Thursday, April 26, 2012

Tetamu-tetamu hebat di SAS hari ni...

Salam Kasih Sayang...

Hari yang agak sibuk sangat hari ni... tetapi... sebenarnya memang dah selalu sibuk kat sekolah... mungkin disebabkan hari ni kehadiran Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed... sempena Minggu Sains dan Matematik... ramailah orang datang termasuklah jemputan kepada sekolah2 berdekatan di Putrajaya dan Selangor... Terpegun dengan sikapnya. memang baik dan nampak betapa bersihnya di wajahnya... cerdik pandai... moga adalah student cgu yang ambik aura kejayaan Dr Faiz ni... jadi inspirasi... belajar bersungguh2... mana tau ... ada angkasawan datangnya daripada SAS kan... 

Kenali lebih dekat  dengan Dr Faiz . Klik je... Mejar Dr Faiz Khaleed


tu yang pertama... kehadiran Dr Faiz... 
kedua... lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Daerah Rembau... dapatlah mereka jumpa Dr Faiz sekali... seronok sangat... murid2 Darjah 6... blh jd sumber inspirasi... cgu, cgu eliza, cgu azmi dan cgu asmadira yang membawa rombongan lawatan ni... nak kata penat tak juga sbb dah buang negatif jauh2 sebelum sampai sekolah td... so far seronok gak melayan tetamu yang hadir... yg ptg ilmu penuh di jiwa... biar senang nk menjawab setiap persoalan... terima kasih kepada semua yg bekerjasama esp pn khoo, ust ramli, ustz nabilah, cgu norasitin, cgu liza, cgu helmi dan tak lupa en zainal atin... moga SAS terus maju... SAS... Good to Great!


selesai semua perkara di atas ... yang seterusnya...
ketiga...
Alhamdulillah... cgu dah selesaikan urusan penghantaran pos ekspress ke LCCI tadi... terima kasih kepada cgu eliza yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan... semuanya 21 orang pelajar yang mohon... ada lagi 30 orang yang tak mohon... [ramai kan]

yang tak mohon lagi tu cgu harap buat permohonan sendiri selepas 1 May hingga 30 Oktober 2012 ni ye... mohon lah... bersyukur yang u all semua layak dan blh mohon Sijil LCCI ni... mana tau di kemudian hari ada gunanya Sijil ni... 

8 orang 5B dan 13 orang 5C... lagi 30 orang mana...
sesiapa yg baru nak bagi borang cgu dah tak terima... lepas ni uruskan sendiri ye ... yang penting mohon... 





Wednesday, April 25, 2012

JOM DATANG HARI USAHAWAN MUDA SAS

Salam kasih sayang,

Alhamdulillah tahun ni 2012 SAS berjaya merancang untuk adakan Hari Usahawan Muda... tahun lepas tidak dapat dilaksanakan atas sebab beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. lagi beberapa hari je lagi nk menjelang nya Hari Usahawan Muda ni... 

Bila ye?  
SABTU ni... 28 APRIL 2012 ... 
8.00 pagi hingga 4.30 petang...
tempat? mana lagi mesti lah di SAS Putrajaya...

Jom pakat ramai2 kita pergi ke SAS Sabtu ni... penuhi ruang yang ada tanda sokongan usahawan2 muda yang baru ... 
Banyak gerai jualan makanan, permainan dan macam2 lagi... menarik sangat...
Jom datang!!!

HARI USAHAWAN MUDA 2012








Saturday, April 7, 2012

BENGKEL GENGGAM PENYATA : SIRI 1 2012

Salam kasih sayang,


"ya allah! Kau berikanlah kejayaan kepada kami semua dalam mendidik anak2 kami dalam mempelajari ilmu perakaunan yang sebenar"

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga cgu melaksanakan program akademik seterusnya iaitu Bengkel Genggam Penyata Siri 1 2012. Dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan sekolah, ketua bidang teknik dan vokasional, Pn Jamaliah Bahagian Akademik Teknik dan Vokasional PPWPP, rakan2 guru Prinsip Perakaunan Putrajaya... Kak Nor, Kak Midah, Kak Masturah, Kak Mas, Kak Laily, Fiza, Syella dan Pn Thalsiah... sentiasa di sisi cgu yang memberi dorongan dan semangat untuk terus cgu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh... cgu selalu ingat apa yang Prof Dr Muhaya cakap...

 "gembira melihat pelajar2 boleh berbincang di dalam kumpulan masing2 yang diberi secara random mengikut sekolah yang berbeza"

 "semoga kejayaan ini milik kami semua"


‎"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.


Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."



-Prof Dr Muhaya.


Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan..

Firman Allah SWT dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Wallahualam..

maka pilihla yang mana yg kita nak jadi.. Sesungguhnya pilihan terletak di tangan masing2.


mudah2an Allah mengizinkan cgu meneruskan niat suci ikhlas cgu untuk membantu anak didik cgu seterusnya. amin...

Harapan cgu agar semua pelajar yang hadir dapat mempelajari sesuatu pada bengkel ni. Cgu percaya Allah akan sentiasa mengiringi kita jika kita sentiasa ikhlas untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh seseorang guru.


 "buat rakan2 guru... terima kasih"

"seronok dapat bekerjasama dengan semua rakan guru dan pelajar2 yang terlibat tahun ni" 


 "sentiasa percaya setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya"


"kehadiran pelajar 80% amat membanggakan kami guru2 perakaunan... moga bengkel ini dapat diteruskan dengan memfokuskan topik2 yang berbeza"


CIKGU SAYANG KAMU SEMUA... amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...