Friday, June 29, 2012

Hari Akademik SAS 2012

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah selesai dah hari akademik SAS tahun ni... cgu tidur lewat semalam untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum diselesaikan... persediaan untuk headcount pelajar pun ala kadar je... yang penting ada dan cgu tau dan kenal anak2 murid cgu...

tahun ni 18 orang semuanya yang dapat dan sempat berjumpa dengan cgu... cgu memulakan sesi pun lewat sebab cgu g hospital putrajaya dulu hantar bapak cgu medical check up... alhamdulillah selesai awal... kul 10 cgu dah ada kat sekolah semula...

tak sempat nak duduk lagi dah ada parent yang terus nak jumpa... alhamdulillah... semuanya dipermudahkan hari ni dengan baik... tiada yang membebankan... perkongsian antara guru dan ibu bapa serta pelajar... mudahan doa cgu anak2 murid yang berjaya jumpa cgu hari ni mengambil tidakan positif untuk terus bangun berusaha ke arah yang lebih cemerlang.... dalam diri cgu hanya sentiasa doakan anak2 murid cgu berjaya cemerlang mendapat A+ prinsip perakaunan SPM....

terima kasih sebab nak datang jumpa cgu....

5B [nabil, isyazwan, izz farhan, afif, amir hisyam, azmin, ariff, nadzmi dan syahir]
4B [faisal dan shafique]
4C [aqlie, fitri, rifdi, shazwan dan wan amirul asyraf]
3M [azlan dan asyraf]

***lupa nak tangkap gambar la pulak semasa hari akademik tadi... 

 

Friday, June 22, 2012

Sekolah No 1 Guna Perkhidmatan Live Streaming

Salam Kasih Sayang...

Esok temasya sukan tahunan sekolah cgu. sekejap je masa berlalu. dah bulan Jun. kalau ikutkan dulu sukan tahunan mesti awal2 tahun. tapi sekarang ni mesti selepas cuti pertengahan tahun...

tahun ni agak berbeza berbanding tahun sebelum2nya... tahun ni boleh tengok acara yang akan dipertandingkan secara live... best nyer... ni la yang menjadi angan2 cgu utk live mengajar kepada sesapa yang nak belajar... ;) mana tau lepas ni On pula live bersama CikguSila kan... hehe...

apa lagi...

ops!! ... tunggu dulu... Esok 23 Jun 2012, 8.30 - 9.30 pagi... malam ni pun dah ada live... Jom tengok secara live di sini
 

nak lancar cgu galakkan guna google chrome..

Thursday, June 21, 2012

Page FB cikgusila.com

salam kasih sayang...

dapat gak update blog ni. setelah beberapa hari menyepi...
pergi sekolah macam biasa... sepatutnya hari ni cikgu pergi ke Kidzania tapi tak dapat nak pergi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan... balik sekolah pun awal... sampai rumah makan ubat dan tidur...

tak tau nak buat apa... tengok blog banyaknye komen2 yang tak sepatutnya... Jadi cgu remove terus comment box yang ada dalam blog cgu ni... dah lama cgu nak remove tapi tak sempat lagi nak buat.. jadi mana2 sesapa yang nak bertanya atau nak komen apa2 email terus ke cgu ...

cikgusila@gmail.com atau komen di page facebook cgu (lebih mudah di page FB kan...)


FB setakat ni mmg cgu on9 sentiasa... nk komen biar lah komen yang membina... mana2 komen yang negatif mmg cgu akan remove terus... ;) ... apapun bg masa kpd cgu utk reply... kekadang tu sempat membaca semua komen tp nk reply masa tersebut mmg tak dapat... kl ada kesempatan masa tu mmg akan reply masa tu gak... ;)













Friday, June 8, 2012

08 Jun 2012 Seminar Topik Sukar

Salam Kasih Sayang...

Alhamdulillah akhirnya dengan izinNya dapat cgu melaksanakan Seminar Topik Sukar anjuran Pusat Tuisyen Persada Pintar di Presint 15, Putrajaya. Masa yang diberikan 3 jam... tu pun cgu rasa ramai pelajar yang dah mula nak termuntah n etc...maklumlah topik sukar yang dibincangkan...

buat semua peserta seminar siang tadi doa cgu semua akan cemerlang dan dapat A+ akaun SPM 2012...

jumpa lagi di seminar seterusnya... yang akan dilaksanakan bulan Julai hingga bermulanya SPM.... sentiasa berkunjung ke blog cgu... semua jadual cgu akan letak kan dalam blog ni...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...