah semuanya 33 buah sekolah (66 orang guru)... Mudahan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak...

Pembentangan oleh Pn Roslina - SMK Aminudin Baki ~ enjoy ur presentation fr my group ~ Pengisian mesyuarat lebih kepada penerangan cara mengumpul maklumat dan mengisi borang skala pemarkatan untuk mengesan pelajar pintar cerdas dan berbakat... nampak gayanya bertambah lagi kerja :( ... tapi cikgu akan sahut cabaran ini dengan ikhlas... i'll try my best... :)
Harapan mendapat kerjasama yang baik…

Peperiksaan Akhir Tahun F4 2008

Salam,

Gud Luck 2 all my account's students F4b,c,d,j,m,u,w....

Tempat : Dewan Putra Perdana
Tarikh : 24.10.2008 (Jumaat)
Masa : 7.45 hingga 10.15 pagi

Kepada semua cikgu harap buat semula latihan2 yang cgu dah beri di dalam kelas dan di dalam modul yang diberi. Semak latihan dengan skema. Download dari blog cgu. Belajar dengan rakan2 yang lain. Buat perbincangan.

Untuk makluman, pada hari tersebut cgu tiada di sekolah. Cgu menghadiri Bengkel Penyaringan Murid Pintar Cerdas dan Berbakat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur sehingga 25.10.2008... Cgu yakin kalian dapat menjawab soalan2 yang diberi dengan baik... Kelayakan kelas akaun f5 markah 70 ke atas... Belajar rajin2... fahamkan konsep betul2...

Jangan putus asa.. Teruskan perjuangan... Ambil peluang yang dah terbuka di depan mata... Batch u all untung sangat coz " Ingat Akaun Ingat 2 Sijil "... Tak de sapa nak bagi kalau bukan daripada usaha u all sendiri... Wish u all the best...

Malam Selingkar Kasih 2008

Hotel Equatorial Bangi... 8.00 pm - 12.00 pm
Tahniah kepada semua pelajar f5...
Esp to Arif Zahlan.. 5B... My Dorm Halimi... Table 11... Khairi, Fakhrul, Jauhar, Rahmat, Nazri and Aliff Aizad...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi...

PMR 2008

Minggu depan dah mula peperiksaan PMR 2008. 13 hingga 17 Oktober 2008.. Semoga anak2 didik cikgu dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang sepanjang minggu peperiksaan.. Jaga kesihatan secukupnya...

Kepada mentee khas cikgu, Affiz, Zakwan n Najmi... cikgu sentiasa doakan kejayaan kalian.. cikgu tau kalian boleh dapat 8A... Buktikan kepada kami... Jaga kesihatan...

Kepada semua... cikgu halalkan dan redhakan segala ilmu yang telah diberi.... Semoga kalian dipermudahkan dalam menjawab semua soalan...

Good Luck to all my students f3... i know u can do it.. don't give up.. 100% 8A... SAS Boleh!!!

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PRINSIP PERAKAUNAN

Assalamualaikum....

Tidak terlambat untuk cikgu ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...

Pada tarikh 9 Oktober 2008, satu seminar teknik menjawab soalan Prinsip Perakaunan telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya anjuran JPWPP. Seminar ini telah disampaikan oleh cikgu Kamarudin. (Pengalaman 29 tahun)...

Antara kandungan yang dibincangkan dan cikgu rasa ianya perlu dikongsi oleh semua pihak yang memerlukannya ialah... Kertas 1 - 40 soalan
Aras rendah 24 soalanAras sederhana 12 soalanAras tinggi 4 soalan
Topik/ bentuk soalan1. Konsep / prinsip perakaunana. Bentuk penyataanb. Bentuk lejar – rekod dt/kt, rekodkan akaun, butiranc. Penyata pendapatan – butiran /contohd. Kunci kira-kira – butiran / contoh2. Dokumen perniagaana. Butiran – tarikh / siapa hantarb. Fungsi/kegunaanc. Syarat – bayaran, k&k dik (kesilapan dan ketinggalan dikecualikan)3. Pengiraan – hitung untung kasar, kos jualan, belanja terdahulu/terakru4. Analisisa. Ketepatan catatan di lejar, penyata p…

SIJIL LCCI LEVEL 2 BOOK-KEEPING AND ACCOUNTS

Salam,

Dua hari yang lepas cgu dpt satu pekeliling berkenaan Sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts.

Butiran adalah seperti berikut;

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2008
SIJIL LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY (LCCI) BAGI CALON PRINSIP PERAKAUNAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Penganugerahan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ini bukanlah wajib kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM tetapi sebagai nilai tambah atau value added kepada sijil SPM yang akan dianugerahkan.

Calon yang layak memiliki sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts ;
1. Calon yang mencapai sekurang-kurangnya gred 6C bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan SPM.

2. Calon yang mencapai gred 6C ke atas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts terbuka. Calon yang mencapai gred 7C ke bawah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119 layak dianugerahkan sijil LCCI Level 2 Book-keeping and Accounts dengan pernya…

Perubahan Soalan SPM Prinsip Perakaunan 2009

Salam,

Ckgu dah lama dimaklumkan ada beberapa perubahan dalam peperiksaan SPM tahun ni dan tahun depan... dan mungkin seterusnya...

2008 masih dikekalkan kepada beberapa soalan yang sama cuma perubahan kepada teknik penandaan sahaja... ni pun cikgu masih lagi belajar... tq ckgu narzuki yg banyak memberi tunjuk ajar kepada cikgu...

Kertas 2
Bahagian A (68 markah)
Soalan 1 : dokumen perniagaan (masih dikekalkan)
Soalan 2 dan 3 : daripada soalan 'anchor'

Akaun PerkongsianAkaun Kelab dan PersatuanRekod Tak lengkapAkaun KawalanAkaun PenamatSoalan 4 : topik lain

Bahagian B (12 markah)
Soalan 5 dan 6 : topik lain

Perubahan tahun 2009 ;
Kertas 1 (objektif 40 soalan -20%)
Kertas 2 ( 4 soalan -60 %)
Kertas 3 ( projek soalan dokumen- 20 %)

Menarik juga... ada kerja kursus... 20% senang2 nk dapat... tinggal cover 80% lagi... betul la dgn apa yg diberitahu oleh lpm ms cikgu kursus di langkawi awal tahun ni... setiap mata pelajaran mungkin semua ada kerja kursus... pbs...

Apapun semua perubahan ni cikgu t…

TUGAS-TUGAS KHAS

Salam,

Mgu ni cikgu banyak bersama dengan pelajar Tingkatan 3.. Mgu exam trial ke-2.. 15 - 19 September 2008... Good luck anak2 didik ku... cikgu ajar Kemahiran Hidup merangkap sup PMR... lepas ni cikgu akan upload pula nota2 kemahiran hidup... tunggu ye...

Semalam seharian di sekolah, kelas akaun dah mula dengan latih tubi... masih banyak yang perlu dibincangkan... ckgu masih tidak puas hati dengan pencapaian beberapa orang pelajar... di harap nama2 yang ckgu kerap sebut di dalam kelas dapat berjumpa ckgu sebelum terlambat...

13.09.08 :
Kelas ICU yang pertama... Pembelajaran fokus kepada soalan dokumen dan penyata kewangan... cikgu dah kenalpasti beberapa orang pelajar yang masih lemah...
program tutor dan tutee (khusus untuk soalan dokumen)... sokongan daripada semua pelajar 5b... tutor dapat membantu tutee...
Tutor blh dapatkan soalan2 daripada ckgu...

Tutor Tutee
Rasyid : Zamri
Kamal : Izzul
Afiq : Iqbal
KN : Haziq
Farid : Amirulamin
Rosman : Izzat
Nizam : Kushairi
Azman…

KELEBIHAN PRINSIP PERAKAUNAN

Salam,

Hari ni cikgu terserempak dengan pelajar tingkatan 4.. dah lama rasanya tak dapat nak buat kelas bersama2 dengan kalian.. banyak topik yang perlu dipelajari.. insyaallah selepas raya ni cikgu harap kalian dapat beri kerjasama dengan kelas yang cikgu akan buat untuk Peperiksaan Akhir Tahun..

Cikgu harap kalian tidak putus semangat untuk teruskan perjuangan belajar mata pelajaran ini.. banyak kelebihannya... cikgu buka lagi tempat bagi pelajar2 lain yang hendak belajar mata pelajaran ini... tahun depan cikgu akan usulkan kepada pentadbir agar kelas akan dimasukkan dalam jadual... tahun depan banyak gak perubahan... perubahan bukan ke arah yang sukar tetapi lebih mudah... sebab tu cikgu galakkan sangat pelajar2 ambil Prinsip Perakaunan... diiktiraf ke peringkat antarabangsa... cikgu sendiri tak dapat kelebihan ni...

Dapat 2 sijil lagi.... iaitu;

1. Pensijilan Kebangsaan SPM
2. industri professional ACCA (Charted Certified Accountants) dan LCCI (London Chamber of Commerce & Industry…

TARIKH PEPERIKSAAN SPM PRINSIP PERAKAUNAN

Salam,

Jadual peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan seperti berikut;

Tarikh : 01 Disember 2008
Hari : ISNIN

KERTAS 2 - 8.00 - 10.30 am (2 1/2 jam)
KERTAS 1 - 11.10 - 12.25 pm (1 1/4 jam)

Nampak nya tahun ni cikgu cuti lambat... akaun subjek terakhir... apapun cikgu akan bersama kalian selepas 27/11 ... selepas paper EST... tiga hari dapat bersama dan boleh pulun waktu tu... di harap semua pelajar 5b bagi kerjasama dan tumpu sepenuh perhatian dengan ulangkaji yang akan dibuat... Jangan putus asa teruskan perjuangan sehingga selesai...

PERCUBAAN SPM SAS

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... dah selesai Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM SBP... sekarang ni sibuk dengan menanda kertas jawapan pelajar... Kertas 1 kira ok la gak... Kertas 2 mencabar skit... risau gak dengan keputusan pelajar semua... tengok macam ada yang ok dan ada yang tak ok...


Nampak gayanya kena lebih bekerja keras untuk pastikan kejayaan semua anak didik cgu kali ini... kelas tambahan, latih tubi, kelas malam... di harap pelajar2 dapat beri kerjasama yang baik dalam aktiviti yang akan dijalankan selepas ni... takut gak cikgu yang beriya2 tapi anak didik tak begitu... tapi cikgu yakin dengan semua anak didik cikgu... mereka pasti akan peroleh kejayaan yang diimpikan...Di sini cikgu sertakan soalan trial SPM bagi sekolah cikgu... SBP tak selaras coz hanya beberapa SBP je yang tawarkan subjek ni... maklum la lebih menekan kan kepada sains tulen... apapun cikgu akan perjuangkan subjek ni ke mana pun cikgu pergi... kerana subjek ni penting sebenarnya dalam kehidupan seharian…

Peperiksaan Percubaan SPM 2008

Salam...

Dah beberapa hari cikgu tak dapat nak update blog ini disebabkan masalah server yang tak dapat dielakkan... Maaf pada semua anak murid cikgu... cikgu masih tak sempat nak upload semua skema latihan bab titik pulang modal, akaun pengeluaran, akaun kelab dan persatuan, akaun kawalan, buku tunai runcit dan syarikat berhad... insyaallah semua tu cikgu akan upload sebelum peperiksaan percubaan yang bakal ditempuhi mulai 4 Ogos ni....

Harapan cikgu agar semua pelajar 5B sudah bersedia... tumpukan perhatian dalam tempoh 2 minggu ni agar semua dapat menjawab dengan baik... Mana2 pelajar yang cikgu sebut namanya di dalam kelas harap dapat berjumpa dengan cikgu sebelum peperiksaan pada 8 Ogos ini....

Doa cikgu semoga semua anak murid cikgu 5B dapat A dalam peperiksaan percubaan ini... Good Luck!!!

Dugaan dan Cabaran

Salam,

Beberapa hari yang lepas cikgu mendapat berita mengenai teguran ibubapa yang mengatakan cikgu tidak masuk ke kelas mengajar selama 3 minggu... mmm.. terkejut juga.. kenapa mesti tanya guru yang lain... kenapa tak jumpa cikgu sendiri... sekurang2nya cikgu boleh jelaskan perkara yang sebenar... di sini cikgu jelaskan... diharap semua pihak yang terlibat puas hati dan menerima dengan baik... tiada sebab cikgu tidak mahu mengajar kecuali dengan sebab2 yang tidak dapat dielakkan...

19.5.08 - cikgu tak hadir kerana menjaga anak masuk wad dari 16 hingga 23.5.08...
26.5.08 - cuti sekolah
2.6.08 - cuti sekolah
9.6.08 - cikgu masuk kelas dan mengajar bab pembubaran perkongsian
16.6.08 - cikgu tidak hadir kerana menghadiri Mesyuarat Projek Khas di Tiara Beach Resort, PD
23.6.08 - cikgu tidak hadir kerana menjaga anak masuk wad dari 20 hingga 26.6.08
30.6.08 - cuti sekolah

memang sedih kerana prinsip perakaunan hanya satu mata pelajaran elektif tambahan sahaja dan dipandang tidak penting di sekolah…

Penyata Kewangan Perkongsian

Salam....

Berjumpa lagi... alhamdulillah hari ni cuti di SAS.. cuti berganti selepas dua program dijalankan hari Sabtu 28 Jun 2008 yang lepas... Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Akademik... selesai semua dalam pukul 5.00 petang... ramai juga ibu bapa yang datang dan berjumpa cikgu bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Kemahiran Hidup...

Kali ni cikgu akan upload skema bagi latihan Penyata Kewangan Perkongsian... Klik di sini. "Skema"

Lega hati cikgu kerana pelajar telah didedahkan dengan semua tajuk yang penting... cikgu harap semua pelajar 5b dapat membuat latihan diberi. Buat sehingga faham...

Skema Jawapan Pembubaran Perkongsian

Salam,

Maaf kan cikgu sebab lambat upload skema Pembubaran Perkongsian seperti mana yang telah dijanjikan... Husna masuk wad lagi.. cikgu terpaksa cuti selama seminggu lebih untuk jaga Husna.. Sepanjang di hospital cikgu tidak sempat untuk buat apa2 memandangkan keadaaan Husna yang agak tidak stabil mulai 13 hingga 18 Jun 2008... Alhamdulillah sekarang Husna dah kembali pulih. Cikgu berdoa sangat moga Husna sembuh seperti sedia kala.. Cikgu redha dengan dugaan semua ini... Cekal dan tabah di samping sabar yang berterusan... insyaallah...

Selepas keluar wad cikgu pula yang hadapi masalah kesihatan.. apapun cikgu mampu menahannya... mungkin terlalu lama di dalam tempat yang sejuk menyebabkan badan tidak sihat.. tapi sekarang sudah pulih sedikit.. yang penting anak2 cikgu sihat...

Beberapa hari yang lepas PK1 dah jumpa dengan cikgu... Emmmm kenapa ada 7D? Cikgu kena berusaha lagi... untuk pastikan kejayaan anak2 didik cikgu.. beberapa masalah cikgu telah bincang dengan En Roslan... insyaall…

Kolokium Kecemerlangan Pelajar Projek Khas

Salam,

Dh lama cikgu tak update blog ni.. tidak kesempatan disebabkan beberapa perkara...

15 hingga 17 Jun yang lepas cikgu dengan 4 orang pelajar Projek Khas telah pergi ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Semua 54 buah SBP menghantar wakil dalam Kolokium Kecemerlangan Projek Khas yang pertama kali diadakan.

Harapan cikgu, pelajar2 yang pergi dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi.. jadi role model kepada pelajar Projek Khas yang lain. Cekal, kuat semangat dan tabah hadapi segala rintangan dan cabaran hidup yang bakal ditempuhi.

Satu perkara yang cikgu pegang sesusaha mana kita sekalipun ada orang lain lagi yang lebih susah.. Kesusahan bukan faktor kegagalan.. Kesusahan yang menyebabkan kita boleh berjaya.. Fikir positif....

Cikgu bangga wakil Projek Khas memberi kerjasama yang baik sepanjang kolokium.. Aktif dan masing2 menunjukkan bakat kepimpinan yang baik.. Terima kasih buat Fareez, Zulhasri, Nawawi dan Kamal... Semoga kejayaan mengiringi semua pelajar Projek Khas SAS...

Latihan Di Dalam Kelas

Salam,
Esok 16.6.2008... cikgu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menghadiri Mesyuarat Guru Projek Khas di Tiara Beach Resort... tika dan saat ini cikgu sudah berada di sini... Seronok gak.. tapi rasa susah hati tu ada sebab tak dapat nak teruskan p&p untuk tajuk yang baru iaitu Rekod Tak Lengkap..

Kepada pelajar 5B, esok masa kelas akaun tlg siapkan latihan pembubaran perkongsian.. bagi cikgu masa untuk upload skema... Blh berbincang dengan kawan2 yang lain...Sesiapa yang sudah siap tlg buat persediaan untuk tajuk seterusnya... Rekod Tak Lengkap...

Sebarang persoalan sila jumpa dengan cikgu.. Amin

Pembetulan Skema Jawapan

Salam,

Cikgu upload semula skema jawapan terkini bagi Tingkatan 5. Di harap semua pelajar Tingakatan 5b membuat ulangkaji semula. Amat mendukacitakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Cikgu percaya dengan usaha yang gigih dan latihan yang berterusan sehingga ke hari peperiksaan semua pelajar akan berjaya mendapat 1A.. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan....

Dapatkan skema terbaru di sini.

Alat Tulis Perakaunan

Salam...

Pagi tadi cikgu ke hospital Darul Ehsan Medical Centre.. Amin... anak cikgu dah sihat.. pengambilan ubat pun dah dikurangkan. Seronok tengok Husna dah kembali ceria dan bermain dengan abangnya Hakim.. Semoga Husna cepat sembuh..

Alhamdulillah petang ni cikgu dapat menyediakan alat tulis perakaunan bagi memudahkan semua pelajar membuat latihan terutamanya untuk soalan satu dokumen perniagaan. Cikgu harap dengan adanya alat tulis perakaunan ini pelajar lebih rajin untuk membuat ulangkaji. Ingat untuk mendapat kejayaan mesti kena berusaha dengan sungguh-sungguh, tekun di samping bertawakkal.

Kepada pelajar f5b,
buat latihan soalan satu dan dua setiap hari sekurang-kurangnya satu soalan sehari... buat sehingga faham.. jangan menghafal... fahamkan konsep... ingat pesan cikgu.. selagi tak faham konsep selagi itu jawap soalan tak tepat (maksudnya mesti nak rujuk buku rujukan....)... sebab tu cikgu pentingkan pemahaman konsep asas perakaunan..

Biasakan menjawab soalan dokumen dalam masa 3…

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Alhamdulillah... selesai sudah Peperiksaan Pertengahan Tahun.... tapi cikgu masih tak sempat nak tengok kertas jawapan semua pelajar.. Insyaallah kalau tak de halangan esok cikgu akan ke sekolah.

Di sini cikgu upload soalan beserta skema untuk rujukan pelajar. Mana2 jawapan yang salah di harap pelajar dapat membuat ulangkaji semula semasa cuti.

Soalan : -
Tingkatan 4
Tingkatan 5

Skema Jawapan :-
Tingkatan 4
Tingkatan 5

"Skema jawapan bagi tingkatan 5 telah dibetulkan. Terima kasih kepada ucop beritahu cikgu kesilapan skema tersebut".

Selamat Bercuti.

Kerja Rumah Semasa Cuti

Salam...

Hari ni Jumaat (23 Mei 2008).. maknanya seminggu cikgu cuti awal dari semua.. semua pelajar pun dah balik bercuti.. tak sempat cikgu nak jumpa semua.. kita jumpa lepas cuti.. anak cikgu "husna" masih lagi tidak sembuh sepenuhnya.. ni pun cikgu sedar lepas bagi ubat tapi tak blh nak lelapkan mata.. kesian tengok husna kecil lagi dahn banyak dugaan terpaksa diharungi.. doa cikgu moga dia cepat sembuh... mmm... teringat kerja rumah semasa cuti kepada pelajar2 yang tak sempat cikgu nak bagi.. di harap semua pelajar f4 dan f5b dapat message ni.. mana2 pelajar yang dah dapat maklumat ni tolong sampaikan kepada pelajar2 yang lain..


Pelajar f5b,

Buat latihan dokumen dan penyata kewangan dalam modul satu (buku pink).. buat semua dengan baik dan kemas.. jawapan tepat seperti mana skema yang diberi.. Jangan tiru skema lak.. buat dulu baru semak.. Penyata kewangan buat bagi semua bentuk.. penyata dan lembaran kerja.. cikgu akan upload jurnal, lejer, buku tunai dan lembaran kerja d…

Perubahan Tempat Peperiksaan

salam..

Hari ni hari ketiga cikgu di hospital Darul Ehsan Medical Centre... anak cikgu sakit darah jangkitan kuman... Cikgu memang tak dapat nak hadir ke sekolah hari esok. Doa cikgu semoga kalian semua berjaya menjawab soalan dengan baik. Buat semua latihan yang cikgu bagi semasa kelas dari awal tahun hingga akhir kelas.

Bagi pelajar yang tiada di dalam kelas, tolong belajar dengan rakan2 yang hadir.

Cikgu nak maklumkan yang tempat peperiksaan bagi Prinsip Perakaunan akan diadakan seperti berikut:-

Tingkatan 5B - Kelas 5B
Tingkatan 4 - Kelas 4B dan 4C seperti berikut;

- 4B - Pelajar2 daripada kelas 4W, 4J, 4M
- 4C - Pelajar2 daripada kelas 4D, 4U

Kepada pelajar tingkatan 5B, semua soalan jawab di kertas jawapan yang diberi. Cikgu tidak sempat hendak menyediakan alatan prinsip perakaunan iaitu jurnal, lejar dan buku tunai. Jadi cikgu izinkan semua pelajar menggunakan kertas sendiri (kertas jawapan yang diberi).

Bagi pelajar tingkatan 4, Bahagian A jawab di kertas OMR.. Bah…

Skema Jawapan : Perkongsian

Salam....

Kepada semua pelajar Tingkatan 5,

sila rujuk jawapan latihan perkongsian di sini.

Pastikan sekiranya jawapan pelajar salah, buat pembetulan dan fahamkan sehingga dapat jawapan seperti jawapan yang diberi.

Mana2 pelajar yang masih lagi tidak faham sila berjumpa dengan cikgu sebelum tarikh peperiksaan pertengahan tahun tiba.

Usaha, tangga kejayaan.

GOOD LUCK!!!!

20 Mei 2008.... SELASA

Diharap semua pelajar tingkatan 4 dan 5B tidak lupa tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 bagi Prinsip Perakaunan.

Masa menjawab soalan selama 3 jam. (11.00 hingga 2.00 petang)

Tingkatan 5 :- Tempat di Dewan Putra
Bahagian A : Soalan Objektif - 20 soalan
Bahagian B : Soalan 1 - dokumen perniagaan
Soalan 2 - penyata kewangan
Soalan 3 - persamaan perakaunan
Soalan 4 - perkongsian

Tingkatan 4 :- Tempat di Kelas 4B dan 4C
Bahagian A : Soalan Objektif - 40 soalan
Bahagian B : Soalan 1 - imbangan duga
Soalan 2 - persamaan perakaunan��…

JAWAPAN SOALAN LATIHAN : PENYATA KEWANGAN

Berikut ialah jawapan bagi latihan Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila berjumpa dengan cikgu atau email rusilawatimoin@yahoo.com

Penyata Kewangan Milikan Tunggal Sebelum Pelarasan

Latihan 1 - Nurseri Al-Jannah

Penyata Kewangan Milikan Tunggal Selepas Pelarasan

Latihan 1 - Perniagaan Mega

Latihan 2 - Kedai Sri Emas

Latihan 3 - Farmasi SIHAT

Latihan 4 - Kedai Wawasan

Latihan 5 - Pustaka Intelek

Latihan 6 - Perniagaan Cempaka

Latihan 7 - Perniagaan Lili

Latihan 8 - Stor Saga

Latihan 9 - Perniagaan Sri Kenanga

Latihan 10 - Kedai Jujur

Semua pelajar dikehendaki menyediakan jawapan dalam bentuk penyata dan lembaran kerja bagi semua soalan yang diberi.

Nota Rujukan

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan nota rujukan cikgu dengan cara mendownload nota pada bahagian "Bahan Rujukan Pelajar". Terdapat dua bahan iaitu;

Nota Tingkatan 4
1. Sejarah Perakaunan
2. Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Belanja dan Hasil
3. Persamaan Perakaunan
4. Dokumen Perniagaan
5. Buku Catatan Pertama
6. Lejar
7. Imbangan Duga
8. Penutupan Akaun dan Penyediaan Penyata Kewangan

Nota Tingkatan 5
1. Perkongsian
2. Pembubaran Perkongsian
3. Rekod Tak Lengkap
4. Akaun Kelab dan Persatuan
5. Penyata Penyesuaian Bank
6. Belanjawan Tunai
7. Akaun Pengeluaran
8. Syarikat Berhad
9. Akaun Kawalan
10. Pembetulan Kesilapan

Semoga nota rujukan ini dapat membantu pelajar-pelajar lebih memahami dalam mempelajari mata pelajaran ini.

TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN

1.Bermaksud menganalisa Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.2.Bertujuan untuk mengukur prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan antara tempoh perakaunan atau antara perniagaan yang sama jenis.3.Dapat merancang dan mengawal aktiviti yang dijalankan.4.Pihak pengurusan dapat mengetahui;Kadar keuntungan atas jualan.Kadar pulangan atas modal yang etlah dilaburkan.Kedudukan aset berbanding liabiliti yang perlu dilangsaikan.Kecekapan pengurusan dalam mengendalikan perniagaan.5.Pihak pemiutang / pemberi pinjaman dapat ;a.Mengetahui kemampuan perniagaan menjelaskan hutang atau pinjamannya.b.Membantu membuat keputusan untuk memberi kredit atau pinjaman.6.Pihak pelabur / bakal pelabur dapat ;a.Membuat keputusan melabur.b.Menambah pelaburan atau menjual pelaburan.c.Mengetahui kedudukan sesebuah perniagaan sama ada kukuh atau sebaliknya.d.Mengetahui kadar pulangan atas setiap ringgit yang dilaburkan.ANALISIS NISBAHĂ˜Proses mengira dan mentafsir nisbah-nisbah yang telah dike…