Saturday, January 2, 2021

Perkongsian Ilmu secara atas talian 2020

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah dapat melaksanakan beberapa perkongsian secara alam maya dengan beberapa pihak. Paling mencabar semasa menguruskan perkongsian untuk calon SPM Putrajaya... dengan kelengkapan yang ada kami cuba laksanakan dengan yang terbaik ... dalam hati hanya Tuhan yang tahu... harap2 tidak berlaku seperti hari-hari sebelumnya yang terpaksa dibatalkan perkongsian buat semua guru akaun Malaysia. Minta maaf sangat... mmg jika tiada izinNya maka tiada lah... dari pagi hingga ke masa kejadian en suami tetap berusaha bersama-sama untuk betulkan keadaan tetapi tak dapat juga... bukannya cgu tak nak pergi ke tempat2 yang ada wifi... tetapi keselesaan untuk bercakap itu yang cgu fikirkan... adakalanya idea itu datang masa dan saat kita sedang berkongsi... selepas perbincangan dengan en suami terbaik terpaksa untuk dibatalkan... bukannya tak pernah jadi masalah teknikal ini... pernah beberapa kali terjadi sebelum ini... sampai minta pinjam wifi jiran sebelah... tetapi tak sama... masa guna tu pun ada sat masuk sat keluar... kebetulan hari tu jiran sebelah dah pindah ke Cyberjaya... redha dengan ketentuanNya...

Berbalik dengan program Putrajaya tadi... cgu dan rakan2 setup breakout room ... 5 room semuanya tapi yang dapat digunakan semasa kejadian hanya 3 dan 4 room sahaja dan penuh setiap room hampir 100 orang. Kehadiran juga alhamdulillah. Teknikal di awal tu mmg la tak tau nak kata macamana tapi pengalaman itu berharga... dari tak tau jadi tau... sebab tu nak pandai kena belajar dan usaha ... konsep yang sama kan ...

Program Kecemerlangan Prinsip Perakaunan Putrajaya. 16 dan 17 Disember 2020. 

Masa 2.00 hingga 4.30 petang










Perkongsian atas talian yang lain juga bersama PPD Petaling Perdana, SGS, Sharodz, SMK PP8(1), SMK PP16(1), SMK PP18(1), PPD Petaling Utama, SMI Hira Jeram, dan Miri (SMK Saint Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Bakong, SMK Baru, SMKA, SMK Chung Hua, SMK Pujut). 















Sempat juga cgu melaksanakan beberapa perkongsian dengan beberapa sekolah sebelum PKP. Antaranya SMK BTHO2, SMKA Putrajaya, SMI Al Amin Gombak, Sekolah Setiabudi dan lain-lain lagi tak ingat.

Ada beberapa yang terpaksa dibatalkan disebabkan kekangan yang sedang melanda sekarang ni... Maaf sangat... inshaallah ada izinNya nanti pasti akan jadi... 

Terima kasih kepada semua pihak. Moga setiap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua seterusnya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan... Terima kasih...







No comments:

Post a Comment